Sunday, January 11, 2009

McD bersama monyet

Imej tidak berapa jelas... lupa nak zoom

Hukaloh.... mmg x sangka betul pengalaman makan fastfood kat TC bertukar menjadi adventure yg ngeri dan sakit hati. Patutlaa tempat tu dah x ramai org... Mama Alya dan Alya plak dah lama giler x ke sana. Mana laaa tau kan.

Khamis lepas disebabkan Alya teringin nak burger ayam, mama pun bawak laa dia keluar. Kita ni ingat KFC perlu di'ban' disbbkan Israel. Tak teringat plak McD pun suku sakat tu jugak. Kita cuma ingat McD tu senang, drive thru x yah pening2 pike pasal parking.

Cadangnya nak g drive thru jer, Alya nak makan kat ctu gak. Mama mengalah laaa. Kita org ambik spot kat luar. Baru jer kunyah fries, ternampak suku-sakat cik nyet kat tepi pantai. Berdebar gak kitaorg. Alih2 pandang sebelah, dah ada kat koridor McD dah. Gempar laa org2 kat ctu. Kitaorg apa lagi rush terus masuk dalam restoran laa.

Sian plak staff McD kena pegang penyapu sorg satu nak menghalau geng x tau malu tur. Ada yg siap baling batu. Kitaorg jadi tukang tonton jer r dari dalam. Mmg ngeri tul laaa. Pas ni jgn harap laa kitaorg nak g sana lagi. Ampun....

No comments: