Thursday, November 25, 2010

Mengapa begini??

Mengapa tika berchenta mesti pakai cute mute.. mekap setebal tujuh petala langit.. kasi cover suma jerawat, jeragat dan liang2 di pipi tetapi bila telah berkawin.. dibiarkan suami kesayangan menatap wajah kusam dgn rambut mengerbang dan sedikit taik mata di kelopak mata.. tell me why?

Mengapa tika berchenta mampu menulis warkah puitis berhela2 panjangnya... dgn sekuntum mawar diselitkan sekali dan klu terdesak sgt menitipkan sedikit bedak di dlm surat namun setelah sah sebagai suami isteri.. mahu menulis kad harijadi pun terpaksa berfikir 1000 kali utk mendapatkan idea....

Mengapa tika berchenta sanggup bersekang mata, merababkkan poket demi bergayut 2-3 jam tetapi setelah sang dia halal di sisi, mahu menitipkan kata2 selamat malam sayang pun sukar...

Mengapa tika berchenta mahu kelihatan cantik dan segak tetapi setelah bersama melayari bahtera perkahwinan kau biarkan dirimu yg memakai baju kelawar 24 jam dan si dia membiarkan perut boroi terjojol di sebalik kain pelekat lalalalala.... oh tidak!

Hakikatnya.. bersikap jujurlah dari alam perkenalan kerana kita tidak bisa menjadi org lain sepanjang usia...

No comments: