Wednesday, January 21, 2009

Produk Herba IIUM

Baru2 ni Mama Alya diperkenalkan dengan satu produk herba keluaran UIA sendiri. Kulliyyah Of Pharmacy yang produce. Melihat kepada rangkaian produknya, mmg ok ler pada pendapat Mama Alya.
Ingat tak previous post, Mama Alya ada cakap Alya ada penyakit ekzema. Walaupun x kronik cam masa dia baby but disease tu still ada. So bila Dr Zaiton, antara perintis produk ni introduce kan produk ni, Mama Alya pun guna laa ointment ni. Baru seminggu Alya pakai but alhamdulillah, ointment ni serasi ngan dia. Lagipun kan produk ni chemical free. Tu yang penting tur....
Jadi pada sesape yg rasa dia ada penyakit kulit leh r cuba produk ni. Produk ni diproduce oleh pakar farmasi UIA, jadi keyakinan tu tinggi laa kan....

Ni beberapa produk yg Mama Alya dah beli, cuba dan puas hati ler.... nak tahu lain2 produk klik di sini.


Facial Soap ni sesuai sekali utk kulit bermasalah cam Mama Alya kot. Ada satu wife staff cni, guna sabun ni pakai ngan face oil, x sampai dua minggu jeragat dan parut yg hitam2 tu hilang. Liang roma muka dia pun mengecil, nampak halus jer muka dia. Lebih bagus digunakan ngan face oil shintook... muka jadi tegang gtu...

Haa... yg ni dah banyak testimoni yg Mama Alya terima... rata2 puas hati ngan hasilnya sbb badan terasa ringan. Pastu kebanyakkannya nampak perubahan tang perut.... tampak lebih kempis dan kemas... utk menampakkan perubahan yg mantap, disuggestkan minum sesudu teh + sesudu minyak olive (kelapa dara klu tak silap) bagi segelas air. Mungkin kerana fungsi utama teh itu sendiri utk detox kan all toksin dalam badan... sbb kebanyakkan org gemuk bukan kerana kuat makan tapi sbb toksin dalam badan especially org yg mengalami kebuncitan

Ointment ni mmg dah ditry oleh Mama Alya dan Alya sendiri. Alhamdulillah, Alya xder laa tido malam bergaru2 skrg ni sejak pakai ointment ni. Malah tangan Mama Alya sendiri yg tetiba kena ekzema dalam masa seminggu dah okies balik. Produk ni mmg berkesan pada kitaorg sbb doktor dah suggest kan jangan pakai sabun biasa sbb ada chemical sintetik. Tu yg wat kitaorg guna ointment ni dan mandi pakai sabun shintook cam yg kat bawah ni....


Ni laa sabun mandi yg kitaorg anak beranak guna skrg ni.... Banyak ag produk dia tapi x test ag... ada face oil, ada scrub... massage oil (yg ni kasi makcik tukang urut kat UIA test, next week dapat testimoni dia)

Insya Allah, nnt Mama Alya test scrub dia plak dan juga face oil... kata leh tegangkan muka... kui3x.

Lain2 produk herba ni leh klik di sini.




Sunday, January 11, 2009

Red Bean Bun

Bila dah siap.....

Ni resepi yg diberi oleh Puan Syima. Mudah dan senang. Mama Alya wat dua versi. Mula2 pakai bread improver, mmg lembut giler ler. Pastu wat tanpa bread improver. Lebih kurang jer cuma tanpa bread improver, kena uli lama2 kot. Ntah laa.. Baru try 2 kali buat roti ni.

Masa dlm oven, yg belah kiri tu strawberry bun utk Abah Alya tp sikit punya cerewet nak wat... sbb jem tu melekit2

BASIC BREAD RECIPE

Bahan A :

1. 440 gram tepung roti / high protein flour

2. 60 gram tepung superfine

3. 100 gram gula

4. 1 sudu teh garam halus

5. 30 gram (2 sudu besar) susu tepung

6. 1 sudu teh bread improver

7. 4 sudu teh (1 paket) yis kering

Bahan B:

1. 250ml air

2. 1 biji telur (pukul sedikit)

Bahan C

1. 80 gram shortening

Cara2nya :

1. Masukkan bahan B ke dalam Bahan A. Uli hingga adunan agak licin.

2. Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas. Biar 30 min – 40 min.

3. Tumbuk2 doh dan uli utk keluarkan angin. Ini penting utk hasilkan roti yg tidak berongga besar di dalam.

4. Bahagikan doh ikut berat yg dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

5. Keluarkan angin dari doh dengan memicit2 dan bulatkan sekali lagi.

6. Bolehlah dibentuk ikut suka.

7. Biarkan hingga naik 40 min – 1 jam.

8. Bakar hingga masak.

9. Tips Puan Syima, belah atas roti, isi butter & tabor gula. Nyam3x.


Alya goes to school

Manis berbaju sekolah

Ustazah Peace Ya'll
Sejak Alya masuk tadika ni... senang jer kejut dia bangun pepagi. Senyum jer bila bangun. Dulu klu kejutkan suruh bangun nak anto umah atuk dia cam2 perangai dia buat. Buat pejam mata laa, buat2 tak sedar laa sampai kena berheret ke keta. Anak anak.... Arini Alya minta gorengkan nugget kesukaan dia... dan juga roti kacang homemade yg kitaorg wat ari Sabtu aritu. Bukan xder makanan disediakan di tadika tp biasalah, x brape kena ngan tekak dia kot. Sbb ari Senin, menu dia nasi goreng. Alya mmg kureng ler bab2 nasi goreng ni.

Mujur ada resepi roti Puan Syima.Mmg menjadi laa resepi yg Puan Syima bagi. Mmg adunan dia cam lembik ckit tapi kelembutannya kekal berhari2. Utk resepi basic roti tu kengkawan leh laa g ke bahagian resepi utk org terkejar2. Utk resepi ni kan, mmg betul2 utk org terkejar2. Sambil nunggu roti tu kembang, pastu nak uli balik, tunggu dia kembang, pastu nak bakar, sempat laa Mama Alya bilas kain, cuci pinggan dan vakum umah. Ahaks.

McD bersama monyet

Imej tidak berapa jelas... lupa nak zoom

Hukaloh.... mmg x sangka betul pengalaman makan fastfood kat TC bertukar menjadi adventure yg ngeri dan sakit hati. Patutlaa tempat tu dah x ramai org... Mama Alya dan Alya plak dah lama giler x ke sana. Mana laaa tau kan.

Khamis lepas disebabkan Alya teringin nak burger ayam, mama pun bawak laa dia keluar. Kita ni ingat KFC perlu di'ban' disbbkan Israel. Tak teringat plak McD pun suku sakat tu jugak. Kita cuma ingat McD tu senang, drive thru x yah pening2 pike pasal parking.

Cadangnya nak g drive thru jer, Alya nak makan kat ctu gak. Mama mengalah laaa. Kita org ambik spot kat luar. Baru jer kunyah fries, ternampak suku-sakat cik nyet kat tepi pantai. Berdebar gak kitaorg. Alih2 pandang sebelah, dah ada kat koridor McD dah. Gempar laa org2 kat ctu. Kitaorg apa lagi rush terus masuk dalam restoran laa.

Sian plak staff McD kena pegang penyapu sorg satu nak menghalau geng x tau malu tur. Ada yg siap baling batu. Kitaorg jadi tukang tonton jer r dari dalam. Mmg ngeri tul laaa. Pas ni jgn harap laa kitaorg nak g sana lagi. Ampun....

Tuesday, January 6, 2009

First day at tadika

Alya masuk tadika hari ni secara rasminya sbb hari ni baru dapat baju seragam. Tomei plak tengok dia pakai serba hijau sampai ke tudung. (Gambo tidak dapat diupload hari ni).

Hantar dia kul 755. Masa datang tu dah ramai dah bebudak baya dia kat ctu. Datang2 jer terus cikgu bagi dia baju seragam yg dah dialter ikut saiz sebeno dia. Ala2, cam dah besar sangat anak dara mama. Terharu plak.

Alih2 ada dua budak belakang dia nangis. Mula2 yg boy tu pastu melarat ke awek sebelah. Alya wat muka heran laa tengok budak dua org tur. Sbb ari Senin aritu, masa datang mendaftar, boy yang sama menangis dan dah kena tegur ngan Alya. Hari ni, dia memerhatikan sahaja dgn rasa keheranan dan kepelikan. Ya laa, apsal ari ni 2 org nangis.

Rupa2nya dua org tu jiran sebelah. Mmg sejak kecik ag bermain bersama, berlari bersama. Romeo Juliet kecik rupanya. Sementara mama menyettlekan baki yuran, Alya duduk balik laa kat tempat dia. Sekejap jer, dah dapat kawan anak mama. Alhamdulillah. Risau gak sbb Alya ni jarang bercampur ngan geng sebaya. Selalu kengkawan dia geng2 budak darjah 1, darjah 2.

Tghr mmg dah arrange dia naik van sekolah. Mama Alya cuma jadi pemantau dari jauh jer r. Tapi dia nampak gak. Ingatkan dia nak naik ngan mama, rupanya dia nak naik van. Mama Alya follow jer r van tur. Rupanya van tu x terus anto balik umah atuk dia. Van tu g sekolah rendah kat depan amik bebudak pra kat sek rendah tur. Tapi Alya cam cool jer so x risau laa.

Sampai jer kat umah atuk dia. Muka dia masam mencuka. Ingatkan kena kacau dalam van ke apa. Rupanya.... dia nak sekolah lama2 x nak balik lagi. Alahai sayang mama, sekolah tadika sampai 1130 jer.. Dia suruh nyer mama call cikgu dia bagi tau dia nak sekolah lagi. Puas dipujuk, kata esok boleh sekolah lagi dia ttp ngan pendirian diaa. Nak sekolah lama lagi arini.

Terpaksa laa jadi pelakon, konon2 call cikgu dia. Bagitau dia, cikgu kata sekolah lama2 cuma utk budak umur 6 tahun. Alya baru nak masuk 5 jadi x bleh lagi. Nasib baik dia boleh accept tp kerana masih bengang, dipaksanya gak mama balik ke rumah amik buku dia yg lain. Mama dah laa rush nak g opis. Nasib baik atuk dia setuju nak g umah amikkan buku dan kaler yg dia nak tur.

Hai anak mama, harap2nya kerajinan ke sekolah ni akan berkekalan laa. Aminnnn...

Tuesday, December 30, 2008

Awal Muharram dan Tahun Baru Omputih

Sibuk betul tv promote tahun baru bertarikh 01.01.2009 padahal 29.12.2008 aritu dah tahun barunya. Gini laa sikap rakyat negara kat cnih. Ya laa... klu tahun Islam, xleh ronggeng, tahun omputih leh ronggeng. Hmmm... moga2 persepsi ini akan berubah. Aminnnn.

Lama plak rasanya cuti kali ni. Sbb selalu cuti paling lama 2 hari tetiba dapat straight 3 hari. Melengung gak x tau nak wat per sbb ari Khamis (25/12) dah cuti sehari. Wat projek roti manis jer r ari Sabtu tur. One of my way to spend time with Alya. Abah Alya kerja, tinggal berdua jer r.

Topping tu cam cair... tu yg hangus masa bakar tu... Hu3x... xper baru 1st time, klu berkali2, mau ku campakkan semua gadget ke tong sampah takpun bagi kat Puan Syima. Hi3x.


Hasilnya... tak comel langsung tapi nasib baik lembut dan diterima tekak Alya gak... masuk tong MPK angkat sendiri laa nih... He3x.

Tengok dalam kabinet, ada lebihan oat. Aritu beli sbb mengikut iklan tv "Sayangi Jantung Anda" pastu haram x makan pun. Belek2 buku resepi Betty Crockers ada plak resepi Biskut Oatmeal. Redah jer r. Tp x brape comel. Hu3x. Terlebih baking powder dan serbuk kayu manis kot. First time wat. Tangan gigil2 lagi. Lagi satu baru perasan stok Baking Sheet dah abih. Oat ni kan jenis melekit, so melekat laa kat tray tur. Hampehhhh!!! Rasanya ok laa gak kot.... bila lapar. Hak3x.

Esok (01/01/2009) cuti ag. Jumaat masuk kerja laa. Cemuih weh cuti. Sbb Senin mungkin nak cuti sbb Alya masuk TADIKA. Berdebar yang amat ni. Next week leh r upload gambo dia.

Sunday, December 21, 2008

Cara2 mengurangkan rasa sedih x dpt g KL

Sabtu tur rasa cam sedey jer mengenangkan geng2 suma dah sampai ke KL. Nak call diaorg tanya kabo pun berasa xder mood. Sbb sedey. Bagi menghilangkan rasa sedey... jgn x caya Mama Alya wat nasi himpit kuah kacang, bubur kacang dan jeng2 roti manis. har3x.

Roti manis Mama Alya x pakai ovellete suma tur. Hanya pakai instant yeast, tepung naik sendiri, telur, esen vanilla, gula, kismis, marjerin... tu jer. Boleh laa for 1st time kot. He3x.

Buruk jer... 1st time wat laa katakan....

Bila dah masak.... gini r ghupanya

Alya bab2 bubur kacang, nasi impit kuah kacang mmg bagi ke dia laa. Tengok dia selera makan homemade roti cicah bubur kacang and nasi impit, ilang sedey... Hu3x.

Muffin Bluberry Filling

Atas permintaan member lama, newlyweds Azlina UMP... Mama Alya postkan laa resepi muffin blueberry cam yg diminta tur.



Inti : Blueberry Filling - beli kat kedai peralatan kek cam Sehati bakery @ Bakemate Enterprise

Bahan Kering :
1) Tepung naik sendiri - 2 cawan

2) Baking powder - 1 sudu teh

Dua2 ni gaul rata dan ayak. Ketepikan dulu


Bahan basah :

1) 3/4 cawan susu segar

2) 1/2 cawan minyak sayuran / butter @ mentega yg dicairkan

3) 1/2 sudu teh esen vanilla

4) 2 biji telur gred B


Campur dan kacau pakai whisk hingga rata.


Panaskan oven ke suhu 190 darjah.


Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau rata2.

Sudukan ke dalam cup muffin, atau cup kecik2 ikut suka laaa. Klu xder cup muffin, pakai paper cup biasa pun boleh cuma kena letak dalam acuan cup cake laa supaya muffin tu naik tinggi.


Cara sudukan muffin tur:
Sudukan separuh adunan dalam cup. Masukkan inti blueberry ikut nak banyak mana. Kemudian topping ngan adunan. Adunan dalam cup mesti 3/4 dari cup takut naik tinggi sangat nanti.


Bila oven dah panas (dlm 10 minit laa), masukkan adunan dalam oven. Klu cup besau, bakar dalam 25 - 30 minit dengan suhu 170 darjah. Klu cup kecik dalam 10 -12 minit jer. Tp intai2 selalu laa takut hangus ckit.

Mudah jer caranya. Ce try. Enjoyy!! Haa dah siap tu pandai2 laa topping ngan jem blueberry ke apa. Nak sedap, pakai topping cream chees pun sedap. Mesti abang sengih memanjang.

Impian tinggal impian

Jumaat (19/12/2008)

Tiket balik ke Kuantan telah selesai dibayar. Tghr time rehat panjang tur, Mama Alya keluar ke bando bersama Jie dan Lieza. nak cari comfort shoes bg memudahkan kami melakukan aktiviti shopping kami di KL. Hati berasa riang dan lega kerana demam Alya telahpun reda. Xder ler berasa berat ati nak tinggalkan dia semalaman.

Ni laa sandal utk dipakai semasa menjalankan aktiviti paint the city tur... apakan daya hajat x sampai.. :((

Sandal utk dipakai dengan riang bagi aktiviti esok berjaya diperolehi. Yeayyy!! Snap design kasut yg nak dicari masa kat KL sok. Namun betul ler kata org kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Mama Alya terpaksa laa mendahulukan hal keluarga daripada hal menjadi bujang semalaman. Sedey mmg sedey tp nak wat camner kan.

Design kasut ni r yg nak dicari kat KL

Pun begitu, kengkawan yg pergi ke KL x melupakan Mama Alya. Dibelinya juga cookies cutter impian Mama Alya juga sepasang kerongsang dr kedai Raja Kerongsang di sana. Thank frenz! Hopefully, plan next year xder halangan lagi.

Buah tangan yg dibeli Jie... thanks Jie... kat belakang tu cookie cutter Puan Syima tlg belikan

Thursday, December 18, 2008

VH1 Alya

Har3x... Saja jer nak post klip2 ni. Berasa syahdu mengenangkan Alya semakin besar...







Countdown ke TADIKA

Alya semakin besau....

Sekejap jer kan dah masuk bulan January 2009. Wah3x. Tang angka 9 kat ujung yg tak tahan tur. Alya pun dah makin besar. :(. Dah nak sekolah tadika. Ya betull!!! Anak dara mama akan masuk sekolah TADIKA bulan satu nih.

Atuk dia berat ati sebenarnya nak dia sekolah... tapi sebenarnya kan Alya ni patutnya umur 4 tahun dah masuk dah. Klu ikutkan atuk dia, umur 6 baru masuk tadika. Cam2 alasan ler. Alya x biasa ler, takut dia kena buli ler. Cucu corg. Gitu ler.

Sebenarnya kan, Mama Alya yang terlebih excited membayangkan first day Alya kat TADIKA. Dah x lama dah ni. Baju seragam x dapat ag klu tak leh suruh Alya posing dulu. Hu3. Walaupun Alya ni mmg x pernah duduk kat nursery ke , taska ker (eh sama laa tur) tp tengok gayanya dia xder masalah nak berkomunikasi ngan org. Mana dia pergi, ada jer geng baru dia dapat. Alhamdulillah. Minta2 dia sekolah nanti dia xder masalah berkawan laa.

Abah gunting rambut... mujur dia x wat stail botak lagi

Semalam kitaorg teman Abah Alya g gunting rambut. Sempat ler snap sekeping dua gambo sbb kedai tu kedai member kitaorg gak. K r tempat tu. Murah pun murah. Gunting skali urut kepala 8 hinggit. Lagipun org Melayu. Hmmm dah besau anak mama. Tak lama lagi TADIKA, pastu sekolah rendah, top2 sekolah menengah. Sedar tak sedar, dah besar panjang. Sayu pulakkkk... Cehhhh!!!

Wednesday, December 10, 2008

Birthday Puan Syima


10/12/2008

Wah3x. Usia Puan Syima bertambah matang hari ini. Utk meraikan kematangan beliau, Mama Alya bersama Abg Sam, Kak Zaa, Lieza & Jie menghadiahkan sebiji kek kecik lagi sempoi. Hmmm, apa agaknya hadiah yang diterima Puan Syima tahun nie dari hubby tersayang.

Xper Puan Syima. Klu hadiah tu x besau mana, kita sambut lagi 20-21/12 ni ek. Countdown to KL begin.... Mama Alya dah start berilusi menda apa yg hendak dibeli.

Birthday Lady bersama kek krimnya....

We love cream cake... diet tu kendian laaaa

Tuesday, December 9, 2008

Raya Haji yang tak best

Bagi kami bertiga, raya haji kali ni memang tak best ler... masakan tidak, dengan hujan lebat giler. Itu ok lagi, AIR TAKDERRR!!!! Waaaaaaaaa!!!!!!!!

Sabtu tu Abah Alya keghoje lagi jadi x kuo ler beli barang2. Lagipun raya haji tak ler sesibuk raya pose kan. Sabtu tu kan dah start ujan lebat. Duduk umah jer ler kemas2 umah dan wat tender mendobi baju yang bertambun tur. Tak sangka plak ujan lebat tak henti2 sampai ke malam.

Pagi Ahad, Mama Alya start ler wat muffin. He3x. Dah expert dah. Puan Syima kata muffin yang elok ialah muffin yang naik tinggi dan pecah2 di permukaannya. Rasanya muffin Mama Alya dah sampai tahap tu dah. He3. Ingat belah petang nak wat kuih sarang semut ckit, cornflakes ckit. Alaa serba serbi ckit ler. Top2 tghr air xder!!! Waaaa!!! X jadik ler wat kuih2 tur. Wat muffin bluberry filling and chocolate filling jer r. Sempat ler rebus nasi impit. Plan nak wat kuah kacang umah Bapak Mertua kat Penor sbb air xder kan.

Nak start wat muffin blueberry filling nih...
Membakar mini muffin kegemaran Alya
Muffin naik elok... yeayyy!!!

Siap utk dimakan

Bluberrry filling muffin... kira ok ler

OTW balik Penor lepas Maghrib tu ujan mmg lebat ler. Bawak keta nyer ler slow. Bimbang gak banjir tapi laporan2 terkini yang diperolehi air x naik ag. Tapi kan malam tu sampai ke pagi ujan lebat giler babas ler dengan angin sekali. Gerun gak dibuatnya. Sampai raya Senin tur r. Ujan jer!! Tapi raya tetap raya. Sempat ler g umah AtieRiff merasa mee kari goreng dia. Plan dia nak wat mee kari tp sbb air xder dia wat mee goreng. Janji makanan ler AtieRiff. Sedap plak daging dinding dia. Alya bertambah ler makan nasi impit. Favourite dia.

Balik umah, air xder gak!!! Waaa tension!!! Mujur air dalam tangki ada. Cukup ler wat kami 3 beranak. Selasa pun xder air... budget nak sms Puan Syima dah malam tu nak bagi tau nak EL sbb air xder tp Abah Alya kata mana tau pagi sok ader.

Hari ni, Rabu kul 5 pagi tadi xder ag. Waaaa tension!!! Top2 730 am ada ler air besau batang lidi kuo kat sinki. Legaaaa tp mmg lambat ler dtg... Sorry ek bos. Hi3. Nak wat camner takkan x mandi datang keghoje... SALAM AIDILADHA FOR EVERYBODY

Thursday, December 4, 2008

Desk File Workshop

Selasa 02.12.2008 & Rabu 03.12.2008

Atas permintaan SS, yg diajukan kepada PIC workshop sendiri dari minggu lepas sudah, maka Mama Alya dan Br Sham JHC diarahkan menghadiri workshop yg dinamakan Desk File Workshop. Utk pengetahuan suma, kitaorg ni bukannya tergedik sangat nak masuk (sape x nak ilmu, kan) tp kerana workshop ni satu keperluan maka kami pun menurut perintah.

Apapun alasannya, library dah ISO ker (yg ISO tu Gombak ek bukan KUANTAN) tp apa salahnya kami join kan. Klu x silap, Finance Unit pun dah ISO (pengakuan En Ijoy sendiri) tp dia org leh join. Dah tu apa halnya klu library nak join? I smell something fishy...

Suma participants dibekalkan dengan sebuah beg berwarna merah dan beberapa kelengkapan yang diperlukan utk menghadiri workshop tersebut. Dengan agak2 segan, Mama Alya pun mendaftarkan diri. Tengok2 nama kita xder. Punyalaa lurus pembaris, Mama Alya pun bertanya laa kpd urusetia, nama saya xder ker?

Seorang urusetia yg mungkin merasakan workshop tu mak bapak atuk nenek dia yg punya, atau mungkin merasakan budget nak g IEEP 2009 kena cut sbb kena tambah lagi 2 org jadi dia bengang mungkin kerana budget tersebut hendak digunakan wat tambang tongkang, maka dengan selamba dan kuatnya berkata, "Takder!Org last minute masuk mmg xder nama!" Tanpa sempat Mama Alya mem'backfire', urusetia tersebut beredar masuk ke dalam dewan.

WTH! Bukan ke HOD library dah cakap awal2, minggu yg sudah nak masukkan staff library 2 org. Pandai plak urusetia tu terus blah gtu jer, weh berani cakap lepas berani tunggu r klu nak dengar ultramona menjwb. Ultramona maleh r wat perangai budak kecik kan, main ultrafire kat depan2 org. Kita ni bawak imej dept kita. Buruk imej kita, buruk ler imej opis. Ah cam2 perangai r budak2 nih. Kita yg tua klu wat perangai budak2 bukan ker memalukan diri sendiri atau mmg ada org yg dah tak ada rasa malu?

Mama Alya dan Bro Sham bukannya terhingin sangat pun nak beg tur. Kami faham, beg tu perlu diorder jauh utk diperolehi own time. Kami nakkan segala kertas kerja yg diperlukan utk workshop tu. Ni xder langsung bekal per utk kitaorg. Bro Sham plak terpaksa curik satu salinan utk dia dan Mama Alya terpaksa menumpang beberapa budak Medic (kudos to AtieRiff, Nurul Graphic dan Munirah yg sudi berkongsi kertas serta Kak Oya, Kak Ros, Kak Suzie, Kak Lin dan Kak Jibah yg sudi berkongsi meja dengan Mama Alya). After all, the main objective to be a participant is to gain knowledge so WTH our own copies.

Come on laa, hanya 2 org yang nak join. Penat sangat ker nak type dua nama? Atau nak photocopy lagi 2 salinan. Kitaorg bukannya mintak nak masuk sehari sebelum workshop tp MINGGU LEPAS laa... Ke minggu lepas suma org bercuti baru dapat tau pagi nak mulakan workshop. Raya Aji next week laa beb!!!

Dah laa tur... masa kena berkumpul ikut dept, aku ngan Pok Sham terkebil2. Takkan nak duduk 2 org jer. Ehmmm... library ni adik beradik sepupu sepapat ngan dept apa ek? Sekali lagi kudos to nama2 yg aku sebut di atas tadi kerana memberikan space utk Mama Alya. Pok Sham plak nampaknya juga diberikan layanan baik oleh geng2 Medic.

Kembali ke opis, Mama Aya pun memberikan laporan ttg apa yg kami terima. Kena ler minta nasihat officer benda2 gini kan. Sbb kami ni mewakili opis (suma org kena laa faham. Tiada istilah workshop ini aku yg punya, workshop ni IIUM yg punya ada faham!!) jadi kena laa laporkan apa yg patut. Atas nasihat officer, maka Mama Alya dan Pok Sham pun mengajukan pertanyaan kepada PIC mengapa kami tidak dibekalkan paperwork.

Dapatlah Mama Alya salinan yg masih panas dan berwap. Eh pandai plak cari photocopy (klu budget lari sbb kena photostat sila claim pada petty cash library ek).Ehmmmm... ntah laa. Mama Alya x tau r nak salahkan sesape dalam hal ni sbb masing2 ada pengalaman kerja kan. Ada yg dah kerja 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun. Dah senior dah! Aikkk, xkan sbb mintak nak masuk bukan dijemput begini layanan yang diberikan. Klu camtu, nanti masa open day ker, open house ker, kitaorg kena bagi confirmation nak datang sebulan lebey awal ker? Takut2 xder kerusi dan makanan.

Time makan ptg.... well sesape ada kat ctu tau laa camner kan. Aku nak suggestkan laa klu takut makanan x cukup, tapau siap2 r bagi participants. Untung2 tapau ada lebey leh boleh bawak opis makan reramai. Tak pun tapau siap tulis nama participants, sbb org yang x dijemput faham ler budget diaorg xder.

Senang cakap kan.... lain kali teruskan dengan motto, 'Ini Workshop Kami Yang Punya!!'. Teruskan laa... teruskan.... teruskann.... aku maleh r nak cakap lebey. Ini beberapa photo yg sempat disnap pakai hp. Tp ni masa kat Swiss Garden r. Kat cnih pun ada cerita tp disbbkan pencetusnya org yang sama, x yah citer panjang2 r. Boleh jangkakan camner kan bila motto di atas digunakan.

AtieRiff dan Kak Lin berseronok surf Murai.com

Seriusnya... eleh padahal Mun & Bro Pecai tgh surf cara2 nak korbankan duit raya aji ni

Kak Oya pun sama... tu tgh bukak OhBulan laa tur citer terbaru Memey dan Norman

Sunday, November 30, 2008

Another day... another old frenz

Masuk2 keghoje jer pagi ni top2 kena buzz ngan school mate dulu2 (masa Mama Alya muda trang tang2x, baju pun saiz S / M gtu). Shahima Shahibi atau lebey dikenali sebagai Shima. Kebetulan, nama anak dia pun Alya. Umur plak sama, 4 thn tapi Alya Izzati tua bulan ler dari Nur Izzatul Alya nih.

Seronok3x. Mmg berasa seronok r bulan ni sbb dapat bercontact balik ngan ramaiiiii member lama kecuali yg sorg tu r... Rasa cam x seronok nak jumpa dia. Next time r.... klu ada reunion, maybe dah bersedia kot jumpa dia. Hi3x.

Besaukan mata Alya nih,,, ha3x kalah Alya Izzati

Cuba bandingkan dengan Alya

Thanks Shima sbb contact Mama Alya. Nnt bila Fazidah dah balik Msia.... kita suma wat reunion ek.

Sunday, November 23, 2008

To Catch A Cat...

Seekor kucing telah berjaya mengkucar-kacirkan library IMC ari nih. Asalnya, kucing ni termasuk ke dalam library semalam, Ahad petang masa kengkawan yg duty Ahad nak tutup library. Cari punya cari x jumpa. Alih2 ari nih masuk kerja, tengok2 tanah dalam pasu kena korek. Ingat ke tikus mondok ker aper rerupanya Abg Cing.

Bimbang Abg Cing melepaskan hajat di sofa2 empuk Light Reading atau me'mark' kan kawasannya di sudut2 khas, maka terpaksa ler kami mengadakan sessi khas 'catch the cat'. Mula2 jumpa kat area sofa light reading, garang wooo!!! Siap kuo claws lagi. Sampai Bro Sharir kena cako laa.. Kesian.

Cari punya cari, elok dia parking baik nyer kat satu angle yang tinggi mmg tak tercapai akalmu.

Abg Cing buat muka garang masa ni....

Bro Nizam telah berusaha memujuk, merayu, mengugut Abg Cing supaya turun dari angle yg tinggi tur. Tp mmg confirm x makan saman nyer kucing. Mama Alya cuba paksa dia turun pakai penyapu tp sikit pun x makan saman. Bro Sharir, masih terkesan dengan cakaran Abg Cing mulanya berniat nak baling ngan kasut tapi dihalang oleh pencinta haiwan yang lain. Bimbang Abg Cing terkejut, terjun ke tingkat satu. Satu hal plak, klu terpeleot kucing tur.

Sempat lagi posing...

Kisah ni ada dua wira utama. Mula2 Bro Fadhil (SLA kami). Menyedari ketinggian Mama Alya lebih rendah daripada ketinggian dia juga, maka dia menyambung misi cuba menggerakkan Abg Cing menggunakan penyapu. Yes, berjaya, Abg Cing meninggalkan angle tadi dan kembali ke level 2. Di sinilah adegan kejar-mengejar bermula hingga Abg Cing turun semula ke level 1. Punyalah besau pintu entrance dibukak, dalam opis level 1 jugak dia pergi.

Bro Fadhil menggunakan ketinggiannya sebaik mungkin..

Cari sana cari sini masih tidak bertemu. Bro Fadhil cuba mencari kembali di compactor room. Baik punya dia landing belakang kubikel yg tidak digunakan. Di sini laa wira kedua muncul. Bro Sharir (hati masih berbuku kerana dicakar) tidak melepaskan peluang. Bagai ingin terbang, ditangkapnya Abg Cing. Dicekaunya belakang tengkuk dan belakang badan kucing. Lalu dibuangnya melalui pintu belakang. Syabas Bro Sharir. Tidak sia2 lenganmu dicakar.

Kredit kepada Bro Sam, Puan Syima, Puan SI, Jie, Lieza, Bro Nizam yg turut sama dalam misi baru ini.

Friday, November 21, 2008

Akhirnya bertemu jua....

FAZIDAH OH FAZIDAH

Fazidah, Najib bersama twin; Asyraf dan Afiq (mana satu Asyraf / Afiq ntah...)

Mama Alya telah menemui beberapa kawan lama yg dah lebih 10 tahun tidak ditemui. Hafizah, Lina (Mummy), Kumai, Jenny dan yg paling spesel FAZIDAH. Punya laa lama x lama, tau2 dia dah berlepas ke Korea. Ngikut hubby dia yg kerjanya buat kapal LPG kat sana.

Kamceng tak kamceng nyer kitaorg, sampaikan no phone dia x yah salin kat mana2. Terpahat terus kat dalam kepala. Birthday dia coming soon... Hmmmm hadiah per ek nak bagi? Senin ni woooo, 24hb.Nak pos ke Korea plak tur? Hadiah apa yg menarik, tertarik, da bomb ek? Any idea.

Ari ni berasa gumbira, terharu, cam x percaya. Kitaorg berYM punya ler lama (salah guna reta rakyat ni). Citer tu citer ni. Send file ni, accept file tur. Weh.... korg pernah rasa tak perasaan bila dapat jumpa somebody yg mmg korg suma nak jumpa tp rasa cam mmg susah nak jumpa. Bila dah jumpa, rasa macam bermimpi tapi x bermimpi dan klu boleh nak jumpa dia time tu gak.

Post yg kali ni mmg dikhaskan utk bestfriendku, FAZIDAH :D

Wednesday, November 19, 2008

Begedil Ayam mudah & enak

Begedil Ayam sungguh sedap... boleh dimakan begitu saja

Bahan-Bahan: 1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
300 gm daging ayam (dicincang halus)
20 gm jintan putih
20 gm jintan manis
20 gm lada sulah
50 gm bawang goreng (paket)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
4 batang daun bawang (ihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)

Untuk menumis:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun

Minyak masak untuk menggoreng kentang Cara: Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan.

Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati.

Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati.

Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula.
Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.

Cadangan Hidangan: Boleh dimakan begitu sahaja.... ataupun bersama dengan nasi atau dengan mee soto. Pastinya hingga menjilat jari. Enak sungguh............ cubalah...... Tambahan: Daging ayam di ambil dari bahagian dada kerana isinya yang lembut dan mudah dihiris

Tepung kentang digunakan untuk mengepal kentang supaya senang dibentuk.

Homemade Muffin yg senangggg gtuuuuu!!!

CHOCOLATE MINI MUFFINS

Ingredients :

(A)
2 cups full cream milk ~ lukewarm
1 cup melted butter
2 cups brown sugar

(B)
1 egg (Grade B)
1 teaspoon vanilla essence

(C) ~ to be sifted
2 cups flour
1/2 cup cocoa powder
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate soda

Method :
1. Get the steamer ready on medium heat.
2. Melt the butter and add the milk.
3. Add the sugar and mix well.
4. Pour the mixture into (B). Stir well.
5. Add in (C) and mix well. I used my mini whisk to do this job.
6. Arrange the small paper cups in the petitin.
7. Pour the mixture into each cup, full.
8. Steam for 15 minutes on medium heat.

Note :

Klu bakar, sama jer time nyer cuma setkan suhu ke 160 darjah. Klu pakai cup besau, setkan time ke 20-25 minit.