Sunday, May 31, 2009

Induction Course Group 2009 - Jeram Besu Part 2

Part 2 (19hb May 2009)

Pepagi tu kitaorg suma ada Qiamullail bersama organizer. Task pertama kitaorg aritu... apalagi, bekpes ler. Bukan nak puji laa, makanannya sedap2. Mmg laa sedap, sbb bayar lumayan. Hi3.

Lepas makan-makan, kena wat tarian poco-poco laa plak. Kanan, kiri, belakang, depan, pusing, ewah!!! Kasi segar itu biji mata laa... dah kena bangun kul 330 tadi kan. Lepas poco2, kena plak wat analisis kerja-kerja menggerakkan gergasi semalam.


Kanan, kiri, belakang, depan, pusing.. ewah ewah

Shahhhh... ko tengok apa tu Shahhh.... Nnt Sarah report... Abg dia machoooo.....

Masa ni, group dah semakin rapat. Haa rapat dari segi professional ok. Kebanyakkannya dah jadi mak bapak org. Analisis punya analisis, kena present laa kat depan participants lain. Hari ni jugalah, one of the participant nama Yana (dari Kuantan) menarik diri atas alasan pregnant. Antara sebabnya, aktiviti yg diorganisekan oleh Banseke mmg lasak so tak sesuai utk participant yg ada masalah kesihatan.


In my opinion, kalau laa ada participant yg pregnant, rasanya perlu adakan course lain utk mereka. Yalaa... not fair for them terpaksa tungu setahun lagi utk mendapatkan tiket confirm hanya kerana mereka pregnant. Klu pregnant every year, camno tuh.


Sambung balik pasal yg tadi. Pot pet analisis sana sini, cari kelemahan dan kekuatan, bersurai laa kami utk makan2. Makan lagi. Makan lagi. Makan lagi.


Pembentangan analisis separa serius-separa mengarut... ok laa tur. Krg puji diri sendiri bebanyak, org marah plak. Hi3.


Ketika Ina cbuk memberikan analisis, salah seorang mengambil keputusan utk lelap seketika manakala Md Tahir (ini Md Tahir Jr) cuba memahami maksud anak-anak panah dan awan serta petak2 segiempat di kertas majung.

Petang tu, jeng2... ada task lagi. Yg ni tajuk dia, Save the Gamat Liquid. Citer banyak pun buat bosan jer. Yg penting, group biru berjaya menjadi juara. Hi3. Dah laa tu, group kitaorg jer yg berjaya menyelesaikan task diberikan. Masa ni, group kitaorg dah kehilangan satu member sbb Abg Jo dgn sukarelanya masuk group Hitam (gantikan Yana yang menarik diri).


Perasaan bila tau group kitaorg jer yg berjaya selesaikan task tu. Hi3. Kembang laa beb. Sape x kembang. Kredit kepada Bro Sham dan Azmir antara org kuat yg menyumbang idea mantap. Tahir, Azley dan Kamil, bro(s) yg mantap memikat juga kerana berjaya menyalurkan idea2. Sr2 suma pun orait apa. Kitaorg ikut jer org suruh wat apa.


Ketika group Hitam dan Merah masih confuse, Group Biru telah berjaya menarik tali besar ke seberang sana.... Kelihatan Azmir terpaku melihat kemampuan Md Tahir berdiri di atas tong manakala Nissa agak terkejut kerana Dila cuba meniru aksi Azmir.

Kapten Boleh... saya boleh lakukan... saya boleh lakukan... saya boleh lakukan tapi saya pemalu.

Nissa dan Aspa kelihatan confuse kerana terpaksa berlagak cool, Mama Alya spt biasa cuba mensuspenkan keadaan, Azley dgn lemah lembut membantu Azmir menggerakkan tali besar manakala extra2 lain menjerit ramai2 kpd Kapten Boleh... 'Saya boleh lakukan 3x'

Uiiit... korg, aku tengok Group Biru berdiri atas tong macam ni laa... tapi lepas tu aku tak pasti diaorg wat apa... alih2 dah siap....

Aksi Juara sewaktu menyelamatkan Gamat Liquid... Berat gilerrrr wohhh itu tong... terpeleot bulu roma suma..

Di sini kita boleh saksikan adegan menegangkan tali, adegan perah otak, tangkap syahdu dan tangkap leleh... kaedah2 lain juga dilakukan penuh dramatik dan control...


Sedutan dialog mereka... Klu group Biru dan Hitam tegakkan tong... apa kata kita baringkan tong... dgn cara ini kita boleh memberikan post lebih menarik dan up2date

Group Hitam... walaupun gagal menyempurnakan task dan mereka suma kabarnya mati kelemasan gamat liquid ttp sempat memberikan pose berani mati

Group Merah.... masih mampu memberikan senyuman bukan satu.. bukan dua ttp TIGA.... dilaporkan sebaik sahaja gambar ini diambil, mereka suma lemas tertelan gamat liquid

Gaya JUARA... ini bukan cerita bohong... ini cuma cerita bangga diri. Har3x. Kelihatan di belakang, Kol. Hamdan yg bengang x sudah sbb x berjaya mengkucar-kacirkan kami suma.. Aduii, tak nampak juga muka Si Kamil... Sori bro, aku cari gambo lain.

Mmg laa bila task2 fizikal Bro2 yg lebih memainkan peranan. Tapi bila tiba bab analisis, sr2 akan tunjuk taring. Tu yg mantap tu. (Apsal aku asyik pakai perkataan mantap. Ban word 'mantap').


Tepat kul 6, kitaorg suma berangkat menaiki bas menuju ke hutan utk misi "Project Zulu". Ini bukan Project Runaway ok. Xder kena mengena dengan itu fashion show.
Sedikit pasal Project Zulu. Kekononnya, geng gerila (bukan gorilla, bukan juga Gerila Tamil Nandu) telah berjaya merompak/merampas beg keramat berisi rahsia IIUM. Nama projek rahsia IIUM tu, Project Zulu. ZULU? Apa kemendanya ZULU. Sorry beb, sampai sudah aku tak tahu asal-usul nama ZULU tu. Mungkin Presiden Zulu yang berikan.

Jadi ketiga2 group kena mencari balik laa briefcase ZULU ni.
Kami dibekalkan dengan peluru(air soya basi tp kebetulan masa time kitaorg, tak masam pun), beras, bekas beras, air mineral, sardin, punca api. Kecuali air mineral, yg lain kena pakai duit DIRAM kitaorg tu utk beli.

Malam tu, kena serang laa. Gerila kena bom pun tak mati2... aparaaa... kitaorg yg dah kena bom kena duduk diam. Sape bersuara, akan dibom beribu2 lemon wohhh....

Gaya gerila membaling bom beracun... saksikan betapa basah ketiak mereka sewaktu aksi lasak ini kerana dilaporkan perlu berlari anak sejauh 1km sebelum menyerang kami.... Lihat juga Br Rafi yg masih cool denung everybody... Weh Br Rafi pakai hotpant, betul2 tak islamik...

Hi saya Kapten Boleh... blablabla... saya dah nampak itu gerila laa.... ok suma ready...


Hi kami Group Hitam... di sebelah kanan sekali berbaju Biru nama manjanya PoEd, yg interframe tu Rafi(bkn ahli kumpulan), yg bertudung coklat Sarah(opss dah ada yg punya), tudung hijau Elis (org MSD ni, baik punya), bro baju oren tegak2 namanya Ramzi, blkg peace2 tudung itam Kak Zah, yg tunjuk sarung tangan busuk Iwan, yg nganga tu Mizi ITD, yg tudung putih seputih kulitnya Hasnah, yg x nampak muka Farah Finance Ktn, yg cuma nampak biji mata, Abg Jo, tak tau tak tau.... apsal laa korg bagi mata jer....

Wit2x... We all The Reds... agak meletup paparan mereka kali ini... Dari kiri tudung perang Aiza, Bro baju merah namanya Shah (pandai poco2 dia ni), yg manis2 tu Anum (tudung itam), seluar merah Ecah, belang2 cam kuda belang namanya Suza, yg tunjuk biseps namanya Faizal (Budak Health Centre, ajukan pasal medical benefit kat dia), yg cekak pinggang tudung itam namanya Iera(Masihkah ko ingat Iera?...), sblh dia nampak muka sebelah Wawawa, taklah nama manja dia Wawa, yg nampak muka sebiji tu Jie, belakang skali buat muka sedey Mizi Library, tetiba pemalu nampak ckit jer muka Syazwan, pakai topi Pak Andak Banseke dan yg sebelah x hingat plak nama dia... aduiii... kantoi....

Sedikit rentetan yg agak2 melucukan group kitaorg malam tu:

- Angin dilepaskan sana sini.Amboi3x. Mentang2 laa dlm gelap, org tak tahu sape yg buang. Suka hati je yer. Tak per r... kasi chance.


- Agak2nya geng Gerila ni x suka awek2 dan mak2 awek group kitaorg sbb diaorg g kepung Sr Mastuhah MSD. Sian Sr tu... masih segar ayat geng tu... Main Main Main. ha3x.


- Makan nasi beras tak basuh. Sardin tak berbawang dan bergaram. Tapi lapo punya pasal. Abih.....


- Masa attack pertama, xder sorg pun kena bom sbb kitaorg suma dah leh baca bila kena serang. Itu fasilitator, lebih takut baju diaorg basah jadi awal2 dah ke tepi. Macam mana laa kitaorg xleh agak. Time ni, banyak score laa sbb group lain awal2 dah ada yg kena bom.


Kan dah cakap, fasilitator dua org ni awal2 dah dok kat blkg... mana laa kitaorg xleh agak bila nak kena serng


Ada lagi insiden2 lain tp agak 18SG. Jadi kita simpan sesama sendiri jer laa ek.


Akhirnya, selepas bergabung 3 group, dapat jugak laa kitaorg suma merampas balik itu briefcase Project Zulu laa. Balik dengan muka sardin dan toya jam 12mlm. Zzzzzzzzzz............ Penat berlari dan bergelak sebenarnya.

Lihat markah ye kawan-kawan... Selepas serangan gerila, Group Biru masih banyak duitnya... Hi3.... Jangan marah......


1 comment:

~dila~ said...

k.mona,
ade yg buang angin ker??
kih3...spe pnye koje r 2 ek...