Tersebutlah kisah, Mama Alya menghadiri kursus in-door (kali ni dgn rela hati yer, tiada paksaan). Tajuk kursus "Service Excellence Programme". Antara lainnya, kursus ini adalah utk mempertajamkan skil bertatasusila di hadapan customer.
In my very,very humble opinion, mama rasa course ini perlu diperluaskan bukan sahaja di kalangan administration dan support staff sahaja. Lecturer2 juga perlu disuruh mengikuti kursus ini kerana ada juga pendidik2 yg agak2 kurang skil dlm bercakap dgn penuh tatasusila. Bukan sekali dua mama dgr lecturer main campak2 jer barang atau document ke staff biasa kerana mungkin mereka ini luar biasa orgnya.
Kembali kepada course yg Mama Alya attend from 9th - 10th June 2009. Spt yg mama kata, SEP ni antara lainnya utk mewujudkan budaya sopan santun dan budi pekerti seragam utk suma warga IIUM. Presenter2 kami sumanya fun but full of knowledge and intraktif. Ini laa course yg 80% drpdnya mama leh ikuti, 20% nyer ngantuk ler juga....


Kenapa Gila Bintang? Apa maksudnya Gila Bintang? Course yg ni agak kelaka, kerana setiap kali kita jawab soalan dan betul, dapat satu bintang. bagi opinion, join discussin dapat bintang. Klu group kita group pertama yg masuk dulu ke hall, dapat bintang.Group Mama, namanya Group Hawa conquer bintang for group pertama yg lengkap ahlinya setiap kali sesi. Dan oleh kerana mama pernah attend sessi SEP masa course induction, jadi mama leh r jawab juga soalan2 yg diberikan. Perlu diingatkan, yg sessi SEP masa induction tu mama attend 2 jam sahaja tau. Masa tu tak gila bintang. Tapi kan, bila tengok bintang2 kecik berderet di nametag, semangat jer nak kumpul bintang.
Sape dapat bintang paling banyak... dapat jongkong emas ak. coklat. Mama, Mama Zuhair dan Abby dapat laa jongkong emas ni. Tak makan pun, beri pada Bro Lan. Masih trauma dgn coklat Daim.
Second day, 10th June tu sessi kami berakhir around 1235pm. 230pm kena attend launching SEP sbb time ni laa dpt sijil. Masa attend, dapatlah kotak reta karun (gelaran yg Alya berikan) berisi dodol di dlmnya. Pastu ada plak popquiz. Mng dapatlah bekas kuih (cun juga) dgn kuih raya di dalamnya. Yang tak bestnya, Si Danial ke Wan ntah, masa panggil nama mama utk amik hadiah popquiz, dia panggil Monaliza. Aduiiii.....
Takper r, janji Mona kat depan. Hi3.





P/s : Bro, aku tak jadi post klip video malu2 miaww ko kat cni sbb ntah.. aku jadi baik plak tetiba.. Hi3x. Biarlah klip video malu2 miaww ko tu menjadi kenangan dan kutukan kami sahaja. Ha3x.
No comments:
Post a Comment