Arakian baliklah ahli-ahli sidang dengan rasa membara dan bengkak hati yang amat sangat. Mereka telah berkorban masa, perut dan kegembiraan untuk menghadiri sidang tetapi pulang dengan rasa senak perut tetapi marah. Sepatutnya mereka pulang ke pangkuan orang kampung dengan rasa kenyang dan gumbira bukannya marah!
"Ke negara Laksamana Bulat rupanya kita!" Ahli sidang yg baru sahaja memperolehi sijil pertapaan setelah genap setahun bertapa di gunung Payung Mahkota melepaskan geram.
"Nampaknya juak-juak mahu kita mengikut telunjuk mereka!" Ahli sidang yang telah lama bertapa dari dunia marah-memarah membalas.
"Ini tidak adil! Klu begini gayanya, juak-juak telah melanggar etika kampung. Telah salah guna kuasa... bukan... perasan ada kuasa, ada gaya!"
Rakyat mula bangkit untuk melawan. Namun juak-juak wat derkkkkk jugak. Kata juak-juak, baguslah ramai tak mahu pergi, bertambah budget untuk mereka kongsi. Huh, tidak terfikirkah mereka klu rakyat handai tidak merestui, tidak menghalalkan tingkah laku mereka, HARAM mereka menggunakannya.
"Oh, kami tidak fikir begitu. Sbb macam yang kami kata, tabung negara tabung kami sbb wang tu akan masuk ke kantung kami sebelum diagih2kan. Jadi, biasalah klu terpakai ckit kan," begitulah jawapan wakil juak2 sewaktu dihubungi. Sungguh masam dan tengik jawapan mereka.
Ketika rakyat handai mencari2 siapakah yang akan menjadi pembela mereka. Siapakah yang berani bersuara ketika kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan, TIDAK MAHU KE LAKSAMANA BULAT.
Tiba-tiba... tiba-tiba juak2 mengumumkan ada mesyuarat tergempar akan diadakan. Seperti biasa, tiada angin tiada ribut juak2 membuat keputusan mengumpulkan ahli sidang. Lebih2 mendatangkan keterperanjatan apabila dikatakan hanya menjemput beberapa wakil sahaja. Tak nak suma. Adakah juak2 tau rakyat mahu memberontak? Kerana itukah hanya beberapa org sahaja yang diundang.
Rakyat mula berasa resah. Tertanya2 adakah suara rakyat akan didengari atau ditolak ketepi. Akhirnya muncullah beberapa ultralord di persidangan tergempar tersebut. Mana2 juak yang cuba memfire dengan pistol air dibalas dengan tembakan laser. Masakan tida, ultralord2 ini tlh bertapa hampir 52 tingkat. Juak2 baru sampai tingkat ke 17. Apa barang.....
Juak2 tingkat 17 menghunuskan muncung seladang dengan muka hijau. Rupa2nya juak yang satu ini tidak suka kata-katanya diperkotak-katikkan. Arghhhh juak2 ini berasa dirinya tinggi rupanya kerana tempat bertapanya terletak di balik awan. Sepanjang mana muncung seladang, kemik juga dek penangan laser ultralord.
Kepada ultralord-ultralord sekalian. Terima kasih rakyat ucapkan kerana memahami suara hati rakyat. Kepada juak2, ingatlah kamu di balik awan ke, di atas awan ke tetapi kamu tetap belum menghabiskan pertapaan. Sila kembali ke tingkat mula, muhasabah diri.
Kepada rakyat2, yeayyyy!!!! Buat masa inilah. Manalah tau juak2 import bouncer lain. Huk3.
AKHIRNYA BABY BOY
-
ASSALAMMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
Bersawang berhabuk-habuk tebal dah blog "Eijams Family" nie hehehehheheh
diharap masih ada lah pembaca ang sudi singgah la...
4 years ago
No comments:
Post a Comment