Wednesday, December 30, 2009

Menjelang hujung tahun...

Pejam celik dah sampai ujung 2009... pejam celik besar dah anak dara aku...







Kredit utk Pn Syima for bagpack yg cute tu... Alya suka sgt.. maknya pun... sesiapa berminat utk mendapatkan custom made bagpack/sling bag / travelling bag / laptop bag / bekas surat / dan segala macam bag boleh tempah ngan Pn Syima. Terms and conditions apply.

Happy New Year everyody!!

Sunday, December 6, 2009

Sebelum mood 'M' melanda

Current mood is : 'R'.

So inilah hasilnya....

Resepi mudah :-

1) Bahan Kering
- 2 cawan tepung, 2 sudu teh baking soda, 1 cawan serbuk koko (ayak) bersama dan gaul rata dengan 2 cawan gula (leh kurangkan kepada 1 1/2 cawan gula)

2) Bahan Basah
- 1 cawan marjerin cair, 2 biji telur gred 'A' atau saiz L pun dah ok dan 2 sudu teh baking powder ( pukul sekejap pakai hand whisk) sampai sebati

3) 1 cawan susu cair atau susu segar

4) 1 cawan air masak ditambah dengan 1 sudu teh nescafe (jika mahu)

Kaedah :-

1) Dalam satu bekas, sediakan bahan kering yg telah digaul rata... buatkan lubang di tengah2.

2) Dengan perlahan-lahan masukkan bahan basah + susu segar + air tadi ke dalamnya.

3) Kacau perlahan2 dengan senduk sampai sebati

4) Tuangkan ke dalam cupcake saiz L dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah selama 25 - 30 min .

5) Sekiranya menggunakan loyang besar.. bakar selama 45 min - sejam suhu yg sama.

cara2 membuat choc ganache paling senang.. takyah pakai double boiler....

1) Satu tin krimer pekat manis
2) 1 cawan serbuk koko(diayak) dan boleh ditambah sekiranya nak lebih pahit manis
3) 1/4 cawan air
Kacau rata bahan2 ni dan dimasak dalam periuk dengan api kecil hingga pekat....

Boleh la mentoppingkan choc moist cake tadi(mesti betul2 sejuk) dgn ganache sempoi ni.

Sunday, November 29, 2009

Bulan Baru.. baru Bulan Sabit


Alkisahnya Sabtu lepas mama dan adik bongsu mama saling menemani menonton New Moon... Merasa panggung baru kat ECM... not bad laa surrounding dia sbb seat yg kitaorg dpt tu mmg strategik laa...

OTW balik.. jumpa laa kapel ni... sedondon lagi sib baik Ipin tak pakai topi kaler itam... camne leh sedondon ni?? Berjanji ke kebetulan.. ke bila Ipin sampai umah Pak Othman, nengok anak dara Pak Othman pakai camni dia pun rush balik Pelindung tuko baju..

Wat2 tak nampak je laa mamat dan minah2 kat depan tu...

Ahad pun ke sana gak.. bawak Alya jenjalan dan main kat playground dia... baru lg kot playground dia tak banyak lagi mainan tp cukup laa bg Alya tersengih lebar...


Menanti Bulan Sabit aka. Eclipse June 2010... Adik, kita pergi lagi yer...


Thursday, November 19, 2009

Kursus sambil bergumbira

Khamis (19/11/2009) kami2 yg jadi penjaga kedatangan ni diraikan dlm majlis sederhana ttp meriah di DePalma Ampang. Siap ada cabutan bertuah gitu...

Tapi geng2 Kuantan mari sehari lebih awal.. so ada chance nak window2 shopping ckit2... Pn Syima, no swimming sbb hujan. Mama Alya sebilik ngan Mama Farah& Harith...

Petang di kala hujan reda.. kami pun berangkat ke Ampang Point.

Takde apa pun yg dibeli....

Mama Farah & Harith tamak... nak makan dua2...

Mama Alya diet... makan satu jer.. hehehehe

Mini shopping jer... Mama Alya beli baju Alya dan jam Ben10.. utk Mama Alya hanyalah 3 biji epal.. waaaaa

Shot dekat baju tido yg dibeli Mama Farah & Harith.... katanya selesa ler sangatttt.. ye le tur...

Shot dekat epal utk Mama Alya.. bukti ini jer Mama Alya beli utk diri sendiri..

Mama Farah & Harith ler juara shopping skala kecik ni.

Esoknya Khamis majlis penghargaan.



Dpt tasbih dari DePalma.. perghhh alim alim...

Mama Farah dan Harith sempat sengih mengenangkan Mama Alya x dpt beli baju tido yg selesa tur.. cehhhhh...

Dahlah dapat baju tido selesa.. hadiah ler plak masa majlis.. eiiii....

Overall... seronok ler jugak...


Terima kasih daun keladi.. tahun depan wat laa lagi...

P/S : Tahun depan xyah ler bg voucher RM10 Jusco... x perginya kitaorg hok jauh ni ke sana.. hehehehe..

Kisah Sebentuk Cincin

Pilihan yang tersedia....




Cincin terletak di jari manis...



Ceriaaaaaa....

Tuesday, October 27, 2009

Sedihnya...

Tadi ntah camne, aku tersinggah kat laman web JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang)..

Pergi laa ke menu pasal E-halal dia, aku klik laa kat Pusat Sembelihan(klik sini)

Sedih mmg sedih.... dr banyak2 pusat sembelihan ayam kat kuantan... aku jumpa sorg jer owner dia Melayu. Itupun aku tak sure sekadar nama ke atau mmg owner dia betul...

Hmm.... ada satu pusat sembelihan yg disenarai tu... uncle Chinese sebelah umah aku bg tau hampir 80% dr pekerja kat ctu diimport khas dr Myanmar... kelas nye...

Persoalannya??
* Org Melayu aka. Islam x minat niaga proses ayam ke??
* Besar ke modal ygdiperlukan utk business ni??
* Susah sangat ke nak bergabung dua tiga org bukak business gini??



Tuesday, October 13, 2009

Akan datang... 31/10/2009


Model baru... gabungan Wira dan Kancil pada 31/10/2009 ini. Sape2 yg tak dapat jemputan leh ler wat pertanyaan di kaunter library. Erkkk... aku pun x dpt jemputan lagi nih... apa citer yer... muahahaha

Sunday, September 20, 2009

Raya Preparation 2009

Tahun ni disbbkan ada yg sudi menghulurkan bantuan maka ada laa projek buat kuih ckit2. Dua jenis jer tahun ni... nama je dua jenis, cornflakes madu & kuih sarang semut tp dah main cornflakes 5 kotak, kuih sarang semut sekilo, hamik ko... lelah juga wooo...

Thank you to adik bongsuku dan Effa... berhasil laa kuih2 ni...




This year, preparation serba sederhana.. cam baju raya, tudung raya, barang2 raya dah beli sebelum puasa lagi... kasut abah Alya dan kasut Alya beli nak dekat2 raya... yg Alya ye laa kan, beli awal2 krg ketat susah gak.... kasut abah sbb cam biasa, agak2 cerewet dah pressure nak raya baru laa rasa terkejo2 dan desperate... ha3... kasut mama? huk3... pakai jer kasut yg ada... he3...

Sabtu (ptg raya tu) abah Alya bergotong-royong buat lemang kat Penor... buat lemang dlm 40 btg (ramai ahli keluarga berkampung kat rumah bapak mertuaku tahun ni). Adalah buah tangan cam ala2 vogue gitu utk kenalan terdekat (rasa tu tak tau laa vogue ke tak).

Yg hangin tu, amik gambo lemang dan punya laa banyak pakai hp Abah Alya, bila tengok balik kat galeri tu, satu benda pun takde... hangin rasa.... arghhh....

Aidilfitri 2009 - raya 1 hingga ke 4

Foto ihsan Amy anak Pak Ngah hubby...

ok laa. Klu previous post pasal persiapan raya... kali ni pasal jalan2 time raya plak...

Sabtu petang raya - abah Alya bakar lemang, mama Alya prepare rendang dan kuah kacang kat Inderapura... ptg nak bukak pose mama dan Alya berkejar ke Penor nak amik lemang

Ahad raya pertama - abah Alya nak sembahyang raya kat Penor sbb Tuk Ngah Alya balik so kul 730 tu bekejar semula ke Penor.

Posing reramai...

Kul 10 am patah balik ke Inderapura nak beraya rumah atuk dan opah Alya... Tghr tu beraya kat rumah sendiri sbb jiran2 yg hubby memasing keje penjara x dpt cuti so dah pakat nak raya sesama kitaorg... Lepas Zuhur ke Kg Sri Damai beraya kat umah member lama abah Alya.

Alya and the geng...

Lepas Asar, menerima kunjungan kengkawan yg keje area KL... satu gerombolan plak tu. Lepas Maghrib g umah atuk Alya balik, ada sessi bergambar... pastu merempit balik ke Penor sbb raya ke-2 nak wat sate... so kena laa prepare mencucuk sate

Us with my family...


Gaya seorang pencucuk sate yg berjaya... ngeh3
Raya ke-2... bakar sate

Raya ke-2 raya di Penor sampai tghr pastu merempit plak ke rumah Maryati KOM... adik dia wat nasi beriani.. kelas gitu... Simpan satu bahagian perut, merempit plak ke Kg Padang raya rumah Jie library... sempat laa melepas rindu... eceh....

Mama Alya g umah Jie ngan Maryati... nyampah tau ngan Mar ni... ke mana2 mesti nak bawak beg handmade yg dia baru dpt dr Pn Syima tu... menci tau.. dah laa beg tu cute.. kesimpulannya raya ni mmg dia bergaya ngan beg baru tu laa... eiii....



Saja malas kasi nampak itu beg... biar nampak tali jer... ngeh3

Raya ke-3 beraya ke Pekan, Kg Serandu - Kg Semangat - Indera Mahkota... wah mmg pusing satu kuantan gitu...

Raya ke-4 giliran kami sekeluarga menerima kunjungan adik beradik belah suami.. sbb dah raya ke-4 dan suma org nak makan nasi putih so prepare tomyam, sayur goreng, sambal belacan, ikan goreng je laa di samping nasi impit kuah kacang dan kuih raya...

Saturday, August 29, 2009

Sejenak di bulan Ramadhan

Alhamdulillah... masuk hari ke-9 kita semua berpuasa. Alya sehingga hari ke-8 masih berpuasa 1/2 hari sahaja (mana ada istilah pose 1/2 hari). Ngeh3. Hari semalam, Sabtu (29/08/2009) Alya dapatlah tahan sampai kul 330pm.

Agaknya kalau tak ikut Abah Alya beli barang kat beberapa tempat Insya Allah dia larat. Kul 330 tu pun dia berbuka bukannya makan apapun, minum air coklat sahaja. Mengadu dahaga. Try laa arini kot2 dia larat sampai kul 5 klu sampai time berbuka.. Alhamdulillah. Ikutkan mama Alya dulu, darjah 4 seingat mama, x pose penuh pun.

Masakan tidak, masa tu atuk Alya keje jauh. Adik2 kecil lagi. Takde org lain, mamalah yg kena ke kedai. Klu dekat takpe laa... Jarak jauhnya kedai tu dr Kuliah Medic tu ke IIUM Development. Opah Alya suruh bawa payung, nak pegang camne klu kedua2 tangan penuh dengan brg. Nak bawa basikal, tak pandai2. Raya tahun lepas sempat laa menjenguk rumah lama, menyusuri jalan yg pernah mama gunakan, rasa cam x caya mama larat jln jauh2. Tp ye laa kan, dulu2 tak sepanas skrg.

Mama Alya ambil petua Kak Cik, jiran sebelah rumah. Cara dia melatih anak2 kecil ialah dengan cara mengunci jam. Maksudnya, hari first tu dia set jam sampai kul 12. Tengok anak larat ke tidak. The next day, dia anjakkan ke pukul 1, the next next day kul 2 dan begitulah ke hari2 seterusnya. Duduk bersebelahan dgn jiran yg penuh ilmu mendidik anak2 banyak memberikan ilmu kepada mama dan abah Alya.

Oh ya, korang suma. Maybe ada yg dah tahu, maybe yg balik kg tu tak tau. Pokok besar kat stadium Darul Makmur, alaa yg kat tempat jual tiket berdepan ngan Klinik Al-Farabi / Eng Hong tu, tumbang semalam. Maybe sbb dah tua ditambah lg dgn angin kencang. Jam giler semalam beb. Rasanya ada kereta yg dihempap pokok tu harap2 x teruk mana. Pokok tu tumbang time sesak dlm kul 2 something.

Masa kitaorg lalu, mmg ramai laa org berenti tengok. Bomba, polis suma ada. Tumbang plak kat jalan utama (Jln Bkt Sekilau, depan stadium, dekat Eng Hong bandar), mmg jam gila2 laa. Nak balik Inderapura last2 Abah Alya ikut highway jer.

Image x dpt diupload... Card reader xleh baca MMC handphone Abah Alya. Huk3.

Selamat Berpuasa kpd semua.

Tuesday, August 4, 2009

Apa yang kami suma buat utk mencipta kenangan

Sunyi... kureng... suma ada setiap kali lalu tempat dia. Dulu klu panggil dari level atas mesti dia akan jawab 'Sayaaa..' disambut gelak tawa Abg Sam dan Abg Nizam. Dia bukannya ganas / brutal jauh sekali punk cuma sudah stailnya menjawab begitu. Takkan laa nak jawab "Ya kak mona" bagai gadis ayu... aku pun tergolek klu dia jawab begitu.

Arghh... nak citer hiba pun krg mama dikatakan emo... emo2 ini utk simpanan peribadi sahaja... Mama cuma nak kongsi kronologi / rentetan kenangan kami beberapa hari / jam hingga jam 530 ptg, 31hb July 2009.

18-Jul-2009 - KL KL KL. Di sini kami meninggalkan kesan2 tapak kaki, air liur sewaktu tawar menawar barang, imaginasi bukan2 di dalam hotel... juga peluh menapak ke sana sini.

Ktn - Pekeliling - LRT - Jln TAR

Jln TAR - Kowloon Hotel - Semua House : Lunch... Licin....

19-Jul-2009 - KL - Ktn. Hari terakhir kami di KL menyaksikan beg Kak Zaa beranak satu, beg sandang mama dari saiz M ke XL (warghhh itupun dah bawa inspektor budget - Mar), beg Jie dari saiz Xs ke saiz M, tote beg Mar berubah skala dan beg Pn Syima begitu berat hingga terpaksa membuat lajak sebelum mencampakkannya ke lantai stesen LRT... Ngeh3.


Pagi yg cerah - bising ngan drum dan gendang - posing - sambung shopping

Shopping - Check out - posing

Posing - heret beg - nak balik dah...


20-Jul-2009 - Mama MC, Mar EL kepenatan melampau. Kak Zaa EL sbb Syirah chicken pox (kesian dia) manakala Pn Syima dan Jie gagah ke opis meskipun sudah merewang sakan di KL. Nampak sangat mama tewas dlm trip 1... begitu juga dgn Mar meskipun kami dah bertekad utk kesana lagi... Yearghhhh....

21Jul-24Jul - Jie bertungkus lumus menyiapkan keghoje2 malah sudi OT tanpa gaji.. Suci murni hatinya... mama pula akan menjadi sayu setiap kali melihat dia menyiapkan assignment...

25-26Jul 2009 - tiada rentetan kerana memasing menjadi surirumah dan anak dara manis di rumah masing2... kecuali Mar yg katanya ke Kemaman hujung minggu bersama buah hati.. dan klu tak jadipun, mesti dia g somewhere bersama Are-Rave nye itu...

27-Jul-2009 - Beratnya rasa hati mengenangkan minggu nilah minggu terakhir kami. Pn Syima mencadangkan Girls Day Luncheon yg dibantah Epul kerana program itu agak2 membelakangkan boys & mens di library. Namun program itu diteruskan meskipun bantahan suam2 kuku oleh Epul. Program dicadangkan pada ari Jumaat, 31 Jul time break panjang (saja pilih ari Jumaat sbb rehat lama dan ha3, namapun utk wanita sahaja jadi time ni kaum adam kena ke masjid ok)

28-Jul-2009 - Waaa.... tinggal 3 hari saja masa kami bersama...

29-Jul-2009 - Huk3... lagi 2 hari....

30-Jul-2009 - Arghhh... cepatnya masa berlalu. Pejam celik esok dah Jumaat.

31-Jul-2009 - Mama rasa masa agak emo dan moody hari ni. Tghr tu kaum wanita (Pn Syima, Kak Zaa, Mama, Mar, Dayah dan Liza) mengiringi Jie ke program lucheon ini. Puan SI tak ikut sama sbb bercuti melawat kakaknya di Kubang Kerian. Klik sana sini, klik sotong tepung, klik ikan siakap, klik gambo memasing, pinggan kosong perut kenyang balik opis. Sempat lagi beli kek krim perisa blueberry (ha3.... sekurang2nya ada juga manisan utk kaum2 adam opis).

hari terakhir bersama - posing - lunch(girls only)

Senyum nak tak nak - tunggu hidangan - lapo

Listkan apa nak makan - posing - tunggu waiter amik order

The Appetizer ...

The main course

Perhatikan senyuman ikhlas yg diberikan - kenyang perut suka hati

Perhatikan pinggan-pinggan di hadapan kami suma - licinnnn

The Dessert - buat makan sama boys opis

Potong kek krim yg tebal krimnya... masa ni rasa sayu sangat sbb jam dah menunjukkan 4.30pm. Tapi mama cuba kontrol emo ag. Aku agak2 buruk klu emo. Klik sana sini lagi. Top2 dah kul 5pm.

The pose - you and her

The pose - you and me (gagahkan diri utk tersenyum)

Our friendship Insya Allah will never end....

Bercucuran air mata.. emo.. hiba.. sedih... rasa berat hati nak melangkah balik. Jie acap kali pesan jangan nangis tp xleh r... mmg sedih... mmg sayu... mg hiba... arghh.. mama emo lagi. Balik umah, ngadu ngan cik abang, cik abang tak pujuk pun... Hu3...

03-Aug-2009 - tiba di opis... emo lagi bila tengok tempat dia kosong... sms, ym penawar rasa... tapi nape tak tinggalkan selipar jepun tu kat mama? Hu3... tak aci...