Thursday, October 9, 2008

Alya Izzati binti Ahmad Fadhlyzal


The girl in my life...

Lahir pada 16hb Mac 2004, she is the sunshine of my life :D.
Alya ni masa lahir ada ekzema. Alahh, alergik kulit tu. Mmg kesian tul kat dia masa tur. Luka sana sini. Nak nangis pun ada terkenang waktu tu.

Memandangkan dia menyusu badan, jadi sebagai mamanya kenalah berpantang juga. Masa tu tak tau dia alah pada daging merah dan organ dalaman binatang berkaki empat cam lembu dan kerbau. Asal kita makan dia, lepas dia menyusu mesti merah sana sini. Tang pipi r, tangan sendi, tengkuk, perut. Malah kita masa menyusu badan, mana amik daging dan susu... telur pun tak makan. Sebab tu masa tu slim. Ahaks.

Cam2 kaedah moden dan tradisional dibuat utk mengurangkan ekzema dia. Lagi satu dia xleh panas. Selalunya mmg berkipas laa. Kalau panas, lagi mudah berkudis. Uisshhh, seksa betul sayang mama masa tu.

Utk mengurangkan kekeringan kulit, kita org beli produk Eucerin dari mandian sampai r losyen dan bedak. Mahal gak tapi kebetulan rezeki ada, beli laa sbb tak tahan tengok dia. Tp klu budget lari kitaorg pakai gak lendir lidah buaya tur.

Sampai r skrg ekzema tu ada gak ckit2. Tapi kita org mmg jaga bebetul r. Klu panas, mmg dia gatal2 punya.

Ekzema tu ekzema gak tapi mulut dia wowww leh tahan beb. Duduk dengan opah dan atuk dia gitu ler jadiknya. Omeh yang amat!! Suma benda nak ditegurnya. Ada jer benda nak ditanyanya. Abah dia selalu jam tiap kali menjawab soalan-soalan berantai daripada Alya. Mama dia pun kekadang jam jugak!

Ni rakaman video masa dia umur dua tahun lebih. Masa ni dia tgh cbuk bertekak dengan atuk dia. X yah pening2 nak paham dia ckp per.



video

No comments: