Tuesday, December 30, 2008

Awal Muharram dan Tahun Baru Omputih

Sibuk betul tv promote tahun baru bertarikh 01.01.2009 padahal 29.12.2008 aritu dah tahun barunya. Gini laa sikap rakyat negara kat cnih. Ya laa... klu tahun Islam, xleh ronggeng, tahun omputih leh ronggeng. Hmmm... moga2 persepsi ini akan berubah. Aminnnn.

Lama plak rasanya cuti kali ni. Sbb selalu cuti paling lama 2 hari tetiba dapat straight 3 hari. Melengung gak x tau nak wat per sbb ari Khamis (25/12) dah cuti sehari. Wat projek roti manis jer r ari Sabtu tur. One of my way to spend time with Alya. Abah Alya kerja, tinggal berdua jer r.

Topping tu cam cair... tu yg hangus masa bakar tu... Hu3x... xper baru 1st time, klu berkali2, mau ku campakkan semua gadget ke tong sampah takpun bagi kat Puan Syima. Hi3x.


Hasilnya... tak comel langsung tapi nasib baik lembut dan diterima tekak Alya gak... masuk tong MPK angkat sendiri laa nih... He3x.

Tengok dalam kabinet, ada lebihan oat. Aritu beli sbb mengikut iklan tv "Sayangi Jantung Anda" pastu haram x makan pun. Belek2 buku resepi Betty Crockers ada plak resepi Biskut Oatmeal. Redah jer r. Tp x brape comel. Hu3x. Terlebih baking powder dan serbuk kayu manis kot. First time wat. Tangan gigil2 lagi. Lagi satu baru perasan stok Baking Sheet dah abih. Oat ni kan jenis melekit, so melekat laa kat tray tur. Hampehhhh!!! Rasanya ok laa gak kot.... bila lapar. Hak3x.

Esok (01/01/2009) cuti ag. Jumaat masuk kerja laa. Cemuih weh cuti. Sbb Senin mungkin nak cuti sbb Alya masuk TADIKA. Berdebar yang amat ni. Next week leh r upload gambo dia.

Sunday, December 21, 2008

Cara2 mengurangkan rasa sedih x dpt g KL

Sabtu tur rasa cam sedey jer mengenangkan geng2 suma dah sampai ke KL. Nak call diaorg tanya kabo pun berasa xder mood. Sbb sedey. Bagi menghilangkan rasa sedey... jgn x caya Mama Alya wat nasi himpit kuah kacang, bubur kacang dan jeng2 roti manis. har3x.

Roti manis Mama Alya x pakai ovellete suma tur. Hanya pakai instant yeast, tepung naik sendiri, telur, esen vanilla, gula, kismis, marjerin... tu jer. Boleh laa for 1st time kot. He3x.

Buruk jer... 1st time wat laa katakan....

Bila dah masak.... gini r ghupanya

Alya bab2 bubur kacang, nasi impit kuah kacang mmg bagi ke dia laa. Tengok dia selera makan homemade roti cicah bubur kacang and nasi impit, ilang sedey... Hu3x.

Muffin Bluberry Filling

Atas permintaan member lama, newlyweds Azlina UMP... Mama Alya postkan laa resepi muffin blueberry cam yg diminta tur.



Inti : Blueberry Filling - beli kat kedai peralatan kek cam Sehati bakery @ Bakemate Enterprise

Bahan Kering :
1) Tepung naik sendiri - 2 cawan

2) Baking powder - 1 sudu teh

Dua2 ni gaul rata dan ayak. Ketepikan dulu


Bahan basah :

1) 3/4 cawan susu segar

2) 1/2 cawan minyak sayuran / butter @ mentega yg dicairkan

3) 1/2 sudu teh esen vanilla

4) 2 biji telur gred B


Campur dan kacau pakai whisk hingga rata.


Panaskan oven ke suhu 190 darjah.


Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau rata2.

Sudukan ke dalam cup muffin, atau cup kecik2 ikut suka laaa. Klu xder cup muffin, pakai paper cup biasa pun boleh cuma kena letak dalam acuan cup cake laa supaya muffin tu naik tinggi.


Cara sudukan muffin tur:
Sudukan separuh adunan dalam cup. Masukkan inti blueberry ikut nak banyak mana. Kemudian topping ngan adunan. Adunan dalam cup mesti 3/4 dari cup takut naik tinggi sangat nanti.


Bila oven dah panas (dlm 10 minit laa), masukkan adunan dalam oven. Klu cup besau, bakar dalam 25 - 30 minit dengan suhu 170 darjah. Klu cup kecik dalam 10 -12 minit jer. Tp intai2 selalu laa takut hangus ckit.

Mudah jer caranya. Ce try. Enjoyy!! Haa dah siap tu pandai2 laa topping ngan jem blueberry ke apa. Nak sedap, pakai topping cream chees pun sedap. Mesti abang sengih memanjang.

Impian tinggal impian

Jumaat (19/12/2008)

Tiket balik ke Kuantan telah selesai dibayar. Tghr time rehat panjang tur, Mama Alya keluar ke bando bersama Jie dan Lieza. nak cari comfort shoes bg memudahkan kami melakukan aktiviti shopping kami di KL. Hati berasa riang dan lega kerana demam Alya telahpun reda. Xder ler berasa berat ati nak tinggalkan dia semalaman.

Ni laa sandal utk dipakai semasa menjalankan aktiviti paint the city tur... apakan daya hajat x sampai.. :((

Sandal utk dipakai dengan riang bagi aktiviti esok berjaya diperolehi. Yeayyy!! Snap design kasut yg nak dicari masa kat KL sok. Namun betul ler kata org kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Mama Alya terpaksa laa mendahulukan hal keluarga daripada hal menjadi bujang semalaman. Sedey mmg sedey tp nak wat camner kan.

Design kasut ni r yg nak dicari kat KL

Pun begitu, kengkawan yg pergi ke KL x melupakan Mama Alya. Dibelinya juga cookies cutter impian Mama Alya juga sepasang kerongsang dr kedai Raja Kerongsang di sana. Thank frenz! Hopefully, plan next year xder halangan lagi.

Buah tangan yg dibeli Jie... thanks Jie... kat belakang tu cookie cutter Puan Syima tlg belikan

Thursday, December 18, 2008

VH1 Alya

Har3x... Saja jer nak post klip2 ni. Berasa syahdu mengenangkan Alya semakin besar...


video




video

Countdown ke TADIKA

Alya semakin besau....

Sekejap jer kan dah masuk bulan January 2009. Wah3x. Tang angka 9 kat ujung yg tak tahan tur. Alya pun dah makin besar. :(. Dah nak sekolah tadika. Ya betull!!! Anak dara mama akan masuk sekolah TADIKA bulan satu nih.

Atuk dia berat ati sebenarnya nak dia sekolah... tapi sebenarnya kan Alya ni patutnya umur 4 tahun dah masuk dah. Klu ikutkan atuk dia, umur 6 baru masuk tadika. Cam2 alasan ler. Alya x biasa ler, takut dia kena buli ler. Cucu corg. Gitu ler.

Sebenarnya kan, Mama Alya yang terlebih excited membayangkan first day Alya kat TADIKA. Dah x lama dah ni. Baju seragam x dapat ag klu tak leh suruh Alya posing dulu. Hu3. Walaupun Alya ni mmg x pernah duduk kat nursery ke , taska ker (eh sama laa tur) tp tengok gayanya dia xder masalah nak berkomunikasi ngan org. Mana dia pergi, ada jer geng baru dia dapat. Alhamdulillah. Minta2 dia sekolah nanti dia xder masalah berkawan laa.

Abah gunting rambut... mujur dia x wat stail botak lagi

Semalam kitaorg teman Abah Alya g gunting rambut. Sempat ler snap sekeping dua gambo sbb kedai tu kedai member kitaorg gak. K r tempat tu. Murah pun murah. Gunting skali urut kepala 8 hinggit. Lagipun org Melayu. Hmmm dah besau anak mama. Tak lama lagi TADIKA, pastu sekolah rendah, top2 sekolah menengah. Sedar tak sedar, dah besar panjang. Sayu pulakkkk... Cehhhh!!!

Wednesday, December 10, 2008

Birthday Puan Syima


10/12/2008

Wah3x. Usia Puan Syima bertambah matang hari ini. Utk meraikan kematangan beliau, Mama Alya bersama Abg Sam, Kak Zaa, Lieza & Jie menghadiahkan sebiji kek kecik lagi sempoi. Hmmm, apa agaknya hadiah yang diterima Puan Syima tahun nie dari hubby tersayang.

Xper Puan Syima. Klu hadiah tu x besau mana, kita sambut lagi 20-21/12 ni ek. Countdown to KL begin.... Mama Alya dah start berilusi menda apa yg hendak dibeli.

Birthday Lady bersama kek krimnya....

We love cream cake... diet tu kendian laaaa

Tuesday, December 9, 2008

Raya Haji yang tak best

Bagi kami bertiga, raya haji kali ni memang tak best ler... masakan tidak, dengan hujan lebat giler. Itu ok lagi, AIR TAKDERRR!!!! Waaaaaaaaa!!!!!!!!

Sabtu tu Abah Alya keghoje lagi jadi x kuo ler beli barang2. Lagipun raya haji tak ler sesibuk raya pose kan. Sabtu tu kan dah start ujan lebat. Duduk umah jer ler kemas2 umah dan wat tender mendobi baju yang bertambun tur. Tak sangka plak ujan lebat tak henti2 sampai ke malam.

Pagi Ahad, Mama Alya start ler wat muffin. He3x. Dah expert dah. Puan Syima kata muffin yang elok ialah muffin yang naik tinggi dan pecah2 di permukaannya. Rasanya muffin Mama Alya dah sampai tahap tu dah. He3. Ingat belah petang nak wat kuih sarang semut ckit, cornflakes ckit. Alaa serba serbi ckit ler. Top2 tghr air xder!!! Waaaa!!! X jadik ler wat kuih2 tur. Wat muffin bluberry filling and chocolate filling jer r. Sempat ler rebus nasi impit. Plan nak wat kuah kacang umah Bapak Mertua kat Penor sbb air xder kan.

Nak start wat muffin blueberry filling nih...
Membakar mini muffin kegemaran Alya
Muffin naik elok... yeayyy!!!

Siap utk dimakan

Bluberrry filling muffin... kira ok ler

OTW balik Penor lepas Maghrib tu ujan mmg lebat ler. Bawak keta nyer ler slow. Bimbang gak banjir tapi laporan2 terkini yang diperolehi air x naik ag. Tapi kan malam tu sampai ke pagi ujan lebat giler babas ler dengan angin sekali. Gerun gak dibuatnya. Sampai raya Senin tur r. Ujan jer!! Tapi raya tetap raya. Sempat ler g umah AtieRiff merasa mee kari goreng dia. Plan dia nak wat mee kari tp sbb air xder dia wat mee goreng. Janji makanan ler AtieRiff. Sedap plak daging dinding dia. Alya bertambah ler makan nasi impit. Favourite dia.

Balik umah, air xder gak!!! Waaa tension!!! Mujur air dalam tangki ada. Cukup ler wat kami 3 beranak. Selasa pun xder air... budget nak sms Puan Syima dah malam tu nak bagi tau nak EL sbb air xder tp Abah Alya kata mana tau pagi sok ader.

Hari ni, Rabu kul 5 pagi tadi xder ag. Waaaa tension!!! Top2 730 am ada ler air besau batang lidi kuo kat sinki. Legaaaa tp mmg lambat ler dtg... Sorry ek bos. Hi3. Nak wat camner takkan x mandi datang keghoje... SALAM AIDILADHA FOR EVERYBODY

Thursday, December 4, 2008

Desk File Workshop

Selasa 02.12.2008 & Rabu 03.12.2008

Atas permintaan SS, yg diajukan kepada PIC workshop sendiri dari minggu lepas sudah, maka Mama Alya dan Br Sham JHC diarahkan menghadiri workshop yg dinamakan Desk File Workshop. Utk pengetahuan suma, kitaorg ni bukannya tergedik sangat nak masuk (sape x nak ilmu, kan) tp kerana workshop ni satu keperluan maka kami pun menurut perintah.

Apapun alasannya, library dah ISO ker (yg ISO tu Gombak ek bukan KUANTAN) tp apa salahnya kami join kan. Klu x silap, Finance Unit pun dah ISO (pengakuan En Ijoy sendiri) tp dia org leh join. Dah tu apa halnya klu library nak join? I smell something fishy...

Suma participants dibekalkan dengan sebuah beg berwarna merah dan beberapa kelengkapan yang diperlukan utk menghadiri workshop tersebut. Dengan agak2 segan, Mama Alya pun mendaftarkan diri. Tengok2 nama kita xder. Punyalaa lurus pembaris, Mama Alya pun bertanya laa kpd urusetia, nama saya xder ker?

Seorang urusetia yg mungkin merasakan workshop tu mak bapak atuk nenek dia yg punya, atau mungkin merasakan budget nak g IEEP 2009 kena cut sbb kena tambah lagi 2 org jadi dia bengang mungkin kerana budget tersebut hendak digunakan wat tambang tongkang, maka dengan selamba dan kuatnya berkata, "Takder!Org last minute masuk mmg xder nama!" Tanpa sempat Mama Alya mem'backfire', urusetia tersebut beredar masuk ke dalam dewan.

WTH! Bukan ke HOD library dah cakap awal2, minggu yg sudah nak masukkan staff library 2 org. Pandai plak urusetia tu terus blah gtu jer, weh berani cakap lepas berani tunggu r klu nak dengar ultramona menjwb. Ultramona maleh r wat perangai budak kecik kan, main ultrafire kat depan2 org. Kita ni bawak imej dept kita. Buruk imej kita, buruk ler imej opis. Ah cam2 perangai r budak2 nih. Kita yg tua klu wat perangai budak2 bukan ker memalukan diri sendiri atau mmg ada org yg dah tak ada rasa malu?

Mama Alya dan Bro Sham bukannya terhingin sangat pun nak beg tur. Kami faham, beg tu perlu diorder jauh utk diperolehi own time. Kami nakkan segala kertas kerja yg diperlukan utk workshop tu. Ni xder langsung bekal per utk kitaorg. Bro Sham plak terpaksa curik satu salinan utk dia dan Mama Alya terpaksa menumpang beberapa budak Medic (kudos to AtieRiff, Nurul Graphic dan Munirah yg sudi berkongsi kertas serta Kak Oya, Kak Ros, Kak Suzie, Kak Lin dan Kak Jibah yg sudi berkongsi meja dengan Mama Alya). After all, the main objective to be a participant is to gain knowledge so WTH our own copies.

Come on laa, hanya 2 org yang nak join. Penat sangat ker nak type dua nama? Atau nak photocopy lagi 2 salinan. Kitaorg bukannya mintak nak masuk sehari sebelum workshop tp MINGGU LEPAS laa... Ke minggu lepas suma org bercuti baru dapat tau pagi nak mulakan workshop. Raya Aji next week laa beb!!!

Dah laa tur... masa kena berkumpul ikut dept, aku ngan Pok Sham terkebil2. Takkan nak duduk 2 org jer. Ehmmm... library ni adik beradik sepupu sepapat ngan dept apa ek? Sekali lagi kudos to nama2 yg aku sebut di atas tadi kerana memberikan space utk Mama Alya. Pok Sham plak nampaknya juga diberikan layanan baik oleh geng2 Medic.

Kembali ke opis, Mama Aya pun memberikan laporan ttg apa yg kami terima. Kena ler minta nasihat officer benda2 gini kan. Sbb kami ni mewakili opis (suma org kena laa faham. Tiada istilah workshop ini aku yg punya, workshop ni IIUM yg punya ada faham!!) jadi kena laa laporkan apa yg patut. Atas nasihat officer, maka Mama Alya dan Pok Sham pun mengajukan pertanyaan kepada PIC mengapa kami tidak dibekalkan paperwork.

Dapatlah Mama Alya salinan yg masih panas dan berwap. Eh pandai plak cari photocopy (klu budget lari sbb kena photostat sila claim pada petty cash library ek).Ehmmmm... ntah laa. Mama Alya x tau r nak salahkan sesape dalam hal ni sbb masing2 ada pengalaman kerja kan. Ada yg dah kerja 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun. Dah senior dah! Aikkk, xkan sbb mintak nak masuk bukan dijemput begini layanan yang diberikan. Klu camtu, nanti masa open day ker, open house ker, kitaorg kena bagi confirmation nak datang sebulan lebey awal ker? Takut2 xder kerusi dan makanan.

Time makan ptg.... well sesape ada kat ctu tau laa camner kan. Aku nak suggestkan laa klu takut makanan x cukup, tapau siap2 r bagi participants. Untung2 tapau ada lebey leh boleh bawak opis makan reramai. Tak pun tapau siap tulis nama participants, sbb org yang x dijemput faham ler budget diaorg xder.

Senang cakap kan.... lain kali teruskan dengan motto, 'Ini Workshop Kami Yang Punya!!'. Teruskan laa... teruskan.... teruskann.... aku maleh r nak cakap lebey. Ini beberapa photo yg sempat disnap pakai hp. Tp ni masa kat Swiss Garden r. Kat cnih pun ada cerita tp disbbkan pencetusnya org yang sama, x yah citer panjang2 r. Boleh jangkakan camner kan bila motto di atas digunakan.

AtieRiff dan Kak Lin berseronok surf Murai.com

Seriusnya... eleh padahal Mun & Bro Pecai tgh surf cara2 nak korbankan duit raya aji ni

Kak Oya pun sama... tu tgh bukak OhBulan laa tur citer terbaru Memey dan Norman