Monday, October 27, 2008

Ronda2 kotaraya KL - 2nd day

Sabtu (25.10.2008)

Lepas isi perut kat Dondang Sayang (kat dlm hotel), 9.30 kitaorg g balik KLCC. Nak g Petrosains ler kononnya. Ingatkan g awal pagi x ramai org rerupanya ramaaiiiiii.... Disebabkan kitaorg nak g Jln TAR, Masjid India skali juga Zoo Negara jadi Abah Alya aim rewang kat ctu sampai kul 12 jer r.
X sempat r nak masuk panggung 3D dia. Xper, next time ler (Abah Alya janji manis).

Lepas check out, kitaorg rewang ler ke Jln TAR sat. Banyaknya pilihan jubah sampai tak terpilih. Last2 skali beli gak ler dua helai. Jadi r dari xder langsung. Hi3. :D. Rega dia biasa r, dibandingkan dengan Kuantan mmg ler murah sana tp klu setakat nak membeli (campur petrol + tol), better beli kat Kuantan r. Tapi choice dia mmg banyak. (Eh3, apsal promote KL ni).

On the way balik, singgah ler di Zoo Negara. Alya kata dia nak tengok wonderpets. Dah besau anak mama, asyik nak pose sana sini jer. Sampai mama nak bergambar dengan giraffe pun x sempat. Gambo Abah dan Alya jer melebey2.

Dah mahal ek rega tiket kat Zoo Negara. 15 hinggit dewasa, 9 hinggit budak kecik. Padahal xder ler comel mana pun. Air kolam pun hijau jer. Sian kura2 kat ctu. Dah ler kacang goreng dia jual sampai 3.50 sepaket. Perghhhh!!!!






Beli ler dua tiga souvenir. Yg penting, hiasan bermagnet kena beli r wat tambah koleksi kat peti ais. Last sekali kitaorg bergambo ngan kuda padi. Masam tul muka Alya sbb dia kata dia x suka dengan kuda tur. Gambo dia nnt kita uploadkan. Mmg masam giler ler muka Alya.

Dah dekat kul 5 kitaorg pun bertolak balik. Harap2 cuti Raya Haji nanti leh kembali ke KL. Maklum r, Abah Alya cuti lama klu Raya Haji. Mudah2an.

Ronda2 kotaraya KL

Sampai gak hajat nak bawak Alya g jalan2 kat KL. Selalunya singgah jap jer on the way nak balik Teluk Intan tapi kali ni dapat laa lepak dan jalan2 sekali. Walaupun semalaman tapi kira orait laa. Nasib baik Abah Alya dapat cuti. Maklum r dia bukannya kerje gomen.

Jumaat (24.10.2008)
Plan asal nak bertolak Khamis malam tu tapi disebabkan hujan lebat dan Abah Alya plak demam ckit terpaksalah ditangguhkan ke ari Jumaat pagi. Singgah Temerloh sat sbb kitaorg ikut jalan lama. Saja nak tengok daerah tumpah darah yg dah lama x dijenguk. Hmmmm... sama jer Temerloh macam dulu. Xder ler berubah pun.


Sampai kat KL dah kul 3 lebey.... Hujan ler plaks. Mula2 nak g Vistana jer tapi ntah camner salah masuk simpang aleh2 dah sampai depan KLCC. Hotel paling dekat, Corus Hotel. Hmmm... redah jer r. Kitaorg dapat bilik tingkat paling atas, tingkat 11. Mmg terus nampak KLCC ler.

Resit pembayaran

View from our room

Posing sat ler... Alya with Abah

Mama pun nak join skali

Malam tu lepas dinner (kat hotel jer sbb hujan lebat giler), kitaorg g laa KLCC jap. Masuk ikut Avenue K sebelah hotel tu. Ada subway kat bawah jadi senang r. Saja jer singgah, nak tau kat ner Petrosains. Esok x ler melilau mencarinya. Sepatutnya Suria KLCC tu dipanggil Seriau KLCC memandangkan rega barang2 dia naik seriau dibuatnya. Klik sana klik sini, kitaorg pun balik r ke bilik hotel. Sok nak datang balik, g Petrosains.

Posing jer r... seriau beb!!






Wednesday, October 22, 2008

Open House IIUM Library Kuantan

Rabu (22.10.2008)

Akhirnya segala penat lelah kami suma berbaloi melihat kengkawan suma puas hati dengan hasil air tangan kami suma. Namun yang paling best, Prof Tahir (Deputy Rector - Academic & Research) sudi turun padang menghadiri majlis open house sulung kami ini. Terima kasih Prof.
Berselera nampaknya Prof Tahir menjamu selera, maklum r Cooking With Love gtu

Ni masa x brape pack sangat... sempat ag r Bapak dan Mak Pengantin menyambut tetamu

Para tetamu semakin ramai... bapak pengantin dan mak pengantin dah x menang tangan dah

Eh camner leh sama baju nih?? Kantoi3. X per, buat2 x nampak jer r

Berikut adalah senarai menu dan chef :


1) Nasi Minyak Ayam Tomato - Bro Lan (singgah r ke Warung Selera Ummi dia kat sebelah Masjid Bkt Rangin)
2) Rendang Daging ala Nemo - Bro Nizam (alaa yg pakai kancil gambo Nemo tu)
3) Puding Kuseru dan Kari Daging Kuseri - Kak Zaa (jangan lupa open house dia Jumaat ni)
4) Bihun Sup Mak Wan - Bro Sam (dibantu Ros, wife tercinta)
5) Nasi Dagang Cataloguing - Bro Saiful (alaaa yg tomei2, baik budaknya)
6) Mee Kari Acquisition - Liza (dah ada yg punya ^)
7) Tapai Pulut, Kek Coklat Moist Kg Padang & Lontong - Jee (dibantu maknya)
8) Kuah Kacang Sempoi, Sambal Lontong, Cornflakes Madu & Tart Nenas - Mona r (Hi3)
9) Bihun Goreng Atabara - Bro Yusof (dibantu Hani, wife dia dan mak dia)
10) Tropicana Spaghetti, Blueberry Cheese Sliced & Sardin Puff - Puan Syima (librarian)
Blueberry Cheese Slice yg sedap da'bomb gtu...

11) Puding Roti Berkastard Wonder Pets - Puan Sahaniza (librarian)
12) Agar2 Jaya Gading - Cik Syidah (librarian)
13) Kek Coklat Moist Chief & Kek Lapis Chief - Bos kami, En Sayadek (wife dia yg masak)
14) Cocktail JHC - Bro Sham (jgn lupa open house dia ari Ahad ni)
15) Rojak Buah - suma wanita library kecuali Mona (Mona supply nenas jer)
Rojak yg menyelerakan.... meleleh air liur

16) Peneram Anak Dara - Asyra & Farhana
17) Muffin Nissan Bluebird & Kerepek - Wan dan isteri (skrg dia supplier tupperware, per2 tupperware leh refer ke dia)
18) Pulut Kuning Bujang - Faiz
19) Buah Rambutan - En Zul (kenduri rambutan kedua)
20) Air sirap - sedap tak sirap tu, resepi daripada Puan Syima tau!!!
21) Teh O - penat Jee, Liza, Farhan & Asyra masak air panas
22) Kek Krim - Bro Fadzil (mmmm resepi kena tanya dia r)
22) Nasi Impit - Liza dibantu keluarga tercinta
Sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada Makcik Esah dan Makcik Yam yg sudi menyumbangkan Akok Cik Esah dan Kuih Tako Cik Yam kepada kami.


Terima kasih kepada suma kengkawan dan kenalan yg sudi menghadiri open house kami. Diharapnya kenyang dan puas hati laa dengan layanan dan hidangan kami kali ini. Kalau ada terkurang sana sini, harap dimaafkan laa yer.

Klu berasa nak kater, list dah ada kat atas. Contact jer r library ;)

Monday, October 20, 2008

Count down to the open house

Selasa (21.10.2008)

Semalam MC.... jadi x der r terlibat dalam persiapan semalam. Ari nih persiapannya dah hampir 100% siap. Tinggal touch up sana, touch down sini. Ari ni lebih kepada double check everything daripada menu, jemputan dan susun atur.

Nak tengok serba-sedikit Acquisition Dept setelah dihias, boleh ler g ke BRO NIZAM nyer site. Ramai tanya, library masak per utk open house. Mmmmm.... banyak ler jugak makanannya. Mana leh bagi tau.... kena r datang. Penat2 kami prepare... siap "Cooking With Love" lagi. ;)
Sebelum tu, ari ni kami suma akan memenuhi undangan daripada Kul. of Dentistry dan Kul. of Nursing. Ahaks! Makan free ag ler nampaknya.... He3.

Thursday, October 16, 2008

Persiapan semakin rancak....

Jumaat, 17.10.2008

Persiapan menjelang open house semakin giat dilakukan. Props raya rasmi library telah pun siap dipasang, namun kerja-kerja menghias masih banyak yang perlu dilakukan. X leh bagi tau suma karang dah hilang keterujaan masing2.
Kerja2 menganto kad jemputan juga telah dimulakan. Sharir dan Sabri, dua jejaka library yg masih muda dan da'bomb diassignkan utk kerja2 ini. Dia org berdua ni agak low profile, inilah masanya utk admin. staff mengenali mereka. Low profile x r gak tapi agak2 malu2 miawww.
Chief da'mission bahagian hias-menghias BRO NIZAM begitu teliti tetapi tetap ceria meneruskan misi terbaru kami ini. Anak buah apa lagi, semangat lebey r.
Chief2 bahagian makanan juga cbuk. Nak prepare dish ni bukan kerja senang wooo. Ingat motto kita, "Cooking with Love". Bukan sambil masak tu sms dengan cik abang, maksudnya masak dengan ikhlas dan penuhhhh kasihhhh sayanggggg.

Wednesday, October 15, 2008

Persiapan menjelang rumah terbuka

Rabu 15.10.2008

Bertempat di meeting room, IMC Library satu mesyuarat telah diadakan utk membincangkan persiapan rumah terbuka Aidilfitri. Main course ialah nasi minyak lauk ayam tomato dan kari daging. Juadah2 lain pula akan disediakan oleh staf2 library. Banyak menu telah diutarakan sebagai side dishes. Apa juadahnya dan bagaimana rupanya..... tungguuuuuu!!!!! Hari Khamis esok, semua staff akan bekerjasama mensuci-murnikan Acquisition Dept, Level 1. Maklum r library ni kecik jer... hi3 :D

Khamis 16.10.2008

Kerja-kerja pensuci-murnian Acq. Dept dimulakan sekitar jam 1000 am selepas minum pagi. Kita tak terlibat dalam kerja2 ni kerana ditugaskan mendapatkan peralatan2 tambahan utk open house ini. Utk melihat, menyaksikan, menonton, membelek aksi2 kerja2 pensuci-murnian ini g r ke side chief de mission projek ni iaitu BRO NIZAM . Sementara staf2 lain cbuk dengan tugas di atas, kita plak calling2 setiap admin. opis utk mengetahui jumlah staff. Karang x cukup makanan, nayaaaa lerr... Memandangkan ini laa kali pertama pihak library kuantan mengadakan majlis yang besar ler jugak maka persiapan perlu dilakukan dengan seteliti mungkin. Mak aiihhh.... ramai juga staff UIA rupanya. +-345... itu belum campur lecturer dan staf library sendiri. Uishhhh.... nampaknya ramai lagi staff yg belum kukenali. Mudah2an masa open house nanti bertambah laa kenalan dan sahabat-handai.

Bro SAM selaku chief de mission technical telah mereka sebuah kad jemputan yg cute, padat & da'bomb gtu. Sekalung penghargaan kepada Bro SAM

Kad Jemputan Kitaorg

So.... rajin2 r tengok notice board admin. opis masing2 ek ;)





Sunday, October 12, 2008

Alya dan basikal barunya

Saturday (11.10.2008) - Selepas penat menahan perut dari pecah memenuhi undangan open house, malam tu utk meredakan kekejangan perut kami bertiga memutuskan utk ronda2 jap kat bando. Abah Alya kena keja ke Rompin balik (hu3x. PJJ balik r), jadi dia nak cari but keje baru. Nak g Camy Store terlalu plak ke JBS. Apa lagi Alya, terus sebut basikal baru dia.
Sebenonya mmg dah lama niat dah nak carikan dia basikal baru. Ye r, basikal ari tu bearing dia pecah beb. Jgn tak caya, basikal lama tu dibuatnya langgar dinding. Jadi kami bertiga pun meredah r malam ke JBS.


Satu demi satu basikal ditestdrive oleh Alya. Dah r kedekut, x nak bagi duit raya dia wat tambah budget beli bike baru. Anak, anak. Ader kaler oren, ada kaler ijau. Berderet basikal sampai abah dia pun rambang mata sbb berkenan ker basikal org tua yg ader. Sabo bah, krg tak merasa moto LC yg diidamkan tur. Hi3.

Kaler oren / kuning ni cam ok gakkkk.....

Akhirnya setelah ntah brape biji basikal ntah ditestdrive, matanya berkenan ke sebuah basikal berwarna merah + silver. Mmmm.... cam orait plak pilihannya. Malah dibawanya testdrive keliling kedai utk menunjukkan beberapa skil basikal beroda tiga. Har3.

Rasa cam berkenan dengan yg nih...

Test drive dulu r

Abih budget bulan ni... alahai anak sorg....!!!

Mmmmmm ..... pening, pening.....

Pilihanku.... Best!

Akhirnya... setelah tawar-menawar.... terbang r RM170 ke tangan JBS owner. Senyum Alya pun sampai ke telinga.... Har3x. Dia tak tau duit raya dia org deposit RM258 jer. Potong budget r sbb beli basikal. Kui3x. =))

Open House & Besday Mek Ti

Perghhh minggu ni banyak beno g attend open house. Wakakaakaaa.... camner nak diet ni beb!!
Berikut adalah senarai open house yg kita org pergi sekali dengan menunya :-


Ari Sabtu (11/10/2008)
a) Rumah Jee, Kg Padang (Nasi Minyak lauk ayam merah dan opor daging, bihun goreng, tapai, kuih akok, kuih2 raya, kek coklat, nasi impit - ini menu yg kita org cuba r)
b) Rumah Norny, Kg Padang (Mi kari dan kuih raya)
c) Rumah adik ipar - Norli, Anak Air (Laksa, Nasi Impit & Kuih raya - tapau jer dah x larat dah)
d) Rumah Puan Syima, Kg Selamat (Nasi Minyak lauk kari daging dan nasi impit - tak g pun sbb dah mmg tak larat sungguh!!!)

Ari Ahad (12/10/2008)
a) Rumah Jiran Sebelah, Inderapura (Nasi Minyak ayam merah, nasi impit, agar2 dan kuih raya - nasi minyak ag!!)
b) Rumah Nurul Grafik, Beserah (Nasi Minyak lauk ayam merah dan kari daging, lontong tp x sempat dikerjakan, nasi impit kuah special - mmg sedap rrrrr, puding, kuih2 raya serta bihun goreng)

Alya dlm keta otw nak g open house... tgh happy lagi sbb smlm dapat bike baru...

c) Rumah Abg Shidi dan Kak Yah, Air Hitam (dia wat skali ngan besday anok kecik dia, Mek Ti) - Mi kari, bihun goreng, nasi impit, kuih2 raya, kek, puding spesel mmg spesel r.


Yg baju putih tu tuan rumah ler... salam dulu baru leh makan

Kak Yah tuan rumah yg x menang tangan ari tu...

Kak Wari, chef mi kari ari tu... Senin ni laksa lemak plaks ek? Nyam3

Besday girl aritu... Alya masa ni cbuk dengan Boboi cam biasa jadi xder r gambo dia

Antara menu ari tu, masa ni mi kari x siap diserve ag... pastu bateri hp out

Dah tak larat dah... esok open house IIUM plaks. Mmmmm makan per yek? Ye r skrg dah cut budget kan... Hu3..... abih r gaya gini program diet.

Ni gambo2 semasa open house / besday Mek Ti kat umah Abg Shidi dan Kak Yah ari Ahad tur. Gambo2 masa kat umah Jee camner plak r xleh upload. Benci tul...

Thursday, October 9, 2008

Kenduri rambutan di raya keempat




Lokasi : Kg Air Hitam, Kuantan, Pahang.




Raya keempat aritu kami bertiga bertandang ke rumah Abg Kama dan Kak Wari untuk makan mi sup tulang. Sedap kuah dia.... mmg pandai r Abg Kama memasak. Tapi paling best lepas makan mi sup kami buat kenduri lain plaks.... Kenduri Rambutan.

Abg Kama selaku tuan pokok bertindak sebagai chief menuai hasil dibantu oleh birasnya, Abg Shidi. Abah Alya jadi tukang kutip jer r.

Alya? Dia dah jumpa geng rambutan Kg Air Hitam yg lain jawabnya lebih banyak jadi cheerleader dan berposing ler. Hi3. Cerita banyak pun tak guna r... tengok r sendiri. ;)

Besau sok mesti malu.... Huargh3x



Chief de Mission