Sunday, March 22, 2009

Meet the KELO (KAY-LO)

One of our gift to Alya for her 5th birthday is a kitten. Originally named as Shiro but Alya decided to change her name to... guess what.... KELO (pronounce as KAY-LO)


Owner lama KELO ni x jauh, jiran sebelah umah jer. KELO ni ada 4 beradik. Mak nyer nama OREN, dah mula bergalok balik. Cam2 jantan dia berdating sampai bawak penyakit kat anak2... KURAP!!!!


Tp menurut kata doktor veterinar, tak lama lagi baik laa tur tp tu laa tengok laa muka dia.. kudis sana sini. Mujur mata dia biru... sejuk ati... Hmmm klu tanya pada Alya mmg ler dia sayang. Tp setiap kali KELO membuang, mula laa menjerit panggil abah / mama suruh buang sisa tinja...


So inilah pet utk Alya... tak dilupa thanks kepada Mak Su dan Pak Su yg sudi beri hadiah berupa stationery (Folder c/w pencil case dan pencil2 skali). Juga kepada Cik Nik sefamily yg bagi teddy bear.... besau tu... utk maklumat Cik Nik sefamily, Alya ni nak tido ngan mama lagi jadi selalunya teddy bear tu letak kat rak jer r... hi3x.

Monday, March 16, 2009

Lagi gambar sekitar birthday Abah dan Alya

Aduih pagi tadi Cik LiezaSaypull bising2... asyik nengok gambo kek dlm blog tp x rasa2 pun... Hu3x. Ok rrrrr.... kita try bawak laa nnt.... Sebelum tu saja nak post gambo masa birthday Abah Alya dan juga gambo2 lain masa birthday Alya.



KEK COKLAT KUKUS

Ini resepi dari Cik Zira Koop UIA.... mmg mudah dan menjadi gitu... dan resepi dia ni leh diolah... nak manis tambah tu, nak gebu tambah ni, mmg caya laa Zira.

BAHAN A

1 cawan serbuk koko / coklat (boleh wat 1/2 koko, 1/2 milo)

1 cawan gula (boleh dilebihkan lg 1/2 cawan klu nak manis)

1 cawan susu cair

1 cawan susu segar
1 cawan minyak / marjerin cair
(Masakkan bahan A hingga mendidih. Ketepikan dan biarkan sejuk)


BAHAN B

3 biji telur Gred A

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh baking soda

(Pukul bahan B hingga kembang atau dlm kes Mama Alya, pakai blender jer)


BAHAN C

1 1/2 cawan tepung gandum


Cara2....
1) Panaskan periuk kukus

2) Masukkan Bahan A (yg dah sejuk) dan Bahan B ke dalam Bahan C. Kacau sampai rata cara balik kaup.

3) Kukus selama 45 min tu 1 hour.

4) Biarkan hingga betul2 sejuk sebelum disapu topping.


Okay, utk topping tur....

Cara 1 : Cairkan coklat masakan biasa tu, leh letak marjerin sesudu klu nak berkilat. Ratakan atas kek.


Cara 2 : 1 cawan serbuk koko + 1 cawan susu pekat dimasak atas dapur hingga pekat. Boleh tambah air sedikit demi sedikit klu terlampau pekat. Didihkan hingga betul2 pekat dan bila senduk diangkat, adunan tu macam bertali jatuhnya. Ratakan atas kek kukus. Klu xnak rasa pahit2, leh tuko 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan milo dan tambah gula sedikit demi sedikit.

Ising for deco.... haa yang ni senang yang amat.

Bahan2 : Marjerin secawan, beberapa titik esen vanila, gula blender 1/2 cawan.
Haa klu nak lebih, gandakan cawan bahan2 tu jer. Mudah jer, pakai cawan2 jer.

Caranya :
Pukul suma bahan tu sampai kembang, maksudnya sampai nampak marjerin tu putih.


* Resepi ising ni kan leh wat inti krim roti tau... sama jer....

Sunday, March 15, 2009

Alya 5th Besday

Besday Girl Mama

Senin (16.03.2009) Ari ni (sekejap lagi dlm kul 1.27pm) genap laa Alya berusia 5 tahun. Celebrate kat umah atuk (belah abah dia) semalam, 15.03.2009. Terawal sehari sbb suma mak sedara dan bapak sedara dia ada (kecuali Pak Teh dia).

Ni kirakan first round celebrate laa sbb next week ada sambutan ramai2 kat tadika dia plak. Pastu last round ujung bulan (Insya Allah) sekali ngan Mak Kecik dia (Shishia) yg genap 16 tahun 31.03.2009.


Actuallynya, Mama Alya ingatkan dah x jadi sbb semalam hujan punya laa lebat giler. Mm g lebat sungguh woo... Sbb Abah Alya dah plan nak wat bbq sementelah adik beradik dia suma ada (except Pak Teh Alya laa) tp memandangkan ujan, cam x jadi. Tp disebabkan pakcik2 Alya dah pasang khemah blkg umah, maka projek bbq tu jalan jugak laa.


Menu x banyak, sbb dah g makan kenduri dua umah tghr tu. Cuma ada mee goreng (Mak Ngah Alya selaku chef), kek dan bbq ayam. Hek3. Mama Alya try jugak laa wat kek kukus (resepi ehsan Zira Koop). Segan tul bg org makan, tp mujur laa abih. He3x.


Ni antara pic2 yg sempat disnap oleh hp Mama Alya (MMC agak corrupted, banyak gambo kena pakai hp Abah Alya). Gambo2 lain akan diupload dari masa ke semasa.


Kek2 yg didisplay dan dimakan... suma kek coklat... yg Spongebob tu tempah, kecik jer r sbb krg x abih plak kek coklat yg mama wat... malunya Allah jer r yg tahu sbb keyakinan x cukup nak bagi org makan... eh2 apsal timun tu mencelah? Confuse ni....

Agak bodo tulisan kat kek tu kan, geram sungguh kat tukang tulis tur...

Homemade coklat kek... kui3x... ntah apa2 ntah celoreng tur...

Yang ni coklat topping dia agak2 pahit2 manis gitu...

Potong kek mesti ngan abah, sbb aritu besday abah, dia pun tumpang sekaki potong kek abah

Makan time...

Happy 5th Birthday Alya... Semoga membesar sebagai anak yang solehah dan hamba Allah yang bertaqwa...