Tuesday, June 16, 2009

Bila Mama Baca Novel Melayu...

Mama Alya bukannya org yg pandai sangat ckp omputeh ni. Bukan juga pandai sgt menulis omputeh ni. Tapi ntah nape mama suka baca buku citer omputeh. Mama hentam suma kategori asal sedap. Stephen King, Dan Brown, Judith McNaught, J.K.Rowling, Danielle Steel, Debbie McComber (to name a few laa kan) antara penulis yg mama pernah baca laa.

Mama bukannya tak suka baca citer Melayu. Mama suka. Mama suka Faisal Tehrani, mama suka Abd Rahim Kajai, Abd Rahim Awang, mama suka Lamia Aimal (citer2 dia yg mula2 dulu), pastu ada laa 2-3 org penulis kecuali... Ahadiat Akashah. Aku tak tau laa apsal sejak sekolah aku tak brape berkenan penulisan dia (masa time skolah dulu2, dia ni agak2 top sampai dtg ke SAB KL) tp aku tak gi pun. Mama tak suka dia mungkin sbb dia guna BI rojak dlm tu. Bahasa Melayu dia bahasa broken... eiii tak berkenan. Lagi satu, disbbkan mama slalu baca novel Inggeris, mama asa ada unsur2 plagiat menggiat sedikit. Sori to say laa....

Sudah agak lama mama tak membaca novel Melayu. Salah satu sbbnya dlm penulisan novel dan xnak tertiru stail org lain. Ya geng ASBKL, SAB suma, mama tgh buat novel. Dah lama ek, dah dekat 12 tahun. Kenapa mama stop? Ada laa sbbnya. Betul kata Faisal Tehrani, kita ni bertanggungjawab atas penulisan kita.

Minggu lepas, mama ikut abah balik Penor. Dia ada liga kampung kat sana. Kerana bosan, mama membelek laa novel2 Melayu yg ada. Sumanya penulis yg mama x kenal sbb dah lama x baca buku. Sipnosis dia sound interesting jadi mama belek r...

Bila buka... alamak.... citer dia dah benar2 jadi telenovela. Starting ok, citer hero balik cari heroin yg dia perkosa 5 tahun lepas. Nak bertanggungjawab balik laa... Pastu ada adegan accident, mudah benar heroin amnesia, pastu member hero minat plak kat heroin yg amnesia jadi manupulate heroin kawin dgn dia, ada adegan hero kena tembak ngan heroin yg baru ingat hero tu laa perogol dia (ingat balik bila dgr jer hero nyanyi... cam Bollywood). Pastu heroin rasa bersalah lari balik kg, kena plak culik ngan bekas suami yg geram sbb masa kawin tak dapat sentuh heroin(apo kobondo jauh lari?), pastu heroin tembak bekas suami, pastu heroin jatuh sakit minta 2nd heroin ganti, pastu heroin suruh hero nyanyi terus mati masa dgr hero nyanyi.

Korg pening? Bayangkan laa perasaan mama... Aku main langkau2 jer leh agak keseluruhan citer. Itu baru satu novel. Ada lagi.... 2nd novel...

2nd novel ni pasal heroin kematian tunang. Hero minat giler kat dia. Merayu2 tapi x jalan. Utk mendapatkan heroin, hero isi ubat tidur bagi itu heroin pengsan. Letak atas katil, tanggalkan pakaian tapi x wat apa2(ada ke hero begini di zaman penuh godaan cam skrg?), kata kat heroin dia nak tanggungjawab nak kawin. Punya laa nak heroin katakan. Huh, novel ni mama x baca abih tapi tau laa hero heroin kawin. Mesti ada adegan pikat bini, pastu bini pujuk laki... biasa laa kan. Last2 mesti bersama sbb aku tengok kat last, ada tulis nama anak2 diaorg.

Dari 2 novel ni, mama buat kesimpulan mama suka citer2 yg berpijak di bumi nyata. Please laa... ada ke org kena rogol, pastu perogol yg katanya hensem cari dan kawin balik, member hero nak ke heroin walaupun dah tau heroin tu bini hero dan dah ada anak plak tu, kena culik, hilang ingatan pastu mati mudah gitu. Tolong laa... ada ke org isi ubat tidur nak wat konon2 dia rogol heroin laa tp x wat apa2. Tinggi imannya... aduiiiii!!!!

Hu3. Mama pun x jadi menghabiskan masa dgn membaca. Last2 aku wat kuih talam jer. Laki balik lepas main bola pun senyum lebar. Hi3.

Friday, June 12, 2009

Alya Colouring Contest

Tersebutlah kisah Alya menyertai pertandingan mewarna di Kuantan Parade 3hb Jun 2009 yg lalu (sampai amik leave mama utk support anak dara terchenta). Tak harapkan pun Alya menang cuma nak bagi dia seronok2 jer ngan kengkawan. Klu menang, seronok klu kalah xper... kita cuba lagi....

Bersama2 mama, Shishia Alya dan kawannya turut ikut serta utk memeriahkan majlis.
Alya mewakili Tadika dia laa, Tadika Barakah.

Masa organiser bagi lukisan tu, mama dah terbeliak ckit dah. Manyak busat wooo.... Dah leh agak, Alya akan bosan nanti.


Masa nak start kaler....

Deretan anak2 kecil Tadika Barakah...

Memula start colour tu, uihhh lawo juga laa Alya mengkaler. Kemas jer. Siap tanya, ok tak mama? Cantik tak, mama? Masa tu mmg ok, mmg kemas. Dari tunduk, dia meniarap, dari meniarap dia berlutut utk mengkaler ni.... Sekejap2 berenti, tengok org. Pastu sambung balik.





Dah dekat setengah jam.... Alya dah pandang mama. "Mama, penatlah Alya. Bosannya."
Ha3x. Dah agak dah. Tapi Alya terus juga laa mengkaler. Namun kebosanan tlh melanda dirinya.


Last2, dikalernya tanah warna merah jambu atas alasan, "Buat apa ikut org. Cantik apa warna pink, cam karpet."
Bantai ko laa, nak oiii. Dapat laa hadiah juga.. saguhati jer r.... ye laa dah bayar 5 hinggit utk join xkan xdpt per2 kan kan kan....

Lepas colouring contest, mama bawa laa Alya ke kedai. Beli teddy bear satu. Masih dilanda sindrom pinkish, dipilihnya teddy bear pink biarpun puas memujuk suruh amik yg white. Katanya nak sama kaler ngan Mimi, doll yg dibeli Mak Langnya. Hentam sajalaa.....


Thursday, June 11, 2009

Gila Bintang...


Tersebutlah kisah, Mama Alya menghadiri kursus in-door (kali ni dgn rela hati yer, tiada paksaan). Tajuk kursus "Service Excellence Programme". Antara lainnya, kursus ini adalah utk mempertajamkan skil bertatasusila di hadapan customer.


In my very,very humble opinion, mama rasa course ini perlu diperluaskan bukan sahaja di kalangan administration dan support staff sahaja. Lecturer2 juga perlu disuruh mengikuti kursus ini kerana ada juga pendidik2 yg agak2 kurang skil dlm bercakap dgn penuh tatasusila. Bukan sekali dua mama dgr lecturer main campak2 jer barang atau document ke staff biasa kerana mungkin mereka ini luar biasa orgnya.

Kembali kepada course yg Mama Alya attend from 9th - 10th June 2009. Spt yg mama kata, SEP ni antara lainnya utk mewujudkan budaya sopan santun dan budi pekerti seragam utk suma warga IIUM. Presenter2 kami sumanya fun but full of knowledge and intraktif. Ini laa course yg 80% drpdnya mama leh ikuti, 20% nyer ngantuk ler juga....

Ini presenter kami dari Public Relation Office IIUM (Memasing dgn jayanya mempraktikkan senyum TIGA) : Dari depan pakai spek Sr Mazlina, tgh2 Sr Mazlelawati dan yg ujung sekali Sr Zuraifah, takde dlm gambo Br. Ahmad.

Group Hawa : Mama, yg tudung biru sebelah tu Kak Rahmah, tudung purple tu Kak Mimi, tudung hijau Zila, sebelah Zila purple juga Sharina, sebelah Sharina tapi xder dlm pic ialah kembar dia Shariza pastu yg tudung biru sendeng ckit Cik Rosyidah.

Kenapa Gila Bintang? Apa maksudnya Gila Bintang? Course yg ni agak kelaka, kerana setiap kali kita jawab soalan dan betul, dapat satu bintang. bagi opinion, join discussin dapat bintang. Klu group kita group pertama yg masuk dulu ke hall, dapat bintang.Group Mama, namanya Group Hawa conquer bintang for group pertama yg lengkap ahlinya setiap kali sesi. Dan oleh kerana mama pernah attend sessi SEP masa course induction, jadi mama leh r jawab juga soalan2 yg diberikan.
Perlu diingatkan, yg sessi SEP masa induction tu mama attend 2 jam sahaja tau. Masa tu tak gila bintang. Tapi kan, bila tengok bintang2 kecik berderet di nametag, semangat jer nak kumpul bintang.

Deretan bintang multiple colour... sah2 gila bintang tp time ni jer yer.....

Sape dapat bintang paling banyak... dapat jongkong emas ak. coklat. Mama, Mama Zuhair dan Abby dapat laa jongkong emas ni. Tak makan pun, beri pada Bro Lan. Masih trauma dgn coklat Daim.

Jongkong emas, handout dan SEP Calendar yg diterima juga nametag berbintang2...hi3x

Second day, 10th June tu sessi kami berakhir around 1235pm. 230pm kena attend launching SEP sbb time ni laa dpt sijil. Masa attend, dapatlah kotak reta karun (gelaran yg Alya berikan) berisi dodol di dlmnya. Pastu ada plak popquiz. Mng dapatlah bekas kuih (cun juga) dgn kuih raya di dalamnya. Yang tak bestnya, Si Danial ke Wan ntah, masa panggil nama mama utk amik hadiah popquiz, dia panggil Monaliza. Aduiiii.....

Takper r, janji Mona kat depan. Hi3.

Kelihatan Haji Wan Hilmi sdg berciter kisah benar sampai ProfKZ kesyahduan sehingga mengesat air mata manakala Prof Dr Nik Mazlan (baju merah hati) sempat memberikan tips kesihatan kepada tetamu di sebelah....

Barisan participants yg dah tak sabo nak amik sijil dan juga bersedia menjawab soalan pop quiz nnt....

Mama sdg menerima sijil drp Haji Wan Hilmi. Kelihatan Haji Wan Hilmi mmg bersedia utk post penganugerahan sijil, Prof KZ kagum dgn skil SEP yg ditunjukkan sewaktu penyerahan sijil (ada cara tau nak bagi sijil bukan main bagi jer) manakala pemegang tray sijil agak geram sbb kami mengambil masa yg agak lama utk berpose...

Sekali lagi mama naik ke pentas utk menerima hadiah kuih raya kerana berjaya menjawab pop quiz SEP, penjaga tray malas nak interframe terpaksa menyengetkan muka manakala VIP kami sempat bertanya adakah dia mengikut prosedur SEP sewaktu menyerahkan biskut raya sampai mama tergelak...

Pn. Syima menjadi kebanggaan kami kerana berjaya menjawab soalan pop-quiz meskipun tidak menghadiri SEP Course. Kebanggaan warga library itu nampaknya dikongsi bersama2 penjaga tray 1 & 2 serta VIP kami....

Lepas dah amik sijil, apalagi, minum time laa...

P/s : Bro, aku tak jadi post klip video malu2 miaww ko kat cni sbb ntah.. aku jadi baik plak tetiba.. Hi3x. Biarlah klip video malu2 miaww ko tu menjadi kenangan dan kutukan kami sahaja. Ha3x.

Tuesday, June 2, 2009

Induction Course 2009 - Jeram Besu Part 4(b)

Ok laaa klu kat Part 4(a) kita citer menuju ke water rafting atau juga nama glam nyer ialah RUNDOWN. Kali ini akan dipaparkan aksi2 lasak, adventure, terjerit2 kami suma... Juga saksikan sendiri bagaimana Pak Andak mendajalkan penumpang bot getahnya supaya terbalik...

Di Part 4a (utk rewind balik, klik di sini), kita dah lihat aksi poco2, aksi latihan bot terbalik dan aksi2 melalui jeram gred 2. Kali ni Jeram Gred 3, Jeram Besu. Layanzzzzzz......


Kami ketika dlm perjalanan nak ke Jeram Besu tu laa... kelihatan Mama Alya sudah merenung jauh nak balik... huwaaaa.... manakala yg lain sdg practise style peace camner akan dibuat ketika gambar disnap nnt....

Antara aksi muka ganas-nakal yg diekspresikan sbg latihan

Peace Ya'll... Eh eh Wawawa duduk sebelah PoEd rupanya... amboi PoEd!!

Antara Bro(s) Banseke yg terlibat, ada Bro 18SG, Bro John, Bro Lokman, yg berdiri senget tu x tau nama, yg misai cam Dato K tu kita panggil dia Dato' K jer laa....


Posing sekali lagi sebelum menuruni tebing utk melalui jeram...

Menuruni tangga menuju ke tebing sungai....

Group Mama yg first... here we come!!!

Memasing sudah mula mengeluarkan pitching jeritan memasing... Abg SG dan Abg John relax mengemudi bot getah

Weeeeeeee..........

Best wooo time ni....

Yess berjaya tanpa terbalik... cayalah Bro 18SG dan Bro John...rasanya nama Bro SG tu Zaki klu tak silap....

Second team... tak tahu group no brape, kita panggil dia Team Maniszz...

Chaiyok Chaiyok...


Watie.... manis kan manis...kui3x... xper I ttp setia U....

WeeHeeee.....

Team Manisz juga berjaya... syabas

Sekarang kita saksikan kronologi Team Pak Andak hasil usaha Pak Andak and the Geng utk kasi bot itu terbalik laaa.....

Kelihatan Pak Andak berusaha membawa bot ke tepi supaya terlanggar batu

Kasi langgar plak sebelah satu lagi...

Lihatlah muka nakal Pak Andak and the Geng utk kasi terbalik itu bot....

Hanyutlah mereka suma di dalam arus deras... dramatik masa ni...

Mangsa2 bot karam... harap2 mereka ingat balik latihan tadi....

Cubaan utk menterbalikkan bot sekali lg oleh Maniszz... bila ntah dia naik bot yg ini kitaorg pun x perasan...

Gagal... cuba lagi terbalikkan bot utk group ujung tahun yer Maniszz

Mari kita tengok geng Dila Teratai... uihh x aci dia satu geng ngan Azmir dan Kpt Boleh... Dato K pun ada....

Bersama-sama dia adalah Arif (mama suka budak ni) dan Lokman (tak suka tak suka... Watie marah laa tur). Kayuh dik, kayuh....

Gambo ni mama agak confuse dgn aksi yg diberikan Kpt. Boleh... seolah2 dia sedang praktis senyum SATU... Dila Teratai pula memberikan senyuman DUA manakala Lokman maintain ctrl cute (wekss... Watie, tang mana cute nye ni... tak kuasa mak)

Dila... antara sbb mama terconfuse tak upload gambo korg sbb Kpt Boleh asyik bagi peace.. setiap gambo peace... penat mak.....


Tengok... Kpt Boleh masih dgn peacenya... adui Kpt, bg aksi lain laa... Warghhhhh....

Peace Ya'll... yalaa peace peace laa.. selamat dah... tak terbalik....

Bro Zukri tgh nak tunjuk skil terjun ke arus deras.... Skil khas utk Watie....

Memulakan terjunan... Abg terjun ye Watie...

You jump... I tengok jer....

Itulah beberapa paparan Rundown kitaorg... apa nak tengok gamba lagi? Ha3x... buat blog sendiri laa yer... keh3x.... Bagi yang dah request CD, don't worry dalam proses burn CD laa ni...

Skrg kita kembali nengok markah2 kumpulan.... Jangan maraaa....


Toksah citer banyak... dah leh agak kan sape pemenangnya.. ekekekek... tp sampai sudah x dpt pun duit diram tur....

Cam biasa, lepas aktiviti ada analisis.... Tapi masa ni hati memasing dah terbang jauh... Apapun memori kat cni akan jadi bahan citer utk anak cucu nanti...

Maksudnya, lepas ni klu anak cucu kata nak join RunDown ker, Banseke Camp ker, Mama Alya akan benarkan. Sbb Mama Alya dah buat, lulus pun...

Photo terakhir beramai2... lepas ni kami akan bertemu semula di RMC bagi Part 5-8... mesti ngantuk sbb asyik Talk Talk Talk... Waaaa...........

Sekalung penghargaan buat Banseke.. organiser kitaorg... Go Beyond... Beyonce sungguh...