Pepagi tu kitaorg suma ada Qiamullail bersama organizer. Task pertama kitaorg aritu... apalagi, bekpes ler. Bukan nak puji laa, makanannya sedap2. Mmg laa sedap, sbb bayar lumayan. Hi3.
Lepas makan-makan, kena wat tarian poco-poco laa plak. Kanan, kiri, belakang, depan, pusing, ewah!!! Kasi segar itu biji mata laa... dah kena bangun kul 330 tadi kan. Lepas poco2, kena plak wat analisis kerja-kerja menggerakkan gergasi semalam.
Masa ni, group dah semakin rapat. Haa rapat dari segi professional ok. Kebanyakkannya dah jadi mak bapak org. Analisis punya analisis, kena present laa kat depan participants lain. Hari ni jugalah, one of the participant nama Yana (dari Kuantan) menarik diri atas alasan pregnant. Antara sebabnya, aktiviti yg diorganisekan oleh Banseke mmg lasak so tak sesuai utk participant yg ada masalah kesihatan.
In my opinion, kalau laa ada participant yg pregnant, rasanya perlu adakan course lain utk mereka. Yalaa... not fair for them terpaksa tungu setahun lagi utk mendapatkan tiket confirm hanya kerana mereka pregnant. Klu pregnant every year, camno tuh.
Sambung balik pasal yg tadi. Pot pet analisis sana sini, cari kelemahan dan kekuatan, bersurai laa kami utk makan2. Makan lagi. Makan lagi. Makan lagi.
Petang tu, jeng2... ada task lagi. Yg ni tajuk dia, Save the Gamat Liquid. Citer banyak pun buat bosan jer. Yg penting, group biru berjaya menjadi juara. Hi3. Dah laa tu, group kitaorg jer yg berjaya menyelesaikan task diberikan. Masa ni, group kitaorg dah kehilangan satu member sbb Abg Jo dgn sukarelanya masuk group Hitam (gantikan Yana yang menarik diri).
Perasaan bila tau group kitaorg jer yg berjaya selesaikan task tu. Hi3. Kembang laa beb. Sape x kembang. Kredit kepada Bro Sham dan Azmir antara org kuat yg menyumbang idea mantap. Tahir, Azley dan Kamil, bro(s) yg mantap memikat juga kerana berjaya menyalurkan idea2. Sr2 suma pun orait apa. Kitaorg ikut jer org suruh wat apa.
Aksi Juara sewaktu menyelamatkan Gamat Liquid... Berat gilerrrr wohhh itu tong... terpeleot bulu roma suma..
Mmg laa bila task2 fizikal Bro2 yg lebih memainkan peranan. Tapi bila tiba bab analisis, sr2 akan tunjuk taring. Tu yg mantap tu. (Apsal aku asyik pakai perkataan mantap. Ban word 'mantap').
Tepat kul 6, kitaorg suma berangkat menaiki bas menuju ke hutan utk misi "Project Zulu". Ini bukan Project Runaway ok. Xder kena mengena dengan itu fashion show. Sedikit pasal Project Zulu. Kekononnya, geng gerila (bukan gorilla, bukan juga Gerila Tamil Nandu) telah berjaya merompak/merampas beg keramat berisi rahsia IIUM. Nama projek rahsia IIUM tu, Project Zulu. ZULU? Apa kemendanya ZULU. Sorry beb, sampai sudah aku tak tahu asal-usul nama ZULU tu. Mungkin Presiden Zulu yang berikan.
Jadi ketiga2 group kena mencari balik laa briefcase ZULU ni. Kami dibekalkan dengan peluru(air soya basi tp kebetulan masa time kitaorg, tak masam pun), beras, bekas beras, air mineral, sardin, punca api. Kecuali air mineral, yg lain kena pakai duit DIRAM kitaorg tu utk beli.
Malam tu, kena serang laa. Gerila kena bom pun tak mati2... aparaaa... kitaorg yg dah kena bom kena duduk diam. Sape bersuara, akan dibom beribu2 lemon wohhh....
Sedikit rentetan yg agak2 melucukan group kitaorg malam tu:
- Angin dilepaskan sana sini.Amboi3x. Mentang2 laa dlm gelap, org tak tahu sape yg buang. Suka hati je yer. Tak per r... kasi chance.
- Agak2nya geng Gerila ni x suka awek2 dan mak2 awek group kitaorg sbb diaorg g kepung Sr Mastuhah MSD. Sian Sr tu... masih segar ayat geng tu... Main Main Main. ha3x.
- Makan nasi beras tak basuh. Sardin tak berbawang dan bergaram. Tapi lapo punya pasal. Abih.....
- Masa attack pertama, xder sorg pun kena bom sbb kitaorg suma dah leh baca bila kena serang. Itu fasilitator, lebih takut baju diaorg basah jadi awal2 dah ke tepi. Macam mana laa kitaorg xleh agak. Time ni, banyak score laa sbb group lain awal2 dah ada yg kena bom.
Ada lagi insiden2 lain tp agak 18SG. Jadi kita simpan sesama sendiri jer laa ek.
Akhirnya, selepas bergabung 3 group, dapat jugak laa kitaorg suma merampas balik itu briefcase Project Zulu laa. Balik dengan muka sardin dan toya jam 12mlm. Zzzzzzzzzz............ Penat berlari dan bergelak sebenarnya.