Monday, May 4, 2009

Lagi2 Tag... Mar mmg rajin bebeno ingat member

01) Bila kali terakhir anda cuci toilet : Hari Jumaat 1hb May

02) Pencuci apa yang anda guna : Brand Kiwikleen rasanya....

03) Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa? : Sabtu dan Ahad sahaja sebab tu jer laa timenya free.. ari2 bekerja cuma sapu2 jer laaa

04) Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam? : Pastikan Alya dah gosok gigi dan buang air sebelum tidur serta pastikan dia habiskan air masak segelas sebelum tidur...

05) Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple? : Roti kosong

06) Minuman selalu anda buat waktu pagi? : Klu kat umah, teh Zaitun Leaf tu... nak buang toksin ler kekononnya.

07) sebelum tidur apa yg anda suka lakukan? : Check pintu rumah dan berkunci dan gril dah dimangga belum, check semua plug dah tutup belum pastu tutup lampu laaa...

Huh.... lelah aku Mar oiiii.....

Sekarang Mama Alya nak tag kengkawan ni :
1) Lieza Saypull
2) Kak Dayah
3) Puan SI
4) Puan Syima
5) Kak Zaa
6) Kak Su NIT




Tag lagi.... rajin bebeno Si Atie-Rave ni

Tag lagi... ye laa Mar / Atie-Rave, aku cuba laa langsaikan utang2 tag ni....


Nama2 timangan anda... - nak tau jugak ker?? Hi3x.
Hubby panggil saya Kakde (antara ayat yg digunakan, 'kakde balik lambat ke hari ni? Kakde nak makan ker?). Kenapa dia panggil saya kakde bukan sayang bukan honey.... ntah dah biasa dari kawan2 dulu panggil camtu.
Kengkawan panggil saya Mona / Mun / Kak Mun (lantak ler asal ada nama)
Adik beradik saya panggil De / Kakde / Klu mak saya tgh bengang panggil saya Jieda (tu tgh marah ler tu. Ha3x)

Anda seorang yang...
- agak garang dengan anak (terpaksa, nanti manja sangat)

- chubby (huk3x, mengaku dalam kepahitan)
- keras kepala jugak laa kot

Arghhh... Mar aku tak reti nak describe diri sendiri laa


Insan teristimewa / describekan kenapa dia terlalu istimewa di mata anda...

- Hubby sebab dia telah bersusah payah menelan segala bentuk kepahitan dan kepayahan serta dugaan tanpa sedikitpun berasa lelah. Thank you hubby... I Love You... Gediknya
- Alya Izzati, my daughter. Saya nampak diri saya waktu kecil dengannya... cuma saya taklah kurus tinggi macam dia, dulu saya gemukkk....


Lagu kesukaan yang suka layan sekarang...

- 15 Step (Radiohead) dengan Lost (Coldplay)


Makanan kesukaan anda..
.. - Putu piring (tp cuma yg kat pasar besar sahaja), kuey teow ladna (ayam sahaja) dan penkek sempoi (taruk butter dan honey... fuiyoh!!!)

3 benda yg mesti ada dalam beg anda....

- IC & Lesen

- ATM Card

- Handphone


Kali terakhir anda menangis dan kenapa....

- Kelmarin.... syahdu kerana hubby dan anak

Mama Alya nak tag kengkawan ni :-
1) Lieza SayPull
2) Kak Dayah
3) Puan SI
4) Puan Syima
5) Kak Zaa
6) Kak Su

Monday, April 27, 2009

Tag dari Atie-Rave


Huh... dah agak lama Atie tag Mama Alya. Mintak maaf bebanyak yer Atie. Mama Alya bz ckit... ckit jer.

Oklah.... 7 sebab kenapa saya bangga menjadi perempuan (selain reason2 mantap yang diberikan Atie-Rave, lihat di sini)

1) Ada alasan baik kenapa berat badan naik.... berat badan saya naik selepas melahirkan anak @ selepas bercerai susu, sbb hormon, bla bla bla. Orang laki xder reason kukuh berat dia naik tau. Hi3x.


2) Saya boleh beli kasut 4-5 pasang dengan nilai RM200. Saya boleh tukar pakai kasut setiap hari Senin - Jumaat. Org laki jangankan sepasang, RM200 belum tentu cukup tau.


3) Kebanyakan tempat saya pergi, perempuan diutamakan. Tak percaya? Klu tidak takkan laa ada quote begini, "Ladies First".


4) Orang x pelik klu pompuan xder lesen memandu.


5) Hanya perempuan leh pakai reason PMS utk MC. Ha3x.


6) Perempuanlah paling senang masuk ke syurga... sadly perempuan juga paling senang masuk neraka... Hu3x.

7) Sayalah orang pertama yang dilihat Alya sebaik keluar ke dunia. D
an orang pertama yang memeluknya sambil menyusukannya. Hu3x, syahdu..


Saya passkan tag ni kepada :-
1) Lieza SayPull
2) Kak Dayah
3) Puan SI
4) Puan Syima
5) Kak Zaa
6) Kak Su NIT


Menanti kepulangan NHM... Hi3

Mama Alya menanti.

Menanti dan terus menanti.

Ada ke tidak ya idaman hati di Nagoya setelah jenuh kerja-kerja belek-membelek di Sabak Bernam. Hi3x.

Cantik ke tak ya?

Sesuai ke tak ya?

Angels and Demons


Mama Alya tak sabo bebeno nak ajak Abah Alya tengok citer ni... Bukan sbb Tom Hanks.

Bukan juga sbb heroin dia (heroin dia org Israel woooo).


Tapi sbb Mama Alya nak tahu movie dia segah novel ke tak. Da Vinci Code the movie failed to impress me. Harap2 prequel ni tak menghampakan.


Tapi jangan salah faham. Mama Alya bukannya nak g tengok wayang. Pirate DVD jer r. Dari mengkayakan Israel baik mengkayakan org kita. Ye tak?

(Kecuali citer Upin dan Ipin.... yg lain maaf ya, saya tengok DVD pirates jer. He3x)

Friday, April 17, 2009

Ultralords v/s Juak2

Arakian baliklah ahli-ahli sidang dengan rasa membara dan bengkak hati yang amat sangat. Mereka telah berkorban masa, perut dan kegembiraan untuk menghadiri sidang tetapi pulang dengan rasa senak perut tetapi marah. Sepatutnya mereka pulang ke pangkuan orang kampung dengan rasa kenyang dan gumbira bukannya marah!

"Ke negara Laksamana Bulat rupanya kita!" Ahli sidang yg baru sahaja memperolehi sijil pertapaan setelah genap setahun bertapa di gunung Payung Mahkota melepaskan geram.

"Nampaknya juak-juak mahu kita mengikut telunjuk mereka!" Ahli sidang yang telah lama bertapa dari dunia marah-memarah membalas.

"Ini tidak adil! Klu begini gayanya, juak-juak telah melanggar etika kampung. Telah salah guna kuasa... bukan... perasan ada kuasa, ada gaya!"

Rakyat mula bangkit untuk melawan. Namun juak-juak wat derkkkkk jugak. Kata juak-juak, baguslah ramai tak mahu pergi, bertambah budget untuk mereka kongsi. Huh, tidak terfikirkah mereka klu rakyat handai tidak merestui, tidak menghalalkan tingkah laku mereka, HARAM mereka menggunakannya.

"Oh, kami tidak fikir begitu. Sbb macam yang kami kata, tabung negara tabung kami sbb wang tu akan masuk ke kantung kami sebelum diagih2kan. Jadi, biasalah klu terpakai ckit kan," begitulah jawapan wakil juak2 sewaktu dihubungi. Sungguh masam dan tengik jawapan mereka.

Ketika rakyat handai mencari2 siapakah yang akan menjadi pembela mereka. Siapakah yang berani bersuara ketika kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan, TIDAK MAHU KE LAKSAMANA BULAT.

Tiba-tiba... tiba-tiba juak2 mengumumkan ada mesyuarat tergempar akan diadakan. Seperti biasa, tiada angin tiada ribut juak2 membuat keputusan mengumpulkan ahli sidang. Lebih2 mendatangkan keterperanjatan apabila dikatakan hanya menjemput beberapa wakil sahaja. Tak nak suma. Adakah juak2 tau rakyat mahu memberontak? Kerana itukah hanya beberapa org sahaja yang diundang.

Rakyat mula berasa resah. Tertanya2 adakah suara rakyat akan didengari atau ditolak ketepi. Akhirnya muncullah beberapa ultralord di persidangan tergempar tersebut. Mana2 juak yang cuba memfire dengan pistol air dibalas dengan tembakan laser. Masakan tida, ultralord2 ini tlh bertapa hampir 52 tingkat. Juak2 baru sampai tingkat ke 17. Apa barang.....

Juak2 tingkat 17 menghunuskan muncung seladang dengan muka hijau. Rupa2nya juak yang satu ini tidak suka kata-katanya diperkotak-katikkan. Arghhhh juak2 ini berasa dirinya tinggi rupanya kerana tempat bertapanya terletak di balik awan. Sepanjang mana muncung seladang, kemik juga dek penangan laser ultralord.

Kepada ultralord-ultralord sekalian. Terima kasih rakyat ucapkan kerana memahami suara hati rakyat. Kepada juak2, ingatlah kamu di balik awan ke, di atas awan ke tetapi kamu tetap belum menghabiskan pertapaan. Sila kembali ke tingkat mula, muhasabah diri.

Kepada rakyat2, yeayyyy!!!! Buat masa inilah. Manalah tau juak2 import bouncer lain. Huk3.

Thursday, April 16, 2009

Bila Persidangan Sekadar Props

Alkisah.. tersebutlah alkisah sebuah persidangan dijalankan di negeri atas angin. Adapun persidangan ini terdiri daripada beberapa bahagian. Tujuannya tidak lain tidaklah bukan, untuk memutuskan ke mana harusnya rakyat sekelian dibawa makan angin. Makan angin atas negara saljikah atau negara atas pulau.

Sehubungan itu, kesemua rakyat tidak kira besar kecil, tua muda, duda janda, janji sudah baligh akal untuk mengundi disuruh keluar mengundi. Keluarlah sekalian rakyat. Ada yang mahu ke negara salji, ada yang mahu belayar ke pulau jauh di seberang lautan, ada yang pakat-pakat mahu jalan-jalan cari makan. Setelah hampir sepurnama, keputusan pun dicapai. Kebanyakan rakyat mahu bersukaria di negara atas pulau. Bagi yang gayat air, mahu menginap di atas darat sahaja.

Persidangan pertama pun dijalankan. Ahli sidang dipilih tangan ghaib, terpinga-pinga datang menghadiri sidang. Maka diberitakan kepada mereka dua negara menjadi pilihan rakyat. Satu negara atas pulau bernama Ting Ting Man, satu lagi negara tepi air bergelar Sa De De. Juri-juri khas sidang membentangkan betapa Sa De De tidak sesuai utk dijadikan tempat rakyat berkumpul. Rupa-rupanya Sa De De memakan masa sepurnama utk tiba ke sana (klu berjalan kaki ramai2). Maka, menanglah negara Ting Ting Man. Menjadi tempat pilihan ramai.

Diberi pula ahli-ahli sidang memilih, andaikata Ting Ting Man gagal ditemui lantaran pak-pak pendayung sampan kini semuanya kehilangan kompas maka pilihlah negara lain. Maka terkeluarlah cadangan bijak pandai, " Apa kata kita semua ke negara atas angin sahaja arakian kita sendiri dari negara atas angin." Semua ahli sidang mengangguk2 bak burung belatuk bersetuju.

Dua negara atas angin dibentangkan. Negara Tom Tom Bak yang terkenal dengan deruan air terjun buatan dan permainan rakyat yang ada antaranya tidak pernah didengar sebelum ini. Negara kedua, Ser Ser Ser yang terkenal sekali kerana setiap rakyat yang mahu ke ufuk barat pasti dapat melihat Ser Ser Ser melambai tenang mengajak ke sana.

"Baiklah, akan kita semua tubuhkan pasukan pemantau. Melihat-lihat bahaya dan onak duri yang perlu dilalui untuk ke salah satu negara ini."

Sekali lagi, ahli-ahli sidang meniru aksi burung belatuk bersetuju. Dimaklumkan, persidangan kedua nanti akan menentukan negara mana yang lebih selamat dan aman. Sidang ditamatkan dengan cendul istimewa Maniam yang suka memberi tosei percuma. Maka baliklah arakian ahli sidang melaporkan kepada orang-orang kampung akan dua negara ini.

Sementara menanti persidangan kali kedua, pasukan pemantau yang terdiri daripada 4 org kampung Cik Di, seorang kg Cik Bas dan seorang ahli bebas bertolak ke negara Ser Ser Ser. Mereka difahamkan, tidak usahlah ke negara Tom Tom Bak kerana negara itu sedang bergolak berebut putik durian. Jadi ke Ser Ser Ser mereka berlima. Menempuhi onak duri, bersama-sama.

Maka di persidangan kedua, laporan pasukan pemantau dibentangkan. Ditekankan sekali lagi negara Ting Ting Man tidak boleh dipilih kerana duti importnya yang amat mahal. Negara Tom Tom Bak pula masih bergolak maka pasukan pemantau hanya dihantar ke negara Ser Ser Ser. Ketika itu, ahli-ahli sidang yakin Ser Ser Ser laa destinasi cinta mereka. Namun tiada kilat, tiada petir juak-juak membentangkan negara baru, negara yang tidak pernah dibincangkan pun di persidangan pertama dahulu. Ahli-ahli sidang sekali lagi terpinga-pinga. Negara baru itu digelar negara Laksamana Bulat.

Katanya, negara Laksamana Bulat ini baru sahaja dibentuk. Belum ada PM, belum ada Deputy PM, malah parti politik pun belum tentu sudah mantap. Tetapi katanya laa, negara ini cukup umpphhh. Gabungan antara negara atas angin dan atas darat. Kerana letaknya di darat, dan berangin sepoi-sepoi bahasa.

"Ini tidak adil," ahli sidang membantah. "Tak ada guruh, tak ada hujan, bagaimana pula Laksamana Bulat boleh hadir dalam persidangan. "Bukankah sidang dahulu sudah diputuskan antara dua sahaja, antara Tom Tom Bak atau Ser Ser Ser. Bukankah sudah cukup jelas, Ser Ser Ser pemenangnya.

"Tapi negara Laksamana Bulat negara moden, nak tengok tv tak payah tekan apa-apa, jerit sahaja sudah terpasang sendiri," juak-juak mempertahankan rekod tak mahu kalahnya.

"Tapi Ser Ser Ser cukup sesuai. Ibu-ibu mengandung boleh berehat dengan aman di sana. Anak-anak yang baru sihat demam boleh terus kebah dan tak payah masuk wad duduk di situ. Ayah-ayah pencinta kesihatan boleh mendaki tebing tinggi untuk bersenam, kanak-kanak riang boleh berlari kaki ayam di mana-mana."

"Ser Ser Ser tidak cukup tapak beriadah sama besar untuk semua rakyat. Nanti ada rakyat mengamuk bila ada yang dapat tapak sebesar nyiru, ada yang dapat tapak sebesar tempurung kelapa," juak-juak kedua membela juak-juak pertama.

"Laksamana Bulat tidak ada tempat untuk bercengkerama. Nanti rakyat mati kebosanan terperuk," ahli sidang baru pandai bercinta bangkit mempertahankan Ser Ser Ser.

"Arghhhh!!!! Kami sudah menyediakan aturcara ketat, gerenti tak payah bercengkerama. Setiap seminit kena mencabut rumput," juak-juak pertama sudah mula lebam mukanya.

"Bertenang, bertenang semua," nakhoda sidang cuba meredakan ketegangan. "Beginilah, yang ke Laksamana Bulat anak buah juak. Kalau putih katanya, putihlah. Kalau hitam, hitamlah."

"Kalau sudah begitu caranya mengap mahu menghabiskan kulit kayu buat kertas undi, mengapa kami disuruh bersidang bila suara ramai ditolak ketepi. Persidangan apakah ini? Persidangan UM@O peringkat tadika?" Ahli sidang tidak mahu dikenali bertanya lantang.

Juak-juak semua tersipu-sipu. "Kami fikir duit tabung negara kami yang punya, jadi suka hati kamilah nak kemana."

Begitulah ahli-ahli sidang dipermainkan.

Monday, April 13, 2009

How Alya Start Her Weekend

0830 am - Tengok cartoon sat, Pocoyo selalunya. Comei cartoon ni



0900am - Siap-siap nak g bekpes kat Kak Pah Cafe. Tak jauh, belakang umah jer. Alya akan naik basikal, mama jalan kaki. Kekononnya exercise laa tur. Hi3. Weh, 5 minit pun consider exercise apa.


0910am - 1015am - Makan kat Kak Pah Cafe. Orait laa nasi lemak dia, ayam masak merah dia x pedas. Tu yg Alya berkenan tu.



1015am - 1100am - Cari apa2 yg berkenan kat satu kedai gift kat cnih. Pastu beli apa2 yg hendak dimasak makan tghr krg. Mama laa yg masak. Ok jugak laa kot...

1100am - 1200noon - Mama cuci sangkar Kelo. Alya main dengan Kelo. Main basikal round2 kat porch jer r. Porch kosong sbb weekend abah pakai keta.



1200noon - 0100pm - Mandi lagi. Sejam anak dara aku mandi tau. Wangi satu bathroom.

0100pm - 0700pm - Tengok cartoon, wat keje sekolah, tengok cartoon, wat keje sekolah... bla3x. Main basikal, main Kelo, pergi taman... bla3x.

0700pm - 0730pm - Mandi lagi. Sekejap jer sbb mama ada temankan. Mama tolong jiruskan klu tak sejam lagi laa.


0730pm - 0800pm - Bersiap2 klu abah call kata OTW nak ajak kuo. Klu tak makan, tengok cartoon, wat keje sekolah, conteng buku, bla3x

0800pm - 1100pm - aktiviti menconteng, borak2, makan2 dan klu free, kuo cuci mata.


1100pm - Mama bukak volume maksimum. Suruh pergi tido.


Hmmm... lagi x besar panjang gtu ler.....

Kelo usia 5 bulan... another Kelo?

Kelo??!!

Menurut kata tuan lama Kelo, ari Sabtu aritu genap laa umur si Kelo dan adik-beradiknya 5 bulan. Itu umur ikut dari bulan dilahirkan, klu ikut tarif kita tak tau laa brape umur Kelo ni.

Kelo ni bergambo stail Abah Alya plak. Tak nak pandang kamera.

Kelo ni, adik beradik dia suma duduk kat sebelah rumah jer. Hi3x. Tak jauh. On weekend, sementara sangkarnya disucimurnikan, Kelo akan bertandang ke rumah sebelah begitu juga adik-beradik dia akan bertandang ke teratak Kelo.


Unfortunately, seekor adik-beradiknya mati kelmarin. Katanya akibat jangkitan kuman. Aduih, sedih sungguh sbb yg mati tu warna oren. Mula2 Alya nak yg kaler oren tu, mmg gebu gebas tp sbb yg tu jantan jadi hubby Ida ni sayang.

Laa ni, lagi dua ekor klu menurut bahasa Ida, demam. Mmg ya pun, badan diaorg panas jer. Bimbang Kelo kena jangkitan kuman, maka dibawa laa ke klinik haiwan kasi inject ckit. Mama Alya bukannya apa, baru sebulan si Kelo tu menjadi pet Alya. Karang sedey plak anak mama klu Kelo tu senasib ngan adik-beradik dia.

Teka yg mana satu Kelo, yg mana satu Cokelat. Klu betul ada hadiah.... :-bd

Yang dok relax masa org amik gambo dia adik beradik Kelo laa. Yg ni namanya Cokelat. Suka ngan kucing ni sbb kaki dia cam pakai stokin. Bulu dia pun panjang, sedap jer klu usap. Cuma dia sombong laa (brase cute kot). Klu Si Kelo, asal kuo sangkar jer melepek kat tepi orang. Mmg jenis yg suka melepek kat celah orang. Tu yg berkenan tur.

Sunday, March 22, 2009

Meet the KELO (KAY-LO)

One of our gift to Alya for her 5th birthday is a kitten. Originally named as Shiro but Alya decided to change her name to... guess what.... KELO (pronounce as KAY-LO)


Owner lama KELO ni x jauh, jiran sebelah umah jer. KELO ni ada 4 beradik. Mak nyer nama OREN, dah mula bergalok balik. Cam2 jantan dia berdating sampai bawak penyakit kat anak2... KURAP!!!!


Tp menurut kata doktor veterinar, tak lama lagi baik laa tur tp tu laa tengok laa muka dia.. kudis sana sini. Mujur mata dia biru... sejuk ati... Hmmm klu tanya pada Alya mmg ler dia sayang. Tp setiap kali KELO membuang, mula laa menjerit panggil abah / mama suruh buang sisa tinja...


So inilah pet utk Alya... tak dilupa thanks kepada Mak Su dan Pak Su yg sudi beri hadiah berupa stationery (Folder c/w pencil case dan pencil2 skali). Juga kepada Cik Nik sefamily yg bagi teddy bear.... besau tu... utk maklumat Cik Nik sefamily, Alya ni nak tido ngan mama lagi jadi selalunya teddy bear tu letak kat rak jer r... hi3x.

Monday, March 16, 2009

Lagi gambar sekitar birthday Abah dan Alya

Aduih pagi tadi Cik LiezaSaypull bising2... asyik nengok gambo kek dlm blog tp x rasa2 pun... Hu3x. Ok rrrrr.... kita try bawak laa nnt.... Sebelum tu saja nak post gambo masa birthday Abah Alya dan juga gambo2 lain masa birthday Alya.



KEK COKLAT KUKUS

Ini resepi dari Cik Zira Koop UIA.... mmg mudah dan menjadi gitu... dan resepi dia ni leh diolah... nak manis tambah tu, nak gebu tambah ni, mmg caya laa Zira.

BAHAN A

1 cawan serbuk koko / coklat (boleh wat 1/2 koko, 1/2 milo)

1 cawan gula (boleh dilebihkan lg 1/2 cawan klu nak manis)

1 cawan susu cair

1 cawan susu segar
1 cawan minyak / marjerin cair
(Masakkan bahan A hingga mendidih. Ketepikan dan biarkan sejuk)


BAHAN B

3 biji telur Gred A

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh baking soda

(Pukul bahan B hingga kembang atau dlm kes Mama Alya, pakai blender jer)


BAHAN C

1 1/2 cawan tepung gandum


Cara2....
1) Panaskan periuk kukus

2) Masukkan Bahan A (yg dah sejuk) dan Bahan B ke dalam Bahan C. Kacau sampai rata cara balik kaup.

3) Kukus selama 45 min tu 1 hour.

4) Biarkan hingga betul2 sejuk sebelum disapu topping.


Okay, utk topping tur....

Cara 1 : Cairkan coklat masakan biasa tu, leh letak marjerin sesudu klu nak berkilat. Ratakan atas kek.


Cara 2 : 1 cawan serbuk koko + 1 cawan susu pekat dimasak atas dapur hingga pekat. Boleh tambah air sedikit demi sedikit klu terlampau pekat. Didihkan hingga betul2 pekat dan bila senduk diangkat, adunan tu macam bertali jatuhnya. Ratakan atas kek kukus. Klu xnak rasa pahit2, leh tuko 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan milo dan tambah gula sedikit demi sedikit.

Ising for deco.... haa yang ni senang yang amat.

Bahan2 : Marjerin secawan, beberapa titik esen vanila, gula blender 1/2 cawan.
Haa klu nak lebih, gandakan cawan bahan2 tu jer. Mudah jer, pakai cawan2 jer.

Caranya :
Pukul suma bahan tu sampai kembang, maksudnya sampai nampak marjerin tu putih.


* Resepi ising ni kan leh wat inti krim roti tau... sama jer....

Sunday, March 15, 2009

Alya 5th Besday

Besday Girl Mama

Senin (16.03.2009) Ari ni (sekejap lagi dlm kul 1.27pm) genap laa Alya berusia 5 tahun. Celebrate kat umah atuk (belah abah dia) semalam, 15.03.2009. Terawal sehari sbb suma mak sedara dan bapak sedara dia ada (kecuali Pak Teh dia).

Ni kirakan first round celebrate laa sbb next week ada sambutan ramai2 kat tadika dia plak. Pastu last round ujung bulan (Insya Allah) sekali ngan Mak Kecik dia (Shishia) yg genap 16 tahun 31.03.2009.


Actuallynya, Mama Alya ingatkan dah x jadi sbb semalam hujan punya laa lebat giler. Mm g lebat sungguh woo... Sbb Abah Alya dah plan nak wat bbq sementelah adik beradik dia suma ada (except Pak Teh Alya laa) tp memandangkan ujan, cam x jadi. Tp disebabkan pakcik2 Alya dah pasang khemah blkg umah, maka projek bbq tu jalan jugak laa.


Menu x banyak, sbb dah g makan kenduri dua umah tghr tu. Cuma ada mee goreng (Mak Ngah Alya selaku chef), kek dan bbq ayam. Hek3. Mama Alya try jugak laa wat kek kukus (resepi ehsan Zira Koop). Segan tul bg org makan, tp mujur laa abih. He3x.


Ni antara pic2 yg sempat disnap oleh hp Mama Alya (MMC agak corrupted, banyak gambo kena pakai hp Abah Alya). Gambo2 lain akan diupload dari masa ke semasa.


Kek2 yg didisplay dan dimakan... suma kek coklat... yg Spongebob tu tempah, kecik jer r sbb krg x abih plak kek coklat yg mama wat... malunya Allah jer r yg tahu sbb keyakinan x cukup nak bagi org makan... eh2 apsal timun tu mencelah? Confuse ni....

Agak bodo tulisan kat kek tu kan, geram sungguh kat tukang tulis tur...

Homemade coklat kek... kui3x... ntah apa2 ntah celoreng tur...

Yang ni coklat topping dia agak2 pahit2 manis gitu...

Potong kek mesti ngan abah, sbb aritu besday abah, dia pun tumpang sekaki potong kek abah

Makan time...

Happy 5th Birthday Alya... Semoga membesar sebagai anak yang solehah dan hamba Allah yang bertaqwa...

Thursday, February 19, 2009

Attack of the Clon - Part 2


Senang sungguh kat dunia klon ini ek....

Klu sedey, ada org tolong backupkan, war2kan ke seantero dunia mereka... dunia org lain xder wat gini...

Klu berasa ati... satu rumah termasuk blok2 kecik leh tau... bila2 masa ngadu kat emak bapak ....

Klu berasa marah... leh call, jerit2 bila2 masa....

Klu berasa kaya... leh spend duit sesuka ati, beli macam2... mahal2... besau2.... kilat2.....

Klu berasa tak dihormati... leh aim peluru kapur direct....

Klu berasa lebih pantas daripada org lain.... leh tuduh org lain lembap... malas... terabur...

Klu berasa bagus.... DUNIA INI AKU SAHAJA YANG PUNYA

Sunday, February 15, 2009

Our night watching Geng


Ini last minute punya plan... Abah Alya nak beli but bola kat Al-Ikhsan, ntah camner kitaorg menyesatkan diri terus ke Megamall.

Mmg kitaorg plan nak tengok Geng, tp Mama Alya cadangkan nak pergi next week sbb boleh bayangkan betapa ramai mak ayah dan kanak2 riang tengah2 baru tayang ni... Abah Alya last minute ajak tengok ari tu gak sbb dia takut next week dia main bola pagi ari...

Haa ikut je ler... tp jenuh jugak laa beratur semata2 nak amik tiket sbb x booking. Mama laa yg jenuh beratur, Abah Alya bawak Alya ronda2 tengok2 but bola dia.

Dapat laa tiket utk 815 mlm, tp row keeempat dari hadapan!!!! Mendongak jugak ler. Alya mmg excited giler laa sbb dok ari2 tengok trailer dia kat TV9. Kesimpulannya, cerita Geng ni mmg menarik laa.... cuma pada pendapat Abah Alya, klu cerita dia xder binatang2 ganjil tu dia lagi suka.... Mama Alya plak rasa ok jer. Alya lagi OK!!!!! Dah siap plan nak citer kat kengkawan dia.

Tp yg x sedapnya, dia ada kata nak tengok lagi laa citer Upin & Ipin... Kata nak ajak Shishia (Mak Sedara Bongsu, patutnya panggil Mak Kecik tp ntah camner dia leh glamerkan jadi Shishia) tengok Geng plak...

Pastu sementara nunggu Geng tu ditayangkan, ada kuo trailer Ice Age 3... Dia pun plan nak tengok gak.... Hmmm.... tu citer Pixar-Disney... Israel nyer company... Apa pendapat korang? Bersalah tak klu g tengok ker beli DVD Haram jer....




Wednesday, February 11, 2009

Bagaimana Alya belajar?




1. Bila ada mood - selalunya lepas abih tengok Wonderpets, Blue's Clues, Danny Phantom, Fairly Oddparents, bla bla sampai Spongebob

2. Bila abah dah start baca paper, dia pun tumpang sekali baca buku dia.

3. Bila mama start belek keje sekolah dia... mama pun kena belajar sekali

4. Bila senang... klu dah tak ada apa nak buat tur, dia belek2 gak laa buku dia.

5. Bila happy... bila dapat kaler baru, bila cikgu bagi double star kat homework dia.

6. Bila2 masa... tengah malam kalau ada mood pun dia mengeja

7. Bila dapat cilok duit seringgit mama, sbb nak kira ada brape dalam dompet dia.

8. Bila2 masa, x kira di mana....

Tuesday, February 10, 2009

Attack of the Clon

Macam2 perangai orang kat dunia ni ek..

Ada yang laser tak bertempat. Ada yg mempunyai tahap kesabaran tahap gaban dan ada yang jenis relax jer....

Bagi yang suka laser-melaser, tanda menanda, attack meng'attack', kenalah back to ground sekali sekala. Tak semestinya duduk kat atas sekali, kitaorg yang xder tingkat kat opis ni sesuka hati jer nak dilaser-laser. Tak baik tau, mak kita kan dah ajar kena saling menghormati. Klu mak x ajar, masa sekolah dulu, ustazah@ustaz pun dah ajar janganlah kamu membuka aib seseorang itu sesuka hati kelak keaiban kamu dibukakan tanpa kamu sedari. Wah3x ala ala alim plak Mama Alya. Klu masa sekolah tu tido, alah hari2 masa time nak masuk waktu, TV9, TV3, NTV7 ada ungkapkan nasihat ni. Klu tak tengok tv, dalam blog pun ada... kat portal pun ada.
Tu laa orang kan. Ni yang jenis laser.

Bagi yang mempunyai kesabaran tahap gaban. Allah itu Maha Mengetahui. Kesabaran yang kita pupuk, kita bina, kita pegang berkat mak bapak mengajar kita, berkat masa sekolah tak tido dan sempat mencuri masa tengok tv/blog/portal, ada pahalanya, ada berkatnya, ada hikmahnya.

Bagi orang yang relax... Relax relax jugak, tapi bak kata orang.... 'Dalam Hati Siapa Yang Tahu'.
Keh3x.

Monday, February 9, 2009

The Other Alya

Alya too, goes to school

Alya wearing a scarf...

Haa kenalkan.. ini Alya... umur 5 tahun gak... sekolah tadika gak...

Mak dia pun umur sama ngan Mama Alya, sekolah pun sama, comel tu hmmm comel mak dia ckit ko dari Mama Alya.. ekekekek.

Alya ni sama ngan Alya mama. Tadika tp bila abih sekolah, mama still kerja, duduk ngan atuk dan nenek. Mata pun besau, mulut pun becok tp x test letak kat sebelah menyebelah.

So kepada mama The Other Alya, nnt bila kita reunion, kita try letak Alya ni dan Alya tu sebelah menyebelah. Kita tengok sape paling becok antara yang becok... :D

Sunday, February 8, 2009

Alya back to school

Senyum seindah suria....

Lepas demam, muka agak cengkung... sian anak mama

Alhamdulillah... selepas hampir seminggu demam... Alya kembali ke sekolah arini.

Semangatnya memang tahap gaban laa sbb kul 600am dah bangun. Malam tadi cbuk kemaskan beg, asah kaler pencil, pencil 2B suma lar. Pastu baru perasan tali beg Hello Kitty dia terputus rupanya. Isyk3x, camne laa leh putus ni. Mujur boleh jahit balik.

Ari Sabtu kelmarin, kuo ler sat ngan Alya dan Mak Kecik dia (Mak sedara bongsu). Cari baju tp kan, takder satupun yg berkenan di ati. Last2, Mak Kecik dia yg dapat baju. Hmmm xper laa. Alya dapat jalan2 jer laa ya.

A Bread Story... Blueberry Roll


Minggu ni xder wat roti sbb tangan Mama Alya kena alahan balik sbb makan mi kuah udang ari Jumaat tur. Ingatkan x makan udang, setakat rasa kuah ok laa rerupanya sama gak penangannya. Tapi xper, Mama Alya postkan gak beberapa keping gambo roti blueberry yg sempat Mama Alya wat minggu sebelumnya. Resepi dia sama jer, pakai resepi Basic Bread Recipe tur cuma Mama Alya olahkan.

Gelekkan adunan tur, sapu jem blueberry atau apa2 jem yg disukai pastu gulung kemas2 dan potong kepada beberapa bahagian. Hasilnya cam biasa, dipuji hubby dan anak cuma segan nak bawak ke opis laa. He3x. Sorry ek kengkawan, tengok gambo dulu laa.