Tuesday, July 14, 2009

Terjun paya

Kali ni mama nak bercerita pasal aktiviti hujung minggu... Rumah to'ki Alya ni letaknya di tepi bekas bendang (paya) dan untuk ke pantai, leh r menyeberangi paya ni. Best woo... adventure gitu. Tapi yg best time kemarau, paya tu kering, siap leh main bola kat ctu.

Lokasi ni mmg strategik utk keja2 mencari siput sedut, lokan dan ketam nipah. 2 minggu lepas, aktiviti mencari siput sedut dan lokan tu dijalankan kerana jiran sebelah sanggup turun dari Inderapura utk sama2 terjun paya. Ketam nipah plak, bitonya dipasang pada waktu pagi dan time nak terjun paya cari siput sedut dan lokan tu, barulah bito ketam tu diangkat.

Sama2 laa menyaksikan beberapa pic yg sempat disnap. Kepada Puan SI, sori yer tak sempat cari siput sedut. Adik ipar yg bongsu ada program sekolah minggu lepas.

Team Pencarik Siput Sedut, Lokan dan Ketam Nipah baru nak bergerak ke paya...

Antara hasil tuaian, pic gelap sbb dah nak Maghrib masa ni

Ketam Nipah berenang2 manja

Dah diikat sepitnya...

Garang jugak bapak ketam nih

Monday, July 6, 2009

Alya dgn beg Ello Kitty

Finally, beg Ello Kitty yg diorder khas dari Kg Selamat/Level 2 Library IIUM telah selamat diterima dan dipakai dengan penuh gaya dan ketrampilan oleh Alya. Terima kasey Auntie Syimah...

Kita saksikan ok shot demi shot diamik oleh amatur utk ruangan 'Gaya Alya'.

Shot depan sblm keluar bergaya...

Shot sisi...

Beg digayakan dgn jayanya di The Store

Nampak tak Ello Kitty ni, ada bunga cute tapi saya tak tahu nama dia.. mama pun x hingat

Terima kasih Auntie Syimah.. segala invois & account statement sila anto ke mama yer...

P/S : Alya juga menyukai kartun Barney, ghasa2 leh order lagi tak? Kali ni backpack style.. Ngeh3.

Friday, July 3, 2009

Bila orang agak2 bangang menerjah masuk....

Sejak 26 Jun 2009, satu insan yg agak2 kurang advance dan agak2 kurang ilmu telah menerjah masuk ke kotak kecik blog mama yg digelar chat-box. Cam2 r dia tulis siap pakai nama samaran plak tu. Memula MIN, pastu LOQ, pastu MUT, pastu KUT.. agak2 bodo samaran yang diberikan meskipun mak bapaknya dah bagi nama cukup comei kepadanya.

Mama x tau laa apa punca dia buat gitu. Tekanan perasaan kerana kurang rehat mungkin atau terlampau banyak barang hendak dikemas maklum r IIUM skrg ni kena wat 6S. Pendek kata orang begini agak2 pendek akal sebenarnya.

Mula2 mama malas nak layan, layan biasa2 jer r. Namun tahap kebengongannya makin terserlah maka mama terpaksa laa tunjuk skil advance mama. Insan ni mungkin kerana kurang ilmu dia tidak tahu IP addressnya boleh dikesan. TQ kepada NHM dan ZAG yg memberi idea serta RH yg berkongsi skil hikmat saktinya.

210.48.218.5, ya adik... ini IP awak... sila kumpul ilmu dulu ya.