Monday, November 10, 2008

Hari Pertama LIBRARY AWARENESS PROGRAMME 2008

Senin (10.11.2008)

Bermula arini, IIUM Kuantan Library mengadakan Awareness Programme 2008. Di mana antara objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna beberapa attitude yg boleh, akan mungkin membawa masalah kepada library user yang lain.

Nampaknya kami suma bersikap begitu bertolak ansur kepada para user hinggakan ada yang berani mempersoalkan sebab musabab kami menguatkuasakan beberapa peraturan dan kod etika yang selama ini kami agak baik hati untuk buat relax sahaja.

Macam mana laa tak bersikap tegas. Punyalah pandang enteng kod etika library sampai berani bawa goreng pisang dalam library.Dey tambi.... masa kat sekolah rendah pun jangankan pisang goreng, kulit pisang pun xleh bawa. Padahal dah tahu dah, tapi saja buat2 tak tahu.

Itu satu. Label sudah letak, separate kan meja sister and brother. Bukan staff saja2 letak tur, dah mmg ada dalam university code. Ini ada plak yg berani berdiskusi berlainan jantina di meja yang sama. Ayoyo! Mata tada nampak kaa kici, tambi, itu sudah besar2 kasi tampal, kasi gantung itu label. Sudah x pandai baca kaa. Bila ditegur jawabnya, kami dah kawin. Dey meenachi, itu kod etika tada tulis sudah kawin boleh duduk sebelah-sebelah. Dah kawin ker, beranak ker, bercucu ker, ikut ler code. Sape berasa sister, duduk kat meja sister, sape berasa brother, pandai2 cari meja berlabel brother. Ayoyo....

Etika berpakaian. Ada ke patut datang library pakai kain pelikat. Mak aihhh.... bro cuba fikir klu kain tu terlucut ker... Idok ke haru biru dibuatnya. Selipar jepun... weh bro & sister, pike ler beb. Mau wat malu kampus sendiri ker. Round neck.... WTH! Ini universiti ada pakai nama "International". Kasi kemas, kasi up r itu nama beb. Berpatut2an.

Beg besau. Aku pelik gak. Buku hok tebal dah dua tiga kat tangan, fail ag pastu elok jer sandang beg besau. Beg yg kalu dimeasurekan, lepas ler Alya masuk dalam tur. Dah cakap, dah tegur malah dah tepek kat dinding peringatan xleh bawa beg besau. Eh, minta lepas gak. Ada laptop r, maktop r.... bila check xder pun. Ntah menda nak dibawa masuk / kuar ntah. Skrg ni xder beg2 nyer. Beg laptop ker, beg kosmetik ker, beg jajan ker.... no entry beb. Skrg ni leh measure kat beberapa jenis beg yg tersusun indah kat kaunter Awareness Programme. Confirm sendiri ek size beg tu boleh bawa masuk ke tak.

Pelik gak library user ni. Ada bakal doktor, bakal ahli farmasi, bakal dentist, bakal nurse, bakal ahli kimia, ahli fizik tapi..... Esok keghoje kena pakai kemas (tau pulak) dah tu time sekarang apsal xmboh ikut etika. Ayoyo!! Ayaaa!!! Alameks! Masya Allah!!!

Dah laa tur ada plak ler wat soalan agak2 lemah IQ nyer. "Why are you doing this right now? Now is already end of the year" (aku copy terus dari mulut si penyoal tur). Masya Allah bro. Tak kisah ler ujung tahun ker awal tahun ker, tengah tahun ker. Suka ati kitaorg laa. Ni jenis nak tunjuk IQ dia lemah laa nih.

Begitu laa antara pengalaman hari pertama program ni. Cam2 r ragam bebudak berIQ yg masuk dalam library ni. Gtu r....

No comments: