Current mood is : 'R'.
So inilah hasilnya....
Resepi mudah :-
1) Bahan Kering
- 2 cawan tepung, 2 sudu teh baking soda, 1 cawan serbuk koko (ayak) bersama dan gaul rata dengan 2 cawan gula (leh kurangkan kepada 1 1/2 cawan gula)
2) Bahan Basah
- 1 cawan marjerin cair, 2 biji telur gred 'A' atau saiz L pun dah ok dan 2 sudu teh baking powder ( pukul sekejap pakai hand whisk) sampai sebati
3) 1 cawan susu cair atau susu segar
4) 1 cawan air masak ditambah dengan 1 sudu teh nescafe (jika mahu)
Kaedah :-
1) Dalam satu bekas, sediakan bahan kering yg telah digaul rata... buatkan lubang di tengah2.
2) Dengan perlahan-lahan masukkan bahan basah + susu segar + air tadi ke dalamnya.
3) Kacau perlahan2 dengan senduk sampai sebati
4) Tuangkan ke dalam cupcake saiz L dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah selama 25 - 30 min .
5) Sekiranya menggunakan loyang besar.. bakar selama 45 min - sejam suhu yg sama.
cara2 membuat choc ganache paling senang.. takyah pakai double boiler....
1) Satu tin krimer pekat manis
2) 1 cawan serbuk koko(diayak) dan boleh ditambah sekiranya nak lebih pahit manis
3) 1/4 cawan air
Kacau rata bahan2 ni dan dimasak dalam periuk dengan api kecil hingga pekat....
Boleh la mentoppingkan choc moist cake tadi(mesti betul2 sejuk) dgn ganache sempoi ni.