Ini last minute punya plan...Abah Alya nak beli but bola kat Al-Ikhsan, ntah camner kitaorg menyesatkan diri terus ke Megamall.
Mmg kitaorg plan nak tengok Geng, tp Mama Alya cadangkan nak pergi next week sbb boleh bayangkan betapa ramai mak ayah dan kanak2 riang tengah2 baru tayang ni...Abah Alya last minute ajak tengok ari tu gak sbb dia takut next week dia main bola pagi ari...
Haa ikut je ler... tp jenuh jugak laa beratur semata2 nak amik tiket sbb x booking. Mama laa yg jenuh beratur, Abah Alya bawak Alya ronda2 tengok2 but bola dia.
Dapat laa tiket utk 815 mlm, tp row keeempat dari hadapan!!!! Mendongak jugak ler. Alya mmg excited giler laa sbb dok ari2 tengok trailer dia kat TV9.Kesimpulannya, cerita Geng ni mmg menarik laa.... cuma pada pendapat Abah Alya, klu cerita dia xder binatang2 ganjil tu dia lagi suka.... Mama Alya plak rasa ok jer. Alya lagi OK!!!!! Dah siap plan nak citer kat kengkawan dia.
Tp yg x sedapnya, dia ada kata nak tengok lagi laa citer Upin & Ipin... Kata nak ajak Shishia (Mak Sedara Bongsu, patutnya panggil Mak Kecik tp ntah camner dia leh glamerkan jadi Shishia) tengok Geng plak...
Pastu sementara nunggu Geng tu ditayangkan, ada kuo trailer Ice Age 3... Dia pun plan nak tengok gak.... Hmmm.... tu citer Pixar-Disney... Israel nyer company... Apa pendapat korang? Bersalah tak klu g tengok ker beli DVD Haram jer....
Ada yang laser tak bertempat. Ada yg mempunyai tahap kesabaran tahap gaban dan ada yang jenis relax jer....
Bagi yang suka laser-melaser, tanda menanda, attack meng'attack', kenalah back to ground sekali sekala. Tak semestinya duduk kat atas sekali, kitaorg yang xder tingkat kat opis ni sesuka hati jer nak dilaser-laser. Tak baik tau, mak kita kan dah ajar kena saling menghormati. Klu mak x ajar, masa sekolah dulu, ustazah@ustaz pun dah ajar janganlah kamu membuka aib seseorang itu sesuka hati kelak keaiban kamu dibukakan tanpa kamu sedari. Wah3x ala ala alim plak Mama Alya. Klu masa sekolah tu tido, alah hari2 masa time nak masuk waktu, TV9, TV3, NTV7 ada ungkapkan nasihat ni. Klu tak tengok tv, dalam blog pun ada... kat portal pun ada. Tu laa orang kan. Ni yang jenis laser.
Bagi yang mempunyai kesabaran tahap gaban. Allah itu Maha Mengetahui. Kesabaran yang kita pupuk, kita bina, kita pegang berkat mak bapak mengajar kita, berkat masa sekolah tak tido dan sempat mencuri masa tengok tv/blog/portal, ada pahalanya, ada berkatnya, ada hikmahnya.
Bagi orang yang relax... Relax relax jugak, tapi bak kata orang.... 'Dalam Hati Siapa Yang Tahu'. Keh3x.
Haa kenalkan.. ini Alya... umur 5 tahun gak... sekolah tadika gak...
Mak dia pun umur sama ngan Mama Alya, sekolah pun sama, comel tu hmmm comel mak dia ckit ko dari Mama Alya.. ekekekek.
Alya ni sama ngan Alya mama. Tadika tp bila abih sekolah, mama still kerja, duduk ngan atuk dan nenek. Mata pun besau, mulut pun becok tp x test letak kat sebelah menyebelah.
So kepada mama The Other Alya, nnt bila kita reunion, kita try letak Alya ni dan Alya tu sebelah menyebelah. Kita tengok sape paling becok antara yang becok... :D
Alhamdulillah... selepas hampir seminggu demam... Alya kembali ke sekolah arini.
Semangatnya memang tahap gaban laa sbb kul 600am dah bangun. Malam tadi cbuk kemaskan beg, asah kaler pencil, pencil 2B suma lar. Pastu baru perasan tali beg Hello Kitty dia terputus rupanya. Isyk3x, camne laa leh putus ni. Mujur boleh jahit balik.
Ari Sabtu kelmarin, kuo ler sat ngan Alya dan Mak Kecik dia (Mak sedara bongsu). Cari baju tp kan, takder satupun yg berkenan di ati. Last2, Mak Kecik dia yg dapat baju. Hmmm xper laa. Alya dapat jalan2 jer laa ya.
Minggu ni xder wat roti sbb tangan Mama Alya kena alahan balik sbb makan mi kuah udang ari Jumaat tur. Ingatkan x makan udang, setakat rasa kuah ok laa rerupanya sama gak penangannya. Tapi xper, Mama Alya postkan gak beberapa keping gambo roti blueberry yg sempat Mama Alya wat minggu sebelumnya. Resepi dia sama jer, pakai resepi Basic Bread Recipe tur cuma Mama Alya olahkan.
Gelekkan adunan tur, sapu jem blueberry atau apa2 jem yg disukai pastu gulung kemas2 dan potong kepada beberapa bahagian. Hasilnya cam biasa, dipuji hubby dan anak cuma segan nak bawak ke opis laa. He3x. Sorry ek kengkawan, tengok gambo dulu laa.
Baru2 ni Mama Alya diperkenalkan dengan satu produk herba keluaran UIA sendiri. Kulliyyah Of Pharmacy yang produce. Melihat kepada rangkaian produknya, mmg ok ler pada pendapat Mama Alya. Ingat tak previous post, Mama Alya ada cakap Alya ada penyakit ekzema. Walaupun x kronik cam masa dia baby but disease tu still ada. So bila Dr Zaiton, antara perintis produk ni introduce kan produk ni, Mama Alya pun guna laa ointment ni. Baru seminggu Alya pakai but alhamdulillah, ointment ni serasi ngan dia. Lagipun kan produk ni chemical free. Tu yang penting tur.... Jadi pada sesape yg rasa dia ada penyakit kulit leh r cuba produk ni. Produk ni diproduce oleh pakar farmasi UIA, jadi keyakinan tu tinggi laa kan....
Ni beberapa produk yg Mama Alya dah beli, cuba dan puas hati ler.... nak tahu lain2 produk klik di sini.
Facial Soap ni sesuai sekali utk kulit bermasalah cam Mama Alya kot. Ada satu wife staff cni, guna sabun ni pakai ngan face oil, x sampai dua minggu jeragat dan parut yg hitam2 tu hilang. Liang roma muka dia pun mengecil, nampak halus jer muka dia. Lebih bagus digunakan ngan face oil shintook... muka jadi tegang gtu...
Haa... yg ni dah banyak testimoni yg Mama Alya terima... rata2 puas hati ngan hasilnya sbb badan terasa ringan. Pastu kebanyakkannya nampak perubahan tang perut.... tampak lebih kempis dan kemas... utk menampakkan perubahan yg mantap, disuggestkan minum sesudu teh + sesudu minyak olive (kelapa dara klu tak silap) bagi segelas air. Mungkin kerana fungsi utama teh itu sendiri utk detox kan all toksin dalam badan... sbb kebanyakkan org gemuk bukan kerana kuat makan tapi sbb toksin dalam badan especially org yg mengalami kebuncitan
Ointment ni mmg dah ditry oleh Mama Alya dan Alya sendiri. Alhamdulillah, Alya xder laa tido malam bergaru2 skrg ni sejak pakai ointment ni. Malah tangan Mama Alya sendiri yg tetiba kena ekzema dalam masa seminggu dah okies balik. Produk ni mmg berkesan pada kitaorg sbb doktor dah suggest kan jangan pakai sabun biasa sbb ada chemical sintetik. Tu yg wat kitaorg guna ointment ni dan mandi pakai sabun shintook cam yg kat bawah ni....
Ni laa sabun mandi yg kitaorg anak beranak guna skrg ni.... Banyak ag produk dia tapi x test ag... ada face oil, ada scrub... massage oil (yg ni kasi makcik tukang urut kat UIA test, next week dapat testimoni dia)
Insya Allah, nnt Mama Alya test scrub dia plak dan juga face oil... kata leh tegangkan muka... kui3x.
Ni resepi yg diberi oleh Puan Syima. Mudah dan senang. Mama Alya wat dua versi. Mula2 pakai bread improver, mmg lembut giler ler. Pastu wat tanpa bread improver. Lebih kurang jer cuma tanpa bread improver, kena uli lama2 kot. Ntah laa.. Baru try 2 kali buat roti ni.
Masa dlm oven, yg belah kiri tu strawberry bun utk Abah Alya tp sikit punya cerewet nak wat... sbb jem tu melekit2
BASIC BREAD RECIPE
Bahan A :
1.440 gram tepung roti / high protein flour
2.60 gram tepung superfine
3.100 gram gula
4.1 sudu teh garam halus
5.30 gram (2 sudu besar) susu tepung
6.1 sudu teh bread improver
7.4 sudu teh (1 paket) yis kering
Bahan B:
1.250ml air
2.1 biji telur (pukul sedikit)
Bahan C
1.80 gram shortening
Cara2nya :
1.Masukkan bahan B ke dalam Bahan A. Uli hingga adunan agak licin.
2.Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas. Biar 30 min – 40 min.
3.Tumbuk2 doh dan uli utk keluarkan angin. Ini penting utk hasilkan roti yg tidak berongga besar di dalam.
4.Bahagikan doh ikut berat yg dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
5.Keluarkan angin dari doh dengan memicit2 dan bulatkan sekali lagi.
6.Bolehlah dibentuk ikut suka.
7.Biarkan hingga naik 40 min – 1 jam.
8.Bakar hingga masak.
9.Tips Puan Syima, belah atas roti, isi butter & tabor gula. Nyam3x.
Sejak Alya masuk tadika ni... senang jer kejut dia bangun pepagi. Senyum jer bila bangun. Dulu klu kejutkan suruh bangun nak anto umah atuk dia cam2 perangai dia buat. Buat pejam mata laa, buat2 tak sedar laa sampai kena berheret ke keta. Anak anak....Arini Alya minta gorengkan nugget kesukaan dia... dan juga roti kacang homemade yg kitaorg wat ari Sabtu aritu. Bukan xder makanan disediakan di tadika tp biasalah, x brape kena ngan tekak dia kot. Sbb ari Senin, menu dia nasi goreng. Alya mmg kureng ler bab2 nasi goreng ni.
Mujur ada resepi roti Puan Syima.Mmg menjadi laa resepi yg Puan Syima bagi. Mmg adunan dia cam lembik ckit tapi kelembutannya kekal berhari2. Utk resepi basic roti tu kengkawan leh laa g ke bahagian resepi utk org terkejar2. Utk resepi ni kan, mmg betul2 utk org terkejar2. Sambil nunggu roti tu kembang, pastu nak uli balik, tunggu dia kembang, pastu nak bakar, sempat laa Mama Alya bilas kain, cuci pinggan dan vakum umah. Ahaks.
Hukaloh.... mmg x sangka betul pengalaman makan fastfood kat TC bertukar menjadi adventure yg ngeri dan sakit hati. Patutlaa tempat tu dah x ramai org... Mama Alya dan Alya plak dah lama giler x ke sana. Mana laaa tau kan.
Khamis lepas disebabkan Alya teringin nak burger ayam, mama pun bawak laa dia keluar. Kita ni ingat KFC perlu di'ban' disbbkan Israel. Tak teringat plak McD pun suku sakat tu jugak. Kita cuma ingat McD tu senang, drive thru x yah pening2 pike pasal parking.
Cadangnya nak g drive thru jer, Alya nak makan kat ctu gak. Mama mengalah laaa. Kita org ambik spot kat luar. Baru jer kunyah fries, ternampak suku-sakat cik nyet kat tepi pantai. Berdebar gak kitaorg. Alih2 pandang sebelah, dah ada kat koridor McD dah. Gempar laa org2 kat ctu. Kitaorg apa lagi rush terus masuk dalam restoran laa.
Sian plak staff McD kena pegang penyapu sorg satu nak menghalau geng x tau malu tur. Ada yg siap baling batu. Kitaorg jadi tukang tonton jer r dari dalam. Mmg ngeri tul laaa. Pas ni jgn harap laa kitaorg nak g sana lagi. Ampun....
Alya masuk tadika hari ni secara rasminya sbb hari ni baru dapat baju seragam. Tomei plak tengok dia pakai serba hijau sampai ke tudung. (Gambo tidak dapat diupload hari ni).
Hantar dia kul 755. Masa datang tu dah ramai dah bebudak baya dia kat ctu. Datang2 jer terus cikgu bagi dia baju seragam yg dah dialter ikut saiz sebeno dia. Ala2, cam dah besar sangat anak dara mama. Terharu plak.
Alih2 ada dua budak belakang dia nangis. Mula2 yg boy tu pastu melarat ke awek sebelah. Alya wat muka heran laa tengok budak dua org tur. Sbb ari Senin aritu, masa datang mendaftar, boy yang sama menangis dan dah kena tegur ngan Alya. Hari ni, dia memerhatikan sahaja dgn rasa keheranan dan kepelikan. Ya laa, apsal ari ni 2 org nangis.
Rupa2nya dua org tu jiran sebelah. Mmg sejak kecik ag bermain bersama, berlari bersama. Romeo Juliet kecik rupanya. Sementara mama menyettlekan baki yuran, Alya duduk balik laa kat tempat dia. Sekejap jer, dah dapat kawan anak mama. Alhamdulillah. Risau gak sbb Alya ni jarang bercampur ngan geng sebaya. Selalu kengkawan dia geng2 budak darjah 1, darjah 2.
Tghr mmg dah arrange dia naik van sekolah. Mama Alya cuma jadi pemantau dari jauh jer r. Tapi dia nampak gak. Ingatkan dia nak naik ngan mama, rupanya dia nak naik van. Mama Alya follow jer r van tur. Rupanya van tu x terus anto balik umah atuk dia. Van tu g sekolah rendah kat depan amik bebudak pra kat sek rendah tur. Tapi Alya cam cool jer so x risau laa.
Sampai jer kat umah atuk dia. Muka dia masam mencuka. Ingatkan kena kacau dalam van ke apa. Rupanya.... dia nak sekolah lama2 x nak balik lagi. Alahai sayang mama, sekolah tadika sampai 1130 jer.. Dia suruh nyer mama call cikgu dia bagi tau dia nak sekolah lagi. Puas dipujuk, kata esok boleh sekolah lagi dia ttp ngan pendirian diaa. Nak sekolah lama lagi arini.
Terpaksa laa jadi pelakon, konon2 call cikgu dia. Bagitau dia, cikgu kata sekolah lama2 cuma utk budak umur 6 tahun. Alya baru nak masuk 5 jadi x bleh lagi. Nasib baik dia boleh accept tp kerana masih bengang, dipaksanya gak mama balik ke rumah amik buku dia yg lain. Mama dah laa rush nak g opis. Nasib baik atuk dia setuju nak g umah amikkan buku dan kaler yg dia nak tur.
Hai anak mama, harap2nya kerajinan ke sekolah ni akan berkekalan laa. Aminnnn...
Sibuk betul tv promote tahun baru bertarikh 01.01.2009 padahal 29.12.2008 aritu dah tahun barunya. Gini laa sikap rakyat negara kat cnih. Ya laa... klu tahun Islam, xleh ronggeng, tahun omputih leh ronggeng. Hmmm... moga2 persepsi ini akan berubah. Aminnnn.
Lama plak rasanya cuti kali ni. Sbb selalu cuti paling lama 2 hari tetiba dapat straight 3 hari. Melengung gak x tau nak wat per sbb ari Khamis (25/12) dah cuti sehari. Wat projek roti manis jer r ari Sabtu tur. One of my way to spend time with Alya. Abah Alya kerja, tinggal berdua jer r.
Topping tu cam cair... tu yg hangus masa bakar tu... Hu3x... xper baru 1st time, klu berkali2, mau ku campakkan semua gadget ke tong sampah takpun bagi kat Puan Syima. Hi3x.
Hasilnya... tak comel langsung tapi nasib baik lembut dan diterima tekak Alya gak... masuk tong MPK angkat sendiri laa nih... He3x.
Tengok dalam kabinet, ada lebihan oat. Aritu beli sbb mengikut iklan tv "Sayangi Jantung Anda" pastu haram x makan pun. Belek2 buku resepi Betty Crockers ada plak resepi Biskut Oatmeal. Redah jer r. Tp x brape comel. Hu3x. Terlebih baking powder dan serbuk kayu manis kot. First time wat. Tangan gigil2 lagi. Lagi satu baru perasan stok Baking Sheet dah abih. Oat ni kan jenis melekit, so melekat laa kat tray tur. Hampehhhh!!! Rasanya ok laa gak kot.... bila lapar. Hak3x.
Esok (01/01/2009) cuti ag. Jumaat masuk kerja laa. Cemuih weh cuti. Sbb Senin mungkin nak cuti sbb Alya masuk TADIKA. Berdebar yang amat ni. Next week leh r upload gambo dia.
Sabtu tur rasa cam sedey jer mengenangkan geng2 suma dah sampai ke KL. Nak call diaorg tanya kabo pun berasa xder mood. Sbb sedey. Bagi menghilangkan rasa sedey... jgn x caya Mama Alya wat nasi himpit kuah kacang, bubur kacang dan jeng2 roti manis. har3x.
Roti manis Mama Alya x pakai ovellete suma tur. Hanya pakai instant yeast, tepung naik sendiri, telur, esen vanilla, gula, kismis, marjerin... tu jer. Boleh laa for 1st time kot. He3x.
Buruk jer... 1st time wat laa katakan....
Bila dah masak.... gini r ghupanya
Alya bab2 bubur kacang, nasi impit kuah kacang mmg bagi ke dia laa. Tengok dia selera makan homemade roti cicah bubur kacang and nasi impit, ilang sedey... Hu3x.
Atas permintaan member lama, newlyweds Azlina UMP... Mama Alya postkan laa resepi muffin blueberry cam yg diminta tur.
Inti :Blueberry Filling - beli kat kedai peralatan kek cam Sehati bakery @ Bakemate Enterprise
Bahan Kering : 1) Tepung naik sendiri - 2 cawan 2) Baking powder - 1 sudu teh Dua2 ni gaul rata dan ayak. Ketepikan dulu
Bahan basah : 1) 3/4 cawan susu segar 2) 1/2 cawan minyak sayuran / butter @ mentega yg dicairkan 3) 1/2 sudu teh esen vanilla 4) 2 biji telur gred B
Campur dan kacau pakai whisk hingga rata.
Panaskan oven ke suhu 190 darjah.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau rata2.
Sudukan ke dalam cup muffin, atau cup kecik2 ikut suka laaa. Klu xder cup muffin, pakai paper cup biasa pun boleh cuma kena letak dalam acuan cup cake laa supaya muffin tu naik tinggi.
Cara sudukan muffin tur: Sudukan separuh adunan dalam cup. Masukkan inti blueberry ikut nak banyak mana. Kemudian topping ngan adunan. Adunan dalam cup mesti 3/4 dari cup takut naik tinggi sangat nanti.
Bila oven dah panas (dlm 10 minit laa), masukkan adunan dalam oven. Klu cup besau, bakar dalam 25 - 30 minit dengan suhu 170 darjah. Klu cup kecik dalam 10 -12 minit jer. Tp intai2 selalu laa takut hangus ckit.
Mudah jer caranya. Ce try. Enjoyy!! Haa dah siap tu pandai2 laa topping ngan jem blueberry ke apa. Nak sedap, pakai topping cream chees pun sedap. Mesti abang sengih memanjang.
Tiket balik ke Kuantan telah selesai dibayar. Tghr time rehat panjang tur, Mama Alya keluar ke bando bersama Jie dan Lieza. nak cari comfort shoes bg memudahkan kami melakukan aktiviti shopping kami di KL. Hati berasa riang dan lega kerana demam Alya telahpun reda. Xder ler berasa berat ati nak tinggalkan dia semalaman.
Ni laa sandal utk dipakai semasa menjalankan aktiviti paint the city tur... apakan daya hajat x sampai.. :((
Sandal utk dipakai dengan riang bagi aktiviti esok berjaya diperolehi. Yeayyy!! Snap design kasut yg nak dicari masa kat KL sok. Namun betul ler kata org kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Mama Alya terpaksa laa mendahulukan hal keluarga daripada hal menjadi bujang semalaman. Sedey mmg sedey tp nak wat camner kan.
Design kasut ni r yg nak dicari kat KL
Pun begitu, kengkawan yg pergi ke KL x melupakan Mama Alya. Dibelinya juga cookies cutter impian Mama Alya juga sepasang kerongsang dr kedai Raja Kerongsang di sana. Thank frenz! Hopefully, plan next year xder halangan lagi.
Buah tangan yg dibeli Jie... thanks Jie... kat belakang tu cookie cutter Puan Syima tlg belikan
Sekejap jer kan dah masuk bulan January 2009. Wah3x. Tang angka 9 kat ujung yg tak tahan tur. Alya pun dah makin besar. :(. Dah nak sekolah tadika. Ya betull!!! Anak dara mama akan masuk sekolah TADIKA bulan satu nih.
Atuk dia berat ati sebenarnya nak dia sekolah... tapi sebenarnya kan Alya ni patutnya umur 4 tahun dah masuk dah. Klu ikutkan atuk dia, umur 6 baru masuk tadika. Cam2 alasan ler. Alya x biasa ler, takut dia kena buli ler. Cucu corg. Gitu ler.
Sebenarnya kan, Mama Alya yang terlebih excited membayangkan first day Alya kat TADIKA. Dah x lama dah ni. Baju seragam x dapat ag klu tak leh suruh Alya posing dulu. Hu3. Walaupun Alya ni mmg x pernah duduk kat nursery ke , taska ker (eh sama laa tur) tp tengok gayanya dia xder masalah nak berkomunikasi ngan org. Mana dia pergi, ada jer geng baru dia dapat. Alhamdulillah. Minta2 dia sekolah nanti dia xder masalah berkawan laa.
Abah gunting rambut... mujur dia x wat stail botak lagi
Semalam kitaorg teman Abah Alya g gunting rambut. Sempat ler snap sekeping dua gambo sbb kedai tu kedai member kitaorg gak. K r tempat tu. Murah pun murah. Gunting skali urut kepala 8 hinggit. Lagipun org Melayu. Hmmm dah besau anak mama. Tak lama lagi TADIKA, pastu sekolah rendah, top2 sekolah menengah. Sedar tak sedar, dah besar panjang. Sayu pulakkkk... Cehhhh!!!
Wah3x. Usia Puan Syima bertambah matang hari ini. Utk meraikan kematangan beliau, Mama Alya bersama Abg Sam, Kak Zaa, Lieza & Jie menghadiahkan sebiji kek kecik lagi sempoi. Hmmm, apa agaknya hadiah yang diterima Puan Syima tahun nie dari hubby tersayang.
Xper Puan Syima. Klu hadiah tu x besau mana, kita sambut lagi 20-21/12 ni ek. Countdown to KL begin.... Mama Alya dah start berilusi menda apa yg hendak dibeli.
Bagi kami bertiga, raya haji kali ni memang tak best ler... masakan tidak, dengan hujan lebat giler. Itu ok lagi, AIR TAKDERRR!!!! Waaaaaaaaa!!!!!!!!
Sabtu tu Abah Alya keghoje lagi jadi x kuo ler beli barang2. Lagipun raya haji tak ler sesibuk raya pose kan. Sabtu tu kan dah start ujan lebat. Duduk umah jer ler kemas2 umah dan wat tender mendobi baju yang bertambun tur. Tak sangka plak ujan lebat tak henti2 sampai ke malam.
Pagi Ahad, Mama Alya start ler wat muffin. He3x. Dah expert dah. Puan Syima kata muffin yang elok ialah muffin yang naik tinggi dan pecah2 di permukaannya. Rasanya muffin Mama Alya dah sampai tahap tu dah. He3. Ingat belah petang nak wat kuih sarang semut ckit, cornflakes ckit. Alaa serba serbi ckit ler. Top2 tghr air xder!!! Waaaa!!! X jadik ler wat kuih2 tur. Wat muffin bluberry filling and chocolate filling jer r. Sempat ler rebus nasi impit. Plan nak wat kuah kacang umah Bapak Mertua kat Penor sbb air xder kan.
Nak start wat muffin blueberry filling nih...
Membakar mini muffin kegemaran Alya
Muffin naik elok... yeayyy!!!
Siap utk dimakan
Bluberrry filling muffin... kira ok ler
OTW balik Penor lepas Maghrib tu ujan mmg lebat ler. Bawak keta nyer ler slow. Bimbang gak banjir tapi laporan2 terkini yang diperolehi air x naik ag. Tapi kan malam tu sampai ke pagi ujan lebat giler babas ler dengan angin sekali. Gerun gak dibuatnya. Sampai raya Senin tur r. Ujan jer!! Tapi raya tetap raya. Sempat ler g umah AtieRiff merasa mee kari goreng dia. Plan dia nak wat mee kari tp sbb air xder dia wat mee goreng. Janji makanan ler AtieRiff. Sedap plak daging dinding dia. Alya bertambah ler makan nasi impit. Favourite dia.
Balik umah, air xder gak!!! Waaa tension!!! Mujur air dalam tangki ada. Cukup ler wat kami 3 beranak. Selasa pun xder air... budget nak sms Puan Syima dah malam tu nak bagi tau nak EL sbb air xder tp Abah Alya kata mana tau pagi sok ader.
Hari ni, Rabu kul 5 pagi tadi xder ag. Waaaa tension!!! Top2 730 am ada ler air besau batang lidi kuo kat sinki. Legaaaa tp mmg lambat ler dtg... Sorry ek bos. Hi3. Nak wat camner takkan x mandi datang keghoje... SALAM AIDILADHA FOR EVERYBODY
SELAMAT BERPUASA DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH
-
Bulan puasa Ramadhan sudah tiba, bulan puasa adalah bulan yang suci,
syukur alhamdulillah ..syukur alhamdulillah
Allah S.W.T memberi kesempatan untuk
*mem...
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Liew..
-
...
Baru ini berbual dengan seorang abang ni. Dia kata, isteri saya sangat baik
dan bijak. Dia bantu saya berada di tempat saya berada hari ini...dia asbab...
Bina Blog Baru
-
In progress nak buat blog baru sebenarnya. Khas untuk Dexandra Perfume
sahaja. Jadi lepas ni kalau sesiapa nak dapatkan perfume yang dah jadi
fenomena da...
Keje Malam Wehhhhh.....
-
Bestnya nyer hari ini.....leh bangun lewatttt.huhuhuu...sal aku keje masuk
kul 2 hari ini.Keje opis tapi ader sifht malam....ok ler kan.Boleh juga g
bayor ...
kimono cardigan
-
Sekarang ni memang tengah trend kan kimono punya cardigan. Banyak2 blog aku
baca ramai tengah duk perkatakan cardigan ni. Aku pun berkenan sgt2. Ingat
p...
Jambu Epal
-
Smlm adik ipar ngan mak sedara baru blk dr Cameron . .
ada la jugak buah tgn utk aku, tk ketinggalan utk Syirah . .
Yang sgt2 menarik tertarik da bomm nya,...
Arkitek & Jurutera zaman dulu
-
Aku selalu kagum dengan bangunan2 lama... sbb setiap bangunan tu ada
identiti sendiri.. tak macam bangunan sekarang... modern tapi nampak sama
jer... maybe...
First Glimpse... Emancipation Proclamation
-
Emancipation Proclamation - I start my craving for fanfic with this
story... credit to Lins for this story...
This is the longest fic I ever read.... but b...
Bracelet Fever - All New Design
-
All New Bracelet - From Korea
Click here for close up
SOLD !! (Avl on PRE-ORDER)
Click here for close up
SOLD !! (Avl on PRE-ORDER)
Alkisahnya seorang gadis bertemu laaa seorang jejaka di.... dekat jer sebelah rumah. Kawan punya kawan, couple punya couple maka berkahwin ler mereka lima tahun yang lepas.
Alkisahnya setelah hampir setahun berkahwin, lahirlah seorang puteri penyeri kehidupan mereka. Diberi nama Alya Izzati bt Ahmad Fadhlyzal.
Inilah alkisah kami bertiga mengharungi hidup di zaman penuh mencabar dan haru-biru. Moga2 kebahagiaan kami bertiga ini berkekalan hingga akhir hayat.
Alkisah menambah ahli buat menyerikan lagi hidup kami? Oppsss.... itu belum difikirkan lagi kerana....
Alkisah kami bertiga masih panjang lagi.