Tuesday, January 6, 2009

First day at tadika

Alya masuk tadika hari ni secara rasminya sbb hari ni baru dapat baju seragam. Tomei plak tengok dia pakai serba hijau sampai ke tudung. (Gambo tidak dapat diupload hari ni).

Hantar dia kul 755. Masa datang tu dah ramai dah bebudak baya dia kat ctu. Datang2 jer terus cikgu bagi dia baju seragam yg dah dialter ikut saiz sebeno dia. Ala2, cam dah besar sangat anak dara mama. Terharu plak.

Alih2 ada dua budak belakang dia nangis. Mula2 yg boy tu pastu melarat ke awek sebelah. Alya wat muka heran laa tengok budak dua org tur. Sbb ari Senin aritu, masa datang mendaftar, boy yang sama menangis dan dah kena tegur ngan Alya. Hari ni, dia memerhatikan sahaja dgn rasa keheranan dan kepelikan. Ya laa, apsal ari ni 2 org nangis.

Rupa2nya dua org tu jiran sebelah. Mmg sejak kecik ag bermain bersama, berlari bersama. Romeo Juliet kecik rupanya. Sementara mama menyettlekan baki yuran, Alya duduk balik laa kat tempat dia. Sekejap jer, dah dapat kawan anak mama. Alhamdulillah. Risau gak sbb Alya ni jarang bercampur ngan geng sebaya. Selalu kengkawan dia geng2 budak darjah 1, darjah 2.

Tghr mmg dah arrange dia naik van sekolah. Mama Alya cuma jadi pemantau dari jauh jer r. Tapi dia nampak gak. Ingatkan dia nak naik ngan mama, rupanya dia nak naik van. Mama Alya follow jer r van tur. Rupanya van tu x terus anto balik umah atuk dia. Van tu g sekolah rendah kat depan amik bebudak pra kat sek rendah tur. Tapi Alya cam cool jer so x risau laa.

Sampai jer kat umah atuk dia. Muka dia masam mencuka. Ingatkan kena kacau dalam van ke apa. Rupanya.... dia nak sekolah lama2 x nak balik lagi. Alahai sayang mama, sekolah tadika sampai 1130 jer.. Dia suruh nyer mama call cikgu dia bagi tau dia nak sekolah lagi. Puas dipujuk, kata esok boleh sekolah lagi dia ttp ngan pendirian diaa. Nak sekolah lama lagi arini.

Terpaksa laa jadi pelakon, konon2 call cikgu dia. Bagitau dia, cikgu kata sekolah lama2 cuma utk budak umur 6 tahun. Alya baru nak masuk 5 jadi x bleh lagi. Nasib baik dia boleh accept tp kerana masih bengang, dipaksanya gak mama balik ke rumah amik buku dia yg lain. Mama dah laa rush nak g opis. Nasib baik atuk dia setuju nak g umah amikkan buku dan kaler yg dia nak tur.

Hai anak mama, harap2nya kerajinan ke sekolah ni akan berkekalan laa. Aminnnn...

1 comment:

maryati said...

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn