Friday, July 23, 2010

Satu hari di Gelanggang Futsal Dusun Api-api

Minah bersahabat baik dengan Limah dan Jijah. Mereka bertiga bekerja sebagai cleaner di Pusat Futsal Dusun Api2. Satu ketika dahulu, hanya Limah satu2nya cewek cleaner di situ jadi bolehlah diibaratkan dia seperti sekuntum bunga di celah kumbang.

Oleh kerana Limah sangat pandai berbahasa Telegu maka bos futsal court itu menaiktarf jawatan Limah sebagai penjaga pintu. Kemahiran Limah berbahasa Telegu sangatlah berguna untuk menarik customer2 Telegu. Maka berpisahlah tiga sekawan ini. Walaupun berlainan jawatan, ttp hubungan mereka bertiga ini bagai aur dgn tebing.

Satu hari, Minah ternampak seekor unta yang sangat cun, meletup di tepi dusun. Rupa2nya unta tersebut milik Pak Toba. Minah sgt berkenan dgn unta tersebut ttp dia kekurangan emas putih. Limah & Jijah yg berjiwa penyayang sanggup mengeluarkan emas kuning masing2 utk mencukupkan emas putih Minah. Tapi Minah malu utk menerimanya sbb takut dikata org.

"Ah klu kamu tidak bercerita, masakan ada yg tahu," pujuk Limah beria2.

"Betul tu, Minah. Aku dan Limah saja yg tahu," balas si Jijah.

Setelah berfikir sekali-sekala, Minah pun menerima cadangan Limah dan Jijah. Berbekalkan emas kuning Limah & Jijah disertai dgn emas putihnya, dapatlah dia memiliki unta kecintaan. Hari berlalu. Satu hari, dtg dua org panglima utk menjadi bodyguard futsal court yg baru. Seorang digelar Panglima Hitam atau dipanggil Blacky. Seorg lagi Panglima Putih digelar Snowy. Arakian digelar demikian kerana kedua2nya sukakan kaler hitam dan putih.

Snowy sgt menyampah dgn Limah kerana hari pertama dia bertandang ke futsal court, Limah menyekang kakinya. Dia juga sgt menyampah kpd Jijah kerana baginya Jijah itu awak2 Limah. Namun ntah bagaimana, Snowy boleh serasi dgn Minah. Limah slalu menyuarakan rasa peliknya kepada Jijah kerana dia slalu ternampak Snowy menyuruh Minah melakukan kerja2 yg bukan kerja si Minah. Dia kasihan kerana memikirkan Minah itew sgt lembut ati kerana menurut sahja walhal di blkg Minah, Snowy slalu mengetawakannya.

Minah semakin akrab dgn Blacky. Kadang2, pensil Blacky yg tumpul pun diasahnya. Malah seminggu sekali, Minah akan membersihkan meja Blacky. Alasannya, Blacky penat berjaga siang malam. Ish ish ish kasihan Blacky. Limah dan Jijah berasa kurang sng dgn kebaikkan melebih2 si Minah. sampai satu tahap, Minah sanggup meninggalkan Limah dan Jijah utk berkayak bersama Snowy dan Blacky.

Satu hari, Blacky tanpa usul periksa tlh membelasah seorg player futsal. Limah yg berang tlh membuat muka bitchface di dpn Blacky. Limah itu mmg begitu orgnya. Suka bitchface org. Kadang2 dia menjeling sampai juling biji matanya. Ish Ish Ish.. Limah oh Limah.

Blacky terkucil gara2 bitchface Limah. Ikutkan hati, dia mahu saja membelasah Limah tapi dia bimbang Limah membelasahnya balik. Utk merelase tension, Blacky menghamburkan kemarahannya di belakang kelambu. Dia fikirkan tiada sape yg tahu ttp Limah mempunyai network besar jadi Limah tahu sgt2.

Limah sedar Minah kecil hati dgn keganasan bitchface yg ditunjukkan kpd Blacky. Tetapi dia fikir, mereka berdua sudah lama bersahabat baik malah acap kali menunggang unta kesayangan Minah, mestilah Minah akan bersikap neutral. Rupa2nya Minah bertindak lebih senduk dari kuah!

Klu Blacky meraung dibitchface Limah, Minah pula berguling2 di atas lantai geramkan Limah. Begitulah yg dilakukan Minah berhari2. Even Limah nak naik unta kesayangannya pun dia haramkan! Geram juga Limah dibuatnya. Nasib baik Jijah bersikap switerland. Layankan sahaja.

Yg Limah keliru, dia bitchface Blacky apa hal pula Minah yg lebih. Sehingga lupa segala2nya. Lupa keseronokan mereka mencari belangkas. Lupa keseronokan mereka masak lodeh bersama2. Limah fikir, dia tersalah memilih kawan. Kasihannnnnnn Minahhhhhhhhh. Kasihan Limahhhhhhhhhh.

Limah membuat keputusan utk bersikap lebih berhati2 selepas ini. Even dgn Jijah pun dia amalkan sikap berhati2 di jalan raya. Jijah menasihati Limah supaya jgn la anggap suma org camtu tp Limah fikir, semua org akan jadi camtu bila suka buang kulit masa makan kacang tanah.

No comments: