Alhamdulillah... masuk hari ke-9 kita semua berpuasa. Alya sehingga hari ke-8 masih berpuasa 1/2 hari sahaja (mana ada istilah pose 1/2 hari). Ngeh3. Hari semalam, Sabtu (29/08/2009) Alya dapatlah tahan sampai kul 330pm.
Agaknya kalau tak ikut Abah Alya beli barang kat beberapa tempat Insya Allah dia larat. Kul 330 tu pun dia berbuka bukannya makan apapun, minum air coklat sahaja. Mengadu dahaga. Try laa arini kot2 dia larat sampai kul 5 klu sampai time berbuka.. Alhamdulillah. Ikutkan mama Alya dulu, darjah 4 seingat mama, x pose penuh pun.
Masakan tidak, masa tu atuk Alya keje jauh. Adik2 kecil lagi. Takde org lain, mamalah yg kena ke kedai. Klu dekat takpe laa... Jarak jauhnya kedai tu dr Kuliah Medic tu ke IIUM Development. Opah Alya suruh bawa payung, nak pegang camne klu kedua2 tangan penuh dengan brg. Nak bawa basikal, tak pandai2. Raya tahun lepas sempat laa menjenguk rumah lama, menyusuri jalan yg pernah mama gunakan, rasa cam x caya mama larat jln jauh2. Tp ye laa kan, dulu2 tak sepanas skrg.
Mama Alya ambil petua Kak Cik, jiran sebelah rumah. Cara dia melatih anak2 kecil ialah dengan cara mengunci jam. Maksudnya, hari first tu dia set jam sampai kul 12. Tengok anak larat ke tidak. The next day, dia anjakkan ke pukul 1, the next next day kul 2 dan begitulah ke hari2 seterusnya. Duduk bersebelahan dgn jiran yg penuh ilmu mendidik anak2 banyak memberikan ilmu kepada mama dan abah Alya.
Oh ya, korang suma. Maybe ada yg dah tahu, maybe yg balik kg tu tak tau. Pokok besar kat stadium Darul Makmur, alaa yg kat tempat jual tiket berdepan ngan Klinik Al-Farabi / Eng Hong tu, tumbang semalam. Maybe sbb dah tua ditambah lg dgn angin kencang. Jam giler semalam beb. Rasanya ada kereta yg dihempap pokok tu harap2 x teruk mana. Pokok tu tumbang time sesak dlm kul 2 something.
Masa kitaorg lalu, mmg ramai laa org berenti tengok. Bomba, polis suma ada. Tumbang plak kat jalan utama (Jln Bkt Sekilau, depan stadium, dekat Eng Hong bandar), mmg jam gila2 laa. Nak balik Inderapura last2 Abah Alya ikut highway jer.
Image x dpt diupload... Card reader xleh baca MMC handphone Abah Alya. Huk3.
Selamat Berpuasa kpd semua.
AKHIRNYA BABY BOY
-
ASSALAMMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
Bersawang berhabuk-habuk tebal dah blog "Eijams Family" nie hehehehheheh
diharap masih ada lah pembaca ang sudi singgah la...
4 years ago
No comments:
Post a Comment