Sunday, November 23, 2008

To Catch A Cat...

Seekor kucing telah berjaya mengkucar-kacirkan library IMC ari nih. Asalnya, kucing ni termasuk ke dalam library semalam, Ahad petang masa kengkawan yg duty Ahad nak tutup library. Cari punya cari x jumpa. Alih2 ari nih masuk kerja, tengok2 tanah dalam pasu kena korek. Ingat ke tikus mondok ker aper rerupanya Abg Cing.

Bimbang Abg Cing melepaskan hajat di sofa2 empuk Light Reading atau me'mark' kan kawasannya di sudut2 khas, maka terpaksa ler kami mengadakan sessi khas 'catch the cat'. Mula2 jumpa kat area sofa light reading, garang wooo!!! Siap kuo claws lagi. Sampai Bro Sharir kena cako laa.. Kesian.

Cari punya cari, elok dia parking baik nyer kat satu angle yang tinggi mmg tak tercapai akalmu.

Abg Cing buat muka garang masa ni....

Bro Nizam telah berusaha memujuk, merayu, mengugut Abg Cing supaya turun dari angle yg tinggi tur. Tp mmg confirm x makan saman nyer kucing. Mama Alya cuba paksa dia turun pakai penyapu tp sikit pun x makan saman. Bro Sharir, masih terkesan dengan cakaran Abg Cing mulanya berniat nak baling ngan kasut tapi dihalang oleh pencinta haiwan yang lain. Bimbang Abg Cing terkejut, terjun ke tingkat satu. Satu hal plak, klu terpeleot kucing tur.

Sempat lagi posing...

Kisah ni ada dua wira utama. Mula2 Bro Fadhil (SLA kami). Menyedari ketinggian Mama Alya lebih rendah daripada ketinggian dia juga, maka dia menyambung misi cuba menggerakkan Abg Cing menggunakan penyapu. Yes, berjaya, Abg Cing meninggalkan angle tadi dan kembali ke level 2. Di sinilah adegan kejar-mengejar bermula hingga Abg Cing turun semula ke level 1. Punyalah besau pintu entrance dibukak, dalam opis level 1 jugak dia pergi.

Bro Fadhil menggunakan ketinggiannya sebaik mungkin..

Cari sana cari sini masih tidak bertemu. Bro Fadhil cuba mencari kembali di compactor room. Baik punya dia landing belakang kubikel yg tidak digunakan. Di sini laa wira kedua muncul. Bro Sharir (hati masih berbuku kerana dicakar) tidak melepaskan peluang. Bagai ingin terbang, ditangkapnya Abg Cing. Dicekaunya belakang tengkuk dan belakang badan kucing. Lalu dibuangnya melalui pintu belakang. Syabas Bro Sharir. Tidak sia2 lenganmu dicakar.

Kredit kepada Bro Sam, Puan Syima, Puan SI, Jie, Lieza, Bro Nizam yg turut sama dalam misi baru ini.

No comments: